Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada hujung minggu ini, saya mengambil kesempatan menyertai satu entry daripada seorang bloggers, Pembawa Wacana, "Berkenalan dengan bloggers baru".


Siapa Saya? Saya, seorang cikgu. Panggil saja Sis Ma. Saya suka menulis sejak dari sekolah rendah. Beberapa buah novel telah saya hasilkan. Namun novel tu saya peramkan je, :) ntah kat mana sekarang tak tahulah. 


Saya suka menulis. Apa sahaja yang melintas di depan saya, terlintas di fikiran, saya tuliskan. Mungkin sebab saya dahulu bersekolah menengah di Perlis, keluarga di selatan tanahair. Kemudian di Negeri Sembilan. 

Kalau naik bas dari Kangar- Johor Bahru, tempoh perjalanan paling kurang ialah 17 jam. Maklumlah masa tu PLUS belum siap sepenuhnya. Masa pengembaraan di negeri orang, membuatkan saya tertarik dengan setiap sosiao budaya sesebuah keluarga, komuniti dan masyarakat di situ.

Jadinya, penulisan saya tu selalunya cacamarba, bahasa slanga pun macam-macam. Selalunya membuatkan kawan-kawan sekolah saya yang membaca cerita saya, pasti akan merasa bengang. sebab cerita saya memaksa mereka memikirkan ending kisah tersebut.


Apabila dah bersuami dan beranak pinak, hobi tu masih berjalan seperti biasa hinggalah tragedi menimpa saya. Lalu suami saya memasangkan perkhidmatan wireless sekitar tahun 2006 itu yang membolehkan saya yang waktu itu 'bed ridden' untuk menulis dan mencari maklumat berkaitan penjagaan ibu hamil bagi wanita yang mengalami masalah saraf tunjang tulang belakang.

Mula menceburkan diri dalam dunia internet (wordpress selfhosting dan joomla) pada tahun 2006, atas tunjuk ajar sifoo saya. Tetapi  saya hanya membuat blog pada tahun 2008.  Kemudian blog khas berkaitan cikgukaunseling itu saya delete dari dashboard atas sebab tertentu.


Kemudian, pada tahun 2009, saya memulakan balik blog cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com.  Alhamdulillah pada April 2011,  cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com telah mempunyai domain sendiri, http://www.cikgukaunseling.com/. 

Blog ini saya wujudkan  atas rasa rindu terhadap dunia pendidikan sebagai Cikgu Bimbingan Kaunseling sepenuh Masa. Permintaan bekas-bekas pelajar saya di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor dan sebahagian kecil di SMK Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang (terutama Kelas 2M, yang pernah saya menjadi Guru Tingkatan mereka, dan kelas 1K beberapa tahun dahulu). 

Selain memudahkan saya membuat rujukan dalam menjalani sesi-sesi kaunseling samada kaunseling kerjaya, kaunseling individu dan kemahiran belajar, bersama pelajar saya.

Namun, saya tidak dapat blogwalking ke blog-blog lain. Mungkin sebab itu, blog ini sepi. Di bawah ialah printscreen profile blog ini, yang wujud kembali pada Ogos 2009, dan telah dilihat sebanyak 452 kali sejak itu. Terima kasih buat semua yang sudi menjenguk blog ini ya.





Ringkas kata, dengan berblog saya mendapat banyak manfaat. Alhamdulillahhirabbil'alamin, mungkin itulah antara hikmah di sebalik musibah yang menimpa diri saya.



 Sekian, wassalam.

Related Posts:

  • January Top Commentors & Emneya Giveaway January Top Commentors & Emneya Giveaway Pengkomen ke 13 tak sempat nak save sebab line putus dahhh tapi saya ingat siapakah dirinya.. Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan tau… Read More
  • Guest House at Kelantan Sri Pauh Guest House, Kelantan Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera. Entry kali ini,cikgukaunseling dedikasikan kepada Puan Hajah Mariam, salah seorang followers blog ini, yang suatu ketika dahulu sangat … Read More
  • Blog Teacher ShidaBlog Teacher Shida Teacher Shida yang mulai terkenal di alam internet pada tahun lepas, (melalui miming videonya di facebook dan youtube) kini telah pun ada blognya sendiri. http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot… Read More
  • Tips Blogging; Cara Tingkatkan Pagerank Pagerank Turun dan Naik   Ketika myraudhatulukhuwah melihat pagerank alexa malam ini, ia semakin berjutaan. :). Mungkin kerana sehari tidak mengemaskini blog ini, maka pageranknya jatuh. Tu diaa,  siang tadi… Read More
  • Review Blog Followers Review Blog Followers Jurnal Kehidupan  Blog followers Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Malam ni bila buka blog ni,  Button followers dah timbul balik kat sidebar blog ini. Tengok-tengok, sudah bertambah ya… Read More

5 Comments:

Sya & Syima said...

terima kasih dtg blogsyima...syima dah follow...salam kenal...

Cikgu Ma said...

salam perkenalan kembali daripada saya untuk anismelon.terima kasih ya sudi meninggalkan komen di blog saya ini dan follow.

Cikgu Ma said...

terima kasih ya Syima, sudi ke blog saya di sini.

Cikgu Ma said...

terima kasih en solo sudi memfollow blog biasa saya ini. terima kasih juga kepada en wacana atas kesudian beliau mengadakan entry untuk bloggers baru macam saya.

K said...

wah wah, cikgu :D

menjajah sini boleh x? hehe :P

salam perkenalan :)

looking forward to next update ;)

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .