Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhuwah? Semoga dikurniakan eksihatan yang baik bagi memudahkan urusan ibadah.












Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”













Riwayat Bukhari & Muslim


Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin menyertai Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah, yang dianjurkan oleh



http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH


Pesan Ibu Ayah,

Pergi ke mana pun,

tinggal solat usah sekali,

kerana solat itulah sendi

tiang agama, kukuh sekali.




Pesan ibu ayah,


pergi ke mana pun

ini Bumi Tuhan

usah sekali dicemarkan

dengan maksiat mahupun kekotoran




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

hidup mesti bersendi syariat

adat yang baik diikut

moga hidup kan selamat




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

jagalah nama baik keluarga

jagalah akhlak dan budi

kerna yang baik itu budi

yang indah itu bahasa




Pesan ibu ayah


pergilah ke mana pun

di mana bumi dipijak

di situ, langit dijunjung.

Itulah antara pesanan-pesanan ibu ayah saya. Bagaimana pula dengan pesanan ibu ayah anda?

Jom, ramai-ramai meriahkan segmen tauladan ini.

Untuk itu, saya ingin men tag rakan-rakan followers:

1) http://akuhivpositif.blogspot.com/

2) http://ibusumaiyah.blogspot.com/

3) http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/

4) http://www.zulkbo.com/

5) http://azrinrahim.blogspot.com/

6)http://afidaanuar.blogspot.com/

7) http://atuk-phd.blogspot.com/

8) http://luahfikiran.blogspot.com/

9) http://permatainn.blogspot.com/

10) http://ilahihediya.blogspot.com/

11) http://warkahbersama.blogspot.com/

Kepada rakan-rakan lain yang nak join, silakanlah ke Blog Syafiq mokhtar untuk melihat syarat-syaratnya. Sekian, wassalam.

Related Posts:

  • Pendidikan seks dalam Islam Pendidikan seks dalam Islam Artikel dipetik daripada Utusan Malaysia. Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN BAB seks sering dianggap tajuk yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Justeru, ada ibu bapa yang berharap anak-ana… Read More
  • Lafaz Doa Puasa Ramadan Lafaz Doa Puasa Ramadhan Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah kita sudah sampai ke pertengahan Ramadhan. Sedikit renugan untuk Muslimin dan Muslimat yang melayari blog saya ini: Mulut yang berpuasa bu… Read More
  • Iktibar dari kisah Ashraf Iktibar dari kisah Ashraf Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini. Apa khabar kawan-kawan myraudhatulukhuwah? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru un… Read More
  • Membina Komunikasi Berkesan Membina komunikasi berkesan Antara anak dan ibubapa   Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL KADANG-KADANG setengah perkataan yang diucapkan oleh ibu bapa kepada anak remaja tidak dapat diterima dengan baik. Malah mengundang… Read More
  • Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah. Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhu… Read More

9 Comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu..

Moga ummu sihat sejahteranya hendahnya..:)

Semua ibubapa berpesan kebaikan kepada anak-anak mereka..

hivresearcher said...

salam ziarah ummu,
moga sabar & tabah selalu.
jenjalan jengok & joint tag mengetag :)

ummu said...

salamziarah encik
terima aksih sudi terima tag saya.:)

ummu said...

waalaikumussalam saudara
terima kasih saudara
atas kunjungan saudara

syafiqmokhtar said...

assalamualaikum.. terima kasih sebab sudi join.. ada diantara pesanan2 ibu bapa yg kita terlupa.. jadi segmen ni usaha untuk kita sama2 muhasabah dan mengingat balik apa yg dipesan..supaya kita sentiasa rasa dekat dengan ibu bapa..terima ksih sebab berjaya mengingatkan balik diantara perkara2 yg boleh wat kita terlupa.. terbaik.. tima kasih sudi join.. :)

Afida Anuar said...

hurmmm bile eh nak buat ni.. he he,
InsyaAllah kak, ada masa fida buat ni;)

syafiqmokhtar said...

Assalamualaikum entri khas untuk segmen tauladan dah siap.. :) dijemput untuk lihat..btw thanks sebab sudi join..


http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/08/entri-khas-untuk-segmen-tauladan-jom.html

ummu said...

tqvm Fida :)
sudi terima tag akak

syafiqmokhtar said...

Assalamulaikum kak.. alhamdulillah sehat.. :)

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .