Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhuwah? Semoga dikurniakan eksihatan yang baik bagi memudahkan urusan ibadah.












Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”













Riwayat Bukhari & Muslim


Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin menyertai Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah, yang dianjurkan oleh



http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH


Pesan Ibu Ayah,

Pergi ke mana pun,

tinggal solat usah sekali,

kerana solat itulah sendi

tiang agama, kukuh sekali.




Pesan ibu ayah,


pergi ke mana pun

ini Bumi Tuhan

usah sekali dicemarkan

dengan maksiat mahupun kekotoran




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

hidup mesti bersendi syariat

adat yang baik diikut

moga hidup kan selamat




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

jagalah nama baik keluarga

jagalah akhlak dan budi

kerna yang baik itu budi

yang indah itu bahasa




Pesan ibu ayah


pergilah ke mana pun

di mana bumi dipijak

di situ, langit dijunjung.

Itulah antara pesanan-pesanan ibu ayah saya. Bagaimana pula dengan pesanan ibu ayah anda?

Jom, ramai-ramai meriahkan segmen tauladan ini.

Untuk itu, saya ingin men tag rakan-rakan followers:

1) http://akuhivpositif.blogspot.com/

2) http://ibusumaiyah.blogspot.com/

3) http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/

4) http://www.zulkbo.com/

5) http://azrinrahim.blogspot.com/

6)http://afidaanuar.blogspot.com/

7) http://atuk-phd.blogspot.com/

8) http://luahfikiran.blogspot.com/

9) http://permatainn.blogspot.com/

10) http://ilahihediya.blogspot.com/

11) http://warkahbersama.blogspot.com/

Kepada rakan-rakan lain yang nak join, silakanlah ke Blog Syafiq mokhtar untuk melihat syarat-syaratnya. Sekian, wassalam.

Related Posts:

  • Aktiviti Cuti SekolahAktiviti Cuti Sekolah Cuti sekolah sudah tiba.  Tentu para pelajar seronok melalui cuti yang panjang ini. Kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun ini, biasanya pihak sekolah telah mengadakan… Read More
  • Rangkuman Kisah Ayah dan Ibu Rangkuman Kisah Ayah Ibu (Entry ini memuatkan klip video di youtube.   Jika mahu menonton klip ini, sila pause klip video di atas) Ayah, Istimewa Iklan Petronas Raya; mesej yang menyentuh hati Bonda, … Read More
  • Kempen Haram Merokok Ditingkatkan Kempen Haram Merokok Ditingkatkan Tingkat kempen haram merokok Putrajaya: Percanggahan pendapat berhubung fatwa mengatakan merokok adalah haram di sisi Islam menyebabkan umat Islam tidak memandang serius fatwa berken… Read More
  • Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita Rancanglah Cuti Sekolah Anak Kita   Sekarang cuti sekolah telah pun  bermula. Di dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini, anak-anak kita tidak lagi perlu ke sekolah. Namun… Read More
  • Semakan Keputusan SBP 2013 dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1 Semakan Keputusan SBP 2013  dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1 Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh  2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak kep… Read More

9 Comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu..

Moga ummu sihat sejahteranya hendahnya..:)

Semua ibubapa berpesan kebaikan kepada anak-anak mereka..

hivresearcher said...

salam ziarah ummu,
moga sabar & tabah selalu.
jenjalan jengok & joint tag mengetag :)

ummu said...

salamziarah encik
terima aksih sudi terima tag saya.:)

ummu said...

waalaikumussalam saudara
terima kasih saudara
atas kunjungan saudara

syafiqmokhtar said...

assalamualaikum.. terima kasih sebab sudi join.. ada diantara pesanan2 ibu bapa yg kita terlupa.. jadi segmen ni usaha untuk kita sama2 muhasabah dan mengingat balik apa yg dipesan..supaya kita sentiasa rasa dekat dengan ibu bapa..terima ksih sebab berjaya mengingatkan balik diantara perkara2 yg boleh wat kita terlupa.. terbaik.. tima kasih sudi join.. :)

Afida Anuar said...

hurmmm bile eh nak buat ni.. he he,
InsyaAllah kak, ada masa fida buat ni;)

syafiqmokhtar said...

Assalamualaikum entri khas untuk segmen tauladan dah siap.. :) dijemput untuk lihat..btw thanks sebab sudi join..


http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/08/entri-khas-untuk-segmen-tauladan-jom.html

ummu said...

tqvm Fida :)
sudi terima tag akak

syafiqmokhtar said...

Assalamulaikum kak.. alhamdulillah sehat.. :)

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .