BIASISWA PERSEKUTUAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
INFO BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAN UNIVERSITI (BKPU
BKP diberikan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.
Kedua-dua biasiswa ini diberikan khusus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang ibu bapanya memiliki pendapatan rendah.
OBJEKTIF BKP DAN BKPU
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan.
Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.
KELAYAKAN DAN KRITERIA PEMOHON:
Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-
- Warganegara Malaysia;
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
- Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
- Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
- Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Kadar Biasiswa
- Tingkatan 1 hingga 5 – RM 70 sebulan
- Tingkatan 6 Sastera – RM 90 sebulan
- Tingkatan 6 Sains – RM 110 sebulan
Permohonan
- Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak.
- Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
- Pemprosesan permohonan adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru yang
berkenaan di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui samada nama
mereka tersenarai dalam permohonan.
INFO:
- Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekolah masing-masing.
- Pertanyaan boleh juga diajukan kepada pegawai yang berkenaan di JPN seperti yang tersenarai di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan.
OBJEKTIF
BKP DAN
BKPU
|
||||
|
Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganugerahkan penghadiahan
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti
(BKPU) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik,
kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar
yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.00
sebulan.
Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga
tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan
enam. Kadar BKP adalah RM70.00 sebulan manakala RM90.00 sebulan (bagi
pelajar aliran sastera) dan RM110.00 sebulan (bagi pelajar aliran
sains).
KPM
telah mengambil langkah-langkah berterusan dari segi pemantauan pemberian
penghadiahan BKP dan BKPU ini kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu
dari segi kewangan tetapi memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria
dari segi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang.
Kerjasama
daripada beberapa pihak seperti sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) telah diperolehi dalam memastikan
pelaksanaan penghadiahan biasiswa ini dilaksanakan dengan berkesan.
Sekolah berperanan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak menerima
hadiah biasiswa ini sebelum dimajukan borang permohonan mereka kepada
PPD dan seterusnya kepada JPN.
KPM
(Bahagian Kewangan) akan mendapatkan maklumat daripada JPN sebelum
meluluskan permohonan pelajar. Pemprosesan permohonan pelajar adalah
melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang telah dibangunkan
oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM. Penggunaan
SisPEB memudahkan proses pemilihan secara telus dan cepat. Bagi memastikan
proses pelaksanaan ini diagihkan secara adil dan saksama, KPM telah
menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa ke semua agensi yang
terlibat dengan bantuan pihak Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Audit
Sekolah.
|
|
KRITERIA
KELAYAKAN
|
||||
Kriteria
kelayakan BKP dan BKPU adalah seperti berikut:-
|
||
i) Warganegara
Malaysia;
|
||
ii) Bersekolah
di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
|
||
iii)
Pendapatan isi rumah maksimum RM1,500.00 sebulan atau / dan yang lebih
rendah;
|
||
iv)
Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan
sukan
|
||
v)
Kadar biasiswa
|
||
Tingkatan
|
Kadar
Sebulan
|
Tempoh
Bayaran
|
Jenis
Biasiswa
|
1
hingga 4
|
RM
70.00
|
12
Bulan
|
BKP
|
5
|
RM
70.00
|
11
Bulan
|
BKP
|
6
Rendah (sastera)
|
RM
90.00
|
7
Bulan
|
BKPU
|
6
Rendah (Sains)
|
RM
110.00
|
7
Bulan
|
BKPU
|
6
Atas (Sastera)
|
RM
90.00
|
11
Bulan
|
BKPU
|
6
Atas (Sains)
|
RM
110.00
|
11
Bulan
|
BKPU
|
*
Tertakluk pada sebarang pindaan
|
||
Sumber; KPM | di sini |
4 Comments:
bilakah tarikh kemasukan wang bkp tahun ini?2013
saya pelajar tingkatan 1.ayah saya telah kemalangan.ayah saya sekarang belum lagi bekerja.mak saya suri rumah..gaji ayah saya kalau tak silap saya dh tak jalan.saya bersekolah di sbp.ia menggunakan duit yang banyak.saya hanya mampu membayar bayaran yang kecil sahaja.bolehkah saya memohon biasiswa ini ?
biasiswa ni hanya untuk gaji bersih ke gaji sebenar ?
boleh tak update buku bank bulan mei 2014 ni?
Post a Comment