Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2013

SEMAKAN TAWARAN KE 
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2013





SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 11 Januari 2013 (Jumaat).




SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)

INFO SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel saya sebelum ini berkaitan SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD) telah diserang hackers. Saya harap artikel di blog ini, tidaklah diserang. Ini kerana blog ini diwujudkan bukanlah berorientasikan keuntungan tetapi sebagai kemudahan untuk saya dan pelajar-pelajar saya membuat rujukan.

Kepada lepasan PMR, antara halatuju kerjaya dan cita-cita anda ialah, anda boleh melanjutkan pelajaran di SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD).

 Pelajar-pelajar LELAKI lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang vokasional selama 2 tahun di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD), Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebuah sekolah berasrama penuh, lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan secara percuma. Anda juga akan diberikan elaun bulanan dan setelah tamat pengajian, anda akan diberikan pekarjaan yang tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia.  


 Berikut ialah info pengambilan Perantis  pada tahun 2009 yang lalu, yang boleh kita ambil sebagai panduan:

PERMOHONAN KE SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)


Tarikh Permohonan UPU 2013

Tarikh Permohonan UPU 2013

TARIKH-TARIKH PENTING MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / TEVT(POLITEKNIK) DAN ILKA SESI AKADEMIK 2013





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar SMK Jengka 2, dan SMK Jengka Pusat 2, para pelayar blog ini yang banyak bertayakan soalan kepada saya bilakah permohonan ke UPU 2013 dibuka, saya sertakan di sini pengumuman daripada pihak UPU sendiri.

 Peringatan kepada semua pelajar-pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, Politeknik atau ILKA. Isi borang permohonan dengan segera supaya tidak ketinggalan nanti. 

Diharapkan maklumat di bawah dpt membantu anda.


Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013. 

Kemasukan adalah pada Jun 2013 bagi lepasan SPM/Setaraf 
Manakala  lepasan STPM/Setaraf pada September 2013 
Tarikh Permohonan & pembeliaan no. unik ID : 7/1/2013 hingga 15/4/2013



Mari Bina Anggun dan Unggul Dalam Diri

Mari Bina Anggun dan Unggul Dalam Diri



Soalan

Masalah biasa bagi seorang wanita Dr., takut dengan hari muka. Sekuat manapun seorang wanita itu apabila usianya meningkat melebihi 30-an dia akan berasa takut. Macam-macam jenis takut. 

Apa akan jadi jika terus begini hingga tua. Kalau berharta pada siapa hendak diwasiatkan kalau ketika itu ibu ayah telah meninggal dunia. Macam-macam lagi.

Mereka yang mengatakan tidak pernah risau soal ini adalah berbohong. Sebagai insan biasa yang dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana Melayu, hal ini cukup menghantu. Balik kampung seolah-olah semua orang berbisik-bisik.

 Dalam majlis-majlis selalu jadi bahan usikan. Bohong kalau semuanya itu tidak meninggalkan bekas.

Saya ingin jadi unggul dan terus anggun. Bagaimanakah caranya Dr.? Saya tahu saya tidak akan mampu menghentikan semuanya itu. Bolehkah Dr. berikan sesuatu untuk saya fikirkan dan laksanakan?




Senarai Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Di Malaysia

Senarai Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) &
 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Di Malaysia


 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada para pelajar yang terlepas pandang untuk memohon Institusi Kemahiran Mara IKM kerana tidak memohon melalui UPU.


Sebenarnya ada banyak institusi yang menawarkan latihan kemahiran termasuk dari TEVT ataupun dari ILKA iaitu institut dibawah latihan Kemahiran.

Berikut maklumat senarai institut latihan kemahiran awam dan pengajian di teknik vokasional.

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut  :



Program Pengajian Di UNISZA Lepasan SPM 2012

Program Pengajian Di UNISZA Lepasan SPM 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya memuat naik Program Diploma Bagi pelajar LEPASAN SPM Yang ditawarkan di UNISZA bagi calon SPM 2012 (KATEGORI A). Ini bagi memudahkan saya membuat rujukan. Jika ada komen membina daripada pelayar blog dan rakan kaunselor, sangat dialu-alukan. Sekian terima kasih.
 

KOD PROGRAM PENGAJIAN
KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014
 



Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM

Cara Menjadi Jururawat Selepas SPM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pelbagai Kerjaya di Malaysia ditawarkan seiring dengan pembangunan ekonomi yang rancak. Apabila tamat saja belajar di sekolah, ramai pelajar mula tercari-cari bidang kerjaya yang sesuai untuk mereka.



 Jika anda salah seorang yang sedang menghadapi dilema memilih kerjaya, apa kata anda mempertimbangkan kerjaya jururawat sebagai pekerjaan anda?


Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. 

 Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit. Itu sebahagian dari tugas umum seorang jururawat.

Para pembaca blog cikgukaunseling yang dihormati. Marilah kita insafi setiap permulaan pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan, biarlah segalanya kerana ALLAH. Samada sebagai petani moden, peladang jaya, nelayan, doktor, polis, tentera, guru, peniaga, usahawan, juruterbang dan sebagainya. 

Maka, begitu jua sebelum memasuki alam pembelajaran bidang kejururawatan, ikhlaskan hati semata mata kerana ALLAH SWT.

Dalam kitab karangan yang bernama Matan Arbain, Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan niat sebagai yang pertama iaitu:

'Dari Amirul Mukminin Umar Al Khatab R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- Bahawasanya amalan amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Sebelum memulakan langkah pertama, sematkan di dalam diri bahawa pemilihan bidang ini semata mata kerana ALLAH, dan galakan kedua orang tua sebagai asbabnya. 




Tip Motivasi Pagi Diri

Tip Motivasi Pagi Diri



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :



1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.




Biasiswa Yayasan Cemerlang Ambilan Awal 2013

Biasiswa Yayasan Cemerlang Ambilan Awal 2013 Lepasan STPM Dan Ijazah Sarjanamuda





 The Tun Rahah Scholarship Fund 
NEW APPLICATIONS FOR JAN/FEB 2013 INTAKE IS NOW OPEN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada para pelajar yang berada di peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, anda boleh menjadikan post ini sebagai inspirasi anda untuk lebih tekun dalam pengajian / pelajaran anda.

Yayasan Cemerlang menawarkan anugerah biasiswa kepada pelajar dari golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. 

Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi diri, di samping mencapai aspirasi masing-masing dan seterusnya  meyumbang kepada pembangunan negara.

Biasiswa  Tun Rahah melalui Yayasan Cemerlang sedang menawarkan biasiswa kepada penuntut ijazah sarjana muda dan peringkat sarjana 2012.

Tarikh tutup untuk permohonan adalah pada 20 Januari 2013. 

1.Baca Terma & Syarat.




Cara Atasi Mengantuk Semasa Belajar

Cara Atasi Mengantuk Semasa Belajar

Rahsia hilang mengantuk


RAMAI pelajar apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.

Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya.


1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.

Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’. 




Gambar Minggu Orientasi Tingkatan 1

Gambar Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013
SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang


Gambar di hadapan SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

Gambar persekitaran SMK Lepar Hilir, Kuantan, Pahang

 
 Dewan Bestari SMK Lepar Hilir 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 SMK Lepar Hilir telah berjalan dengan jayanya. 

Bermula pada Hari Rabu, 2.1.2013 hingga hari Jumaat 4.1.2013, pelbagai aktiviti Minggu Orientasi telah dijayakan oleh semua Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir dengan kerjasama semua guru-guru SMK Lepar Hilir.
 

Pengetua SMK Lepar Hilir, Puan Siti Mariam Bt Baharuddin
 sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup
 Minggu Orientasi Tingkatan 1 2013 pada Hari Jumaat, 4.1.2013 .


 Taklimat daripada Bina Insan oleh Puan Khazimah Bt Adam

 Wajah-wajah Pelajar Tingkatan 1 2013


   
Taklimat PBS oleh GPK Pentadbitan SMK Lepar Hilir ,
Pn Norilah Adam.
Kelihatan di gambar atas juga Puan Normah Bt Buyong, 
Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir  sedang mengendalikan
 Minggu Orinetasi pada pagi 2.1.2013.



Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia

Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia




Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia :  
Kumpulan Pengurusan dan Profesional & Kumpulan Sokongan.
  - Jawatan Kosong Akauntan, Pegawai tadbir, Juruteknik, Pengawal Keselamatan.

 Tarikh Tutup: 10 Jan 2013  



Jom Ke Karnival Pendidikan MARA 2013

Jom Ke Karnival Pendidikan MARA 2013




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM, juga kepada pelajar yang sedang berada di tingkatan 4 dan 5, sila ambil peluang Pameran Pendidikan Anjuran MARA ini.

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan penganjuran Karnival Pendidikan MARA (KPM) kali ke-14 pada tahun 2013 dalam usaha menyalurkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran KPM ini mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.







Info Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPSK)

Info Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPSK)





LATAR BELAKANG


SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.




Gred Mata Pelajaran Peperiksaan Sekolah Menegah

Gred Mata Pelajaran Peperiksaan Sekolah Menegah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk markah peperiksaan dalaman pelajar Tingkatan 1 dan 2, 
boleh lihat Markah PBS, di sini.

Menengah Rendah (Tingkatan 3)


MARKAH PBS Gred Mata Pelajaran Peperiksaan Dalaman

Markah PBS

Gred Mata Pelajaran Peperiksaan Dalaman

  

PENILAIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS akan menggantikan PMR.


Apa itu PBS?


PBS ialah penilaian berasaskan sekolah. Ini bermaksud guru memegang 40% markah bagi setiap pelajar yang akan dibawa dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Tingkatan 5 akan ada SPM. Setakat ini perancangan PBS adalah hanya hingga tingkatan 3. Prestasi pelajar diukur melalui ujian PBS ini.




Program Pengajian Di UTHM Lepasan SPM 2012

Program Pengajian Di UTHM Lepasan SPM 2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya memuat naik Program Diploma Bagi pelajar Aliran Sains Yang ditawarkan di UTHM bagi calon SPM 2012 (KATEGORI A). Ini bagi memudahkan saya membuat rujukan. Jika ada komen membina daripada pelayar blog dan rakan kaunselor, sangat dialu-alukan. Sekian terima kasih.



KOD PROGRAM PENGAJIAN
KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014 

Kategori A  :  Pemohon Lepasan SPM 2012

 

Cara Pengiraan Merit ke IPTA Selepas SPM

Cara Pengiraan Merit ke IPTA Selepas SPM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat kembali ke sekolah kepada semua para pelajar di Malaysia dan rakan-rakan profesion perguruan seluruh Malaysia.
Para pelajar dinasihatkan supaya sentiasa membaca akhbar atau melayari internet bagi mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang pengajian dan penajaan daripada mana-mana universiti/agensi/syarikat korporat sepanjang tempoh antara bulan Mac hingga Mei sepanjang tahun.


Sebarang keputusan pilihan pengajian dan penajaan hendaklah berlandaskan kepada keputusan kelayakan akademik dan kecederungan minat serta cita-cita kerjaya yang ingin diceburi.

Dapatkan juga maklumat lanjut melalui pameran pendidikan yang ada sekitar bulan Januari hingga April sepanjang tahun. Misalnya Karnival Jom Masuk U, Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP, klik di sini. MARA di sini, Akademi Binaan Malaysia melatih tenaga mahir, di sini

DASAR PENGAMBILAN KE IPTA LEPASAN SPM
MENGIKUT PENGGREDAN BARU SPM
SELARAS DENGAN KAEDAH PENGIRAAN MERITOKRASI

Doa Agar Terhindar Dari Fitnah Orang Yang Zalim

Doa Agar Terhindar Dari Fitnah Orang Yang Zalim




Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

  1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
  2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
  3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
  4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
  5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
  6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

Teori Kaunseling Teori keperluan Maslow

 Teori Kaunseling Teori keperluan Maslow




Teori keperluan Maslow - Abraham Maslow membangunkan teori personaliti yang telah mempengaruhi sejumlah bidang yang berbeza, termasuk pendidikan. Ini pengaruh luas kerana sebahagian tingginya tingkat kepraktisan  teori Maslow. Teori ini tepat menggambarkan realiti banyak dari pengalaman peribadi.  


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .