Tema Hari Kemerdekaan 2012 Janji Ditepati
Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Tema Hari Kemerdekaan 2012 Janji Ditepati
KUALA LUMPUR: ‘Janji Ditepati’ dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan
ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos,
manakala Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia
pada 16 September.
Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2012
By Puan Ummi Tuesday, June 26, 2012
kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Keusahawanan, Siswazah, Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa No comments
Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012
Tarikh : 29 Jun hingga 1 Julai 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Keistimewaan Program ini:
Lebih 350 agensi/syarikat seperti Al-Rajhi Bank, Media Prima Bhd., Celcom, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menawarkan pelbagai jawatan kosong serta peluang keusahawanan sepanjang karnival ini.
Cabutan Bertuah dengan hadiah iPAD, iPHONE, iPOD TOUCH
Pra - pendaftaran atas talian dibuka sekarang di http://www.k3g.com.my. http://www.k3g.com.my.
SEMUA DiJEMPUT HADIR
Terap elemen keusahawanan
PUTRAJAYA: Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) memberi peluang kepada graduan bersua secara langsung bersama pihak industri bagi mendapatkan pekerjaan, sekali gus membuktikan komitmen Kementerian Pengajian Tinggi membantu pelajar melalui ‘zaman peralihan’ dari alam kampus kepada dunia kerjaya.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, K3G program komprehensif kerana ia bukan saja memberi fokus kepada bidang kerjaya, tetapi turut menerapkan elemen keusahawanan di kalangan graduan dan golongan pencari kerja.
Contoh Kerjaya Berdasarkan Minat Kerjaya Holland
By Puan Ummi Tuesday, June 26, 2012
kaunseling kerjaya, kerjaya, Minat Kerjaya, Teori Kaunseling, Teori Kerjaya 5 comments
Contoh Kerjaya Berdasarkan Minat Kerjaya Holland
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ujian minat kerjaya Holland,adalah salah satu instrumen yang sering diguna pakai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan Ujian Minat Kerjaya di kalangan pelajar mereka.
Bahkan, Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan
meluas dalam pelbagai bidang yang mana bukan setakat Guru Bimbingan dan kaunseling menggunakan instrumen ini.
Boleh rujuk entry sebelum ini di http://www.cikgukaunseling.com/2012/06/ciri-ciri-minat-kerjaya-teori-holland.html
Entry ini saya menyenaraikan beberapa contoh pekerjaan berdasarkan Minat kerjaya Holland.
Contoh Kerjaya CONVENTIONAL
Akauntan
* Aktuari
* Pentadbiran
* Akademik pentadbiran
* Perbankan / Pelaburan bank
* Perniagaan / MBA
* Kerani
* Salinan Menyunting
* Teknologi Pengajaran
* Gaji
* proofreader
* Penyambut tetamu
* Runcit
* Setiausaha
* Penulis Teknikal
Contoh Kerjaya SOCIAL
* Seni terapi
* Audiologis
* Babysitter
* Penjaga
* Kaunselor
* Tarian terapi
* Pendidikan
* Teknologi Pengajaran
* Tekan
* Muzik terapi
* Jururawat
* Pakar Pemakanan
* Pakar Perubatan
* Profesor
* Pakar Psikologi
* Kerja Sosial
* Guru
* Teologi
* Trainer (Industri)
* Jurupulih Pertuturan-Bahasa
* Jurupulih Carakerja
Lepasan SPM Peluang ke Institut Penilaian Negara
By Puan Ummi Monday, June 25, 2012
INSPEN, Institut Penilaian Negara, IPT, IPTA, kaunseling kerjaya, kerjaya, selepas SPM, Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa No comments
Lepasan SPM Peluang Lanjutkan Pengajian ke
Institut Penilaian Negara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, terutamanya lepasan SPM SMK Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2, anda boleh memohon melanjutkan pengajian anda ke Institut Penilaian Negara. Pernah tak dengar tentang institusi ini? Mesti pernah dengar kan? Bagi pelajar yang pernah berjumpa saya dan meminati bidang kerjaya pengukuran dan penilaian harta tanah, ada saya jelaskan Institusi Awam ini.
Peta INSPENS
PERMOHONAN ‘ON-LINE’ UNTUK SPHT & SPGT SUDAH DIBUKA!!!
Permohonan secara ‘On-Line’ untuk pengambilan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) sudah DIBUKA.
Program Akademik Yang Ditawarkan
INSPEN menawarkan tiga (3) program peringkat sijil iaitu:
- Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
- Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
- Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)
- Brosur (Mod Sepenuh masa)
- Brosur (Mod Separuh masa)
Program akademik ini (SPHT dan SPGT) ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara sepenuh masa selama dua tahun termasuk Latihan Industri di organisasi berkaitan. Program akademik lain akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Pengiktirafan Kelayakan
- Program SPHT dan SPGT berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
- Kurikulum SPHT dan SPGT diiktiraf oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Kurikulum SPHT dan SPGT disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)
- SPHT INSPEN telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
- Lulusan SPHT INSPEN yang menjawat jawatan Pembantu Penilaian Gred W17 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia menikmati tangga gaji permulaan pada peringkat P1T9
- Graduan SPHT INSPEN boleh meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Harta Tanah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menikmati pengecualian kredit
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
By Puan Ummi Monday, June 25, 2012
Institusi Kemahiran, IPT, IPTA, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pertanian, selepas SPM 2 comments
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
1. Apakah kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?
Mulai tahun 2008, syarat dan kelayakan untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia adalah:
Syarat wajib bagi kemasukan untuk Tahap 1 ialah:
• warganegara Malaysia
• sihat tubuh badan
• bujang/belum berkahwin
• minimum SPM dengan lulus Bahasa Melayu
• berumur antara 20 hingga 23 tahun
Program ini khusus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat atau tidak minat meneruskan pengajian akademik masing-masing tetapi mempunyai komitmen/kesungguhan/kudrat untuk mengikuti latihan kemahiran (competency based training) dalam bidang pertanian.
Tempoh latihan bagi Tahap 1 ialah selama 6 bulan. Tujuan program latihan ini ialah untuk melatih calon menjadi pekerja mahir agar boleh memulakan sesuatu perusahaan atau menjadi usahawan, bukan untuk memohon kerja di jabatan/agensi kerajaan.
Sebanyak 7 kursus latihan kemahiran disediakan:
• Sayuran
• Buahan
• Akuakultur
• Perikanan Tangkapan
• Ruminan (lembu & kambing)
• Pemprosesan Makanan
• Pemasaran Syarat kemasukan adalah sama untuk semua kursus yang memerlukan pemohon mesti mempunyai minima SPM. Perikanan Tangkapan (Pukat Jerut) menerima hanya kepada calon lelaki sahaja.
2. Bagaimanakah cara memohon untuk memasuki Kolej Pertanian Malaysia?
Iklan mempelawa permohonan menyertai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan ini akan disiarkan di akhbar-akhbar utama untuk pengambilan dua kali setahun, biasanya pada bulan Mac dan November. Kaedah permohonan telah dipermudahkan. Calon hanya perlu hadir sesi Ujian Kelayakan pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan. Jika calon berjaya melepasi Ujian Kelayakan, calon akan dikehendaki menjalankan program Suaikenal dan Kemampuan Teras. Jika terpilih, calon akan memulakan latihan di pusat-pusat bertauliah.
| Fungsi : |
|

Ciri-ciri Minat Kerjaya Teori Holland
By Puan Ummi Monday, June 25, 2012
Bidang Perkhidmatan UBK, kaunseling kerjaya, kerjaya, Minat Kerjaya, Teori Kaunseling, Teori Kerjaya No comments
Ciri-ciri Minat Kerjaya Teori Holland
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ujian minat kerjaya Holland,adalah salah satu instrumen yang sering diguna pakai oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan Ujian Minat Kerjaya di kalangan pelajar mereka.
Bahkan, Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan
meluas dalam pelbagai bidang yang mana bukan setakat Guru Bimbingan dan kaunseling menggunakan instrumen ini.
Teori Holland ini banyak membantu dalam pemilihan kerjaya,
penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan
perindustrian. Sekiranya anda seorang ibubapa sudah tentu anda ingin mengenali
personaliti anak-anak anda.
Begitu juga sekiranya anda seorang guru,
guru besar, pengetua dan ketua jabatan. Dengan mengenali Teori Kerjaya Holland ini, sedikit sebanyak anda dapat mengenali trait personaliti individu di bawah seliaan anda.
Holland Codes memecahkan jenis personaliti kepada ENAM(6) kategori utama iaitu :
1. Realistic - They like to work with THINGS.
- Mereka suka bekerja dengan
2. Investigative - They like to work with DATA.
- Mereka suka bekerja dengan DATA.
3. Artistic - They like to work with IDEAS and THINGS.
- Mereka suka bekerja dengan IDEAS dan BENDA.
4. Social - They like to work with PEOPLE.
- Mereka suka bekerja dengan ORANG.
5. Enterprising - They like to work with PEOPLE and DATA.
- Mereka suka bekerja dengan ORANG. dan DATA.
6. Conventional - They like to work with DATA.
- Mereka suka bekerja dengan DATA.
Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain.
Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu.
Semoga ianya membantu di dalam memilih bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.
Huraian Terperinci.
Keterangan Ciri-Ciri Berdasarkan Ujian Kerjaya Holland
Hari Koperasi Jengka 2
Hari Koperasi Jengka 2 2012 kembali Lagi
Panorama SMK Jengka 2
Pintu Masuk SMK Jengka 2
Assalamualaikaum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar, ibubapa, keluara SMK Jengka 2 mari kita meriahkan Hari Koperasi Jengka 2.
Hari Koperasi SMK Jengka 2 kembali lagi.
Hari : Rabu, Khamis dan Jumaat
Tarikh : 27,28 dan 29 Jun 2012
Hari : Rabu, Khamis dan Jumaat
Tarikh : 27,28 dan 29 Jun 2012
Tengku Puan Pahang di persada dunia
By Puan Ummi Sunday, June 24, 2012
general knowledge, Institusi Beraja Malaysia, Pahang, pengetahuan am No comments
Tengku Puan Pahang di persada dunia
Artikel ini dipetik daripada Ruangan Kolumnis Cetusan,oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdullah Ahmad, di muka surat 48, Akhbar Sinar Harian, Ahad, 24 Jun 2012. Saya muat naik di blog ini sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan. Sekian, terima kasih.
Tengku Puan Pahang di persada dunia
Dari pertengahan Mei hingga pertengahan Jun, kolumnis bercuti sebbatical tahunan di London dan Belanda berkebetulan dalam period yang sama dengan perayaan 60 tahun atau Jubli Intan Ratu Elizabeth II naik takhta United Kingdom (UK), Larian Obor Olimpik, permulaan
pertandingan juara bola sepak Euro 2012 dan berlangsungnya temasya Chelsea Flower Show yang termasyhur itu.
Kolumnis gembira walaupun matahari terbit dan bercahaya cuaca dingin - amat menyegarkan dan selesa.

Berkhatan Kurangkan Risiko AIDS/HIV
By Puan Ummi Sunday, June 24, 2012
HIV/ AIDS, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, Pendidikan Perkembangan Remaja, PPDA No comments
Berkhatan Kurangkan Risiko AIDS/HIV
Bersunat Kempen Kesedaran HIV/AIDS
Penyelidikan
UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh
mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Bersunat Kempen Kesedaran HIV/AIDS
HARARE - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.
Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL LEPASAN PMR 2011
By Puan Ummi Sunday, June 24, 2012
Halatuju, Institusi Kemahiran, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Vokasional, selepas PMR, Sijil Kemahiran Malaysia 1 comment
KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL UNTUK PELAJAR PMR 2011
KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA 2012 AMBILAN JULAI 2012.
TEMPOH PENGAJIAN 4 TAHUN.
TAWARAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4 (PMR 2011).
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa para pelajar yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sesi Julai 2012.
Syarat Kemasukan
Syarat umum kelayakan masuk Kolej Vokasional IPS;
- Warganegara
- Tingkatan 4 tahun 2012
- Sihat dan sesuai fizikal
- Bebas dari sakit kronik
Syarat khusus kelayakan masuk Kolej Vokasional IPS adalah mempunyai kelayakan minimum PMR 2011 berikut;
- Bahasa Melayu – B
- Bahasa Inggeris – B
- Matematik – B
- Sains – B
- Kemahiran Hidup – B
- Lulus mata pelajaran lain
Institusi dan Kursus
Institusi dan Kursus
Kemudahan
Yuran pengajian, makan dan penginapan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
MAKLUMAT PROGRAM, SILA KLIK:
PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di
http://apps.moe.gov.my/esptv/kv_swasta2012/ MULAI 20 JUN 2012 .
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan kemasukan Program Kolej Vokasional di IPS ini adalah 30 Jun 2012.
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan permohonan Program Kolej Vokasional ini sila hubungi;
- Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Telefon : 03-8884 5154/ 5031
Faks: 03-8884 5033
Emel: info@bptv.edu.my
TERIMA KASIH.
Transformasi teknik, vokasional Ke Kolej Vokasional
By Puan Ummi Sunday, June 24, 2012
Halatuju, Institusi Kemahiran, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas PMR, teknikal, Vokasional No comments
Transformasi teknik, vokasional Ke Kolej Vokasional
Sebanyak 50 buah motosikal berkuasa tinggi dilepaskan sempena pelancaran Jelajah Kolej Vokasional 1Malaysia untuk mempromosikan kolej berkenaan kepada orang ramai di seluruh negara di SMV Batu Pahat, Johor, baru-baru ini .
Sekolah teknik dan vokasional di seluruh negara digantikan dengan kolej vokasional bukan sahaja dari segi nama malah turut melibatkan perubahan kurikulum, penilaian serta persijilan.
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab berkata, transformasi ini melibatkan kurikulum teknik dan vokasional, tempoh pengajian, pengiktirafan persijilan, tenaga pengajar, infrastruktur dan yang paling utama penjenamaan semula sekolah-sekolah menengah vokasional kepada Kolej Vokasional.
"Kementerian Pelajaran telah melakukan satu perubahan besar dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional melalui Transformasi Vokasional dan Teknik (VOCTEC).
"Perubahan yang besar ini pastinya telah menarik minat seluruh masyarakat di negara kita khasnya kepada ibu bapa dan anak-anak mereka yang berada di bangku sekolah," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Tambahnya, golongan ibu bapa dan pelajar ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang perubahan dalam bidang pendidikan vokasional, hala tuju dan manfaat masa depan daripada transformasi ini.
Sehubungan itu, BPTV menganjurkan Jelajah Kolej Vokasional 1Malaysia untuk mempromosi, menerangkan, membuat pameran, memberi taklimat dan apa jua yang berbentuk outreach kepada masyarakat serta golongan sasar bagi memberikan mereka input yang terkini, jelas dan tepat.

Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor
By Puan Ummi Saturday, June 23, 2012
dunia pendidikan, kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, Sains dan Inovasi, semasa No comments
Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor
Dedah pelajar mengenai teknologi inovasi
JOHOR BAHRU – Golongan pelajar dari pelbagai peringkat tidak melepaskan peluang menyertai Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor, bagi menyuntik idea kreatif menghasilkan inovasi.
Karnival itu yang berlangsung selama seminggu hingga 25 Jun ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung antaranya demo petrosains, catur bistari, sesi bersama angkasawan, pertandingan jejak sains dan lainlain lagi.
Salah seorang pengunjung, pelajar tingkatan empat, Samsiah Samsuddin, 16, berkata, karnival berkenaan memberi banyak pendedahan kepadanya mengenai teknologi inovasi dan memberi idea untuknya melakukan perubahan berinovasi dalam kehidupan seharian.
JOHOR BAHRU, Johor (19 Jun 2012): Minggu
Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI Johor) dan Karnival Sains dan
Inovasi Zon Selatan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin
Othman, Menteri Besar Johor.
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang
Berhormat Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi dan YBhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad,
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI. Seramai 1,000 orang telah
menghadiri Majlis Perasmian di Dewan Tanjung Puteri, Persada Johor.
Program ini yang merupakan program induk
Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) akan
berlangsung selama 7 hari bermula dari 19 hingga 25 Jun 2012.
Dedah pelajar mengenai teknologi inovasi
JOHOR BAHRU – Golongan pelajar dari pelbagai peringkat tidak melepaskan peluang menyertai Minggu Sains Teknologi dan ICT (Misti) dan Karnival Sains & Inovasi Zon Selatan di Persada Johor, bagi menyuntik idea kreatif menghasilkan inovasi.
Karnival itu yang berlangsung selama seminggu hingga 25 Jun ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung antaranya demo petrosains, catur bistari, sesi bersama angkasawan, pertandingan jejak sains dan lainlain lagi.
Salah seorang pengunjung, pelajar tingkatan empat, Samsiah Samsuddin, 16, berkata, karnival berkenaan memberi banyak pendedahan kepadanya mengenai teknologi inovasi dan memberi idea untuknya melakukan perubahan berinovasi dalam kehidupan seharian.
Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP
By Puan Ummi Thursday, June 21, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, IKIP, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, IPT, IPTS, kaunseling kerjaya, kerjaya, selepas SPM, selepas STPM, Universiti Kolej Swasta, Yayasan Pahang No comments
Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP
Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP
Tarikh : 22- 23 Jun 2012
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Dewan Lama Majlis Daerah Rompin.
Aktiviti Menarik Menanti Anda.
- Pameran Pendidikan.
- Sesi Taklimat dan Pendidikan Kerjaya -
- Maklumat bidang pengajian yang ditawarkan di IKIP seperti Pengajian Islam, Pengurusan dan Perniagaan, Seni Lukis dan Seni Reka serta bidang Sains dan Teknologi.
- Sesi temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
- Kuiz Minda
- Cabutan Bertuah
Orang ramai, khususnya LEPASAN SPM, dijemput hadir.
KAMPUS KOLEJ IKIP DI TAMAN GELORA KUANTAN
PETA KOLEJ IKIP DI KUANTAN
MENGAMATI MODEL KAMPUS INDUK... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menunjukkan sesuatu pada model kampus sambil diperhatikan oleh (dari kiri ke kanan) Dato' Prof Dr Zaleha, Dato' Saariah, Tan Sri Abdul Rashid, Dato' Dr Abdul Monir dan ahli Lembaga Pengarah, IKIP Education Sdn Bhd, Dato' Ti Lian Ker.
Artikel di bawah (IKIP capai penarafan 5 bintang, IKIP bantu pelajar SPM pilih kursus ke IPT, Ikip teruskan program Jelajah Kembara Pendidikan) menggambarkan prestasi IKIP yang berkualiti tinggi dan dekat dengan masyarakat khususnya pelajar sekolah menengah.
*** Kampus Induk IKIP Sudahpun
bermula kerja-kerja tapak. Pembinaan kampus induk Kolej Antyarabangsa IKIP ini di atas
tanah seluas 6.3 hektar, dijangka siap dalam tempoh lima (5) tahun pada 2017
dengan mampu menampung pelajar 2,000 orang.
*** Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mahukan usaha digerakkan bagi menjadikan
Kolej Antarabangsa IKIP sebagai sebuah ‘full-fledged university’ (universiti sepenuhnya).
*** Boleh
dijayakan sementelah Kolej Antarabangsa IKIP mempunyai keupayaan termasuklah adanya
Lembaga Penasihat Akademik yang dianggotai oleh tokoh-tokoh termasuklah Dato’ Prof
Dr Zaleha Kamaruddin, yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).
*** Antara ciri-ciri
utama kampus induk Kolej Antarabangsa IKIP yang sedang dalam pembinaan ini
ialah bangunan-bangunan Canselori, dewan utama, sekolah-sekolah pengajian,
pusat pelajar serta empat (4) blok asrama empat (4) tingkat.
Program Pengajian Separuh Masa di UTMSpace
By Puan Ummi Thursday, June 21, 2012
Bekerja Sambil Belajar, Halatuju, IPT, IPTA, IPTS, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pendidikan, Pengajian Separuh Masa, selepas SPM, selepas STPM, Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa 3 comments
Hari Terbuka UTMSpace
DATANG DAN DAFTAR.
Hari Terbuka UTMSPACE Johor Bahru akan diadakan di perkarangan bangunan UTMSPACE, Taman Universiti Skudai pada 23-24 Jun 2012 (SABTU & AHAD)!
PENDAFTARAN TERBUKA!
- Program Diploma Sepenuh Masa Kolej Kerjasama UTM
- Program Diploma Eksekutif Kerjasama UTMSpace bersama Rakan Pintar
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Temui Boboiboy di sana.
Dan yang penting kepada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian/ berminat untuk mengikuti pelbagai program UTMSPACE anda semua dijemput hadir ke HARI TERBUKA UTMSPACE di lokasi terakhir iaitu di Johor Bahru!
Jumpa UTMSpace di sana!!
Update dari UTMSpace fb; Kepada Warga JB:
Pasukan Jelajah Hari Terbuka Utmspace akan berada di Plaza Angsana pada jam 12 tengah hari , 21/6/2012, Khamis di aras bawah di hadapan Pasaraya UO (Uda Ocean). Kami akan mengadakan acara kuiz mudah dan orang ramai berpeluang untuk mendapat hadiah percuma Utmspace seperti payung, t-shirt, topi dan banyak lagi hadiah menanti anda! Jumpa kami di sana sebentar lagi!
Makluman Penting:-
Penawaran Baru bagi Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pusat Kota Kinabalu dibuka untuk permohonan secara online. Tarikh Tutup permohonan secara online dibuka sehingga 30 Jun 2012. Kepada yg berminat jangan lepaskan peluang ini.
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
JOHOR BAHRU , PULAU PINANG , KUALA LUMPUR , KOTA BHARU
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (MEKATRONIK)
| JOHOR BAHRU | , | PULAU PINANG | , | KUALA LUMPUR | , | KOTA BHARU |
DIPLOMA SAINS KOMPUTER (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
PULAU PINANG , KUALA LUMPUR , KOTA BHARU
| JOHOR BAHRU | , | KUALA LUMPUR | , | PONTIAN |
Untuk Maklumat Program Pengajian Diploma Secara Separuh Masa, klik di sini.
Untuk Maklumat Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Secara Separuh Masa klik di sini.
Klik website UTMSpace; di sini, bagi maklumat lanjut.
PETA MINDA ITU PENTING
By Cikgu Ma Thursday, June 21, 2012
Cara Buat Nota, kaedah belajar, kemahiran belajar, peta minda 1 comment
PETA MINDA ITU PENTING
Sumber gambar di atas dari google.
PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.
Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.
Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.
UPSI teruskan projek bina sekolah di Kemboja
UPSI teruskan usaha bina bilik darjah di Kemboja
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Paduka Dr Junaidi Abu Bakar,berkata pihaknya masih memerlukan sekitar RM35,000 bagi meneruskan pembinaan tiga bilik darjah dan bilik guru di Kampung Brai-bis Chenam, Phnom Penh.
Program Kursus Tajaan MARA
By Puan Ummi Wednesday, June 20, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kesihatan, MARA, Pelajar cemerlang, Selepas Matrikulasi, selepas SPM, selepas STPM, Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa No comments
Program Kursus Tajaan MARA
- Skim Pelajar Cemerlang (SPC)
-
-
Program Lepasan SPM
Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
-
Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)
-
Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara.
Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan
memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat
ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.
* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
-
Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :
-
Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara.
Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan
memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian peringkat
ijazah pertama di universiti terkemuka di luar negara.
-
Program Lepasan SPM
|
PROGRAM
|
TEMPOH PENGAJIAN
|
|
American Degree Foundation Programme |
14 bulan |
|
A – Level |
1.5 – 2.0 tahun |
|
A-Level German |
2.5 tahun |
|
Diploma International Baccalaurete (IB) |
2.0 tahun |
|
Perubatan Russia |
3 – 6 bulan |
|
Perubatan Indonesia |
1.0 tahun |
|
Kejuruteraan Peranchis |
1.5 tahun |
|
Australian Matriculation (AUSMAT) |
1.5 tahun |
-
Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)
-
Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan
memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di
institusi yang dikenalpasti di Malaysia.
*Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
-
Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan
memenuhi syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di
institusi yang dikenalpasti di Malaysia.
Tip Belajar Berkesan
Tip Belajar Berkesan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Teknik dan kaedah belajar ada pelbagai cara.
Di sini, saya kongsikan sedikit Tip Belajar Berkesan.
- Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
- Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti.
- Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar.
- Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
- Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
- Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
- Memahami apa yang dibaca.
- Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
- Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran
- Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
- Bagi sesetengah pelajar, mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
- Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
- Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
- Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
- Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
- Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi
By Puan Ummi Tuesday, June 19, 2012
kaunseling kerjaya, keibubapaan, kerjaya, Kerjaya Kesihatan, Kerjaya Perubatan, kisah kejayaan, kisah motivasi, tokoh, UM No comments
Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya pasti para pelajar ramai yang mengenali Prof Dr Muhaya. Suara beliau sering kedengaran di corong radio. Begitu juga di kaca televisyen.
JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang
dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga
terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.
Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela
menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka
sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat
tertinggi.
Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada
keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat
leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.
AZIMAT pesanan bapa Muhaya, selain kasih sayang ibunya, telah menjadikan beliau seorang yang berjaya dalam hidup.
Datuk Tan Aminuddin meninggal dunia
Datuk Tan Aminuddin meninggal dunia
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Tan Aminuddin.
Datuk Tan Aminuddin
Beliau yang juga ADUN Chenor dan Ketua UMNO Bahagian Maran, dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lalu selepas mengalami keracunan makanan.
Isteri Penagih Dadah Boleh Tuntut Cerai
By Puan Ummi Monday, June 18, 2012
keibubapaan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, PPDA, puisi, rasa hati, SLAD No comments
Isteri penagih dadah boleh tuntut cerai - Mufti
Dadah itu Pemusnah Bahagia,
Kerananya
Keluarga huru hara
Pasangan kekasih hilang cinta,
Isteri hilang kasih suami tercinta,
Anak-anak rindukan belaian bapa,
HIV AIDS melalui suntikannya,
Ibubapa yang tua renta,
Hanya mengalirkan air mata
Pabila
Anak yang disayang dan dimanja
Akhirnya tewas di tangan musuh durjana
Menjadi bangkai bernyawa
.....Hilang sudah.......punah
....musnah
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara.
Dadah itu musuh kita,
Musuh Bangsa.
Musuh Negara
Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an.
Ikuti petikan di bawah dari akhbar Utusan berkaitan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Abd Majid Mohd Noor.
JITRA 12 Mei - Isteri yang bersuamikan penagih dadah, pesakit AIDS dan pembawa virus HIV dibenarkan menuntut cerai daripada suami mereka.
Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Abd. Majid Mohd. Noor berkata, isteri berhak menuntut fasakh daripada suami yang menagih dadah dan menghidap penyakit AIDS selepas mendapat pengesahan doktor dia tidak boleh dirawat atau dipulih.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .