Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Dadah: Suami isteri antara ditahan

Dadah: Suami isteri antara ditahan



Petikan akhbar Utusan Malaysia 17 Ogos 2010.

BATU PAHAT 16 Ogos - Selang tiga hari kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran antarabangsa Eramin 5 terbesar di Ayer Hitam, Khamis lalu, pasukan itu berjaya membongkar stor dan makmal memproses pelbagai jenis dadah pula di Taman Sri Penggaram di sini semalam.

Dalam serbuan di empat lokasi berasingan itu, polis menahan sembilan ahli sindiket termasuk sepasang suami isteri berusia 30-an serta merampas sejumlah dadah dianggarkan bernilai RM500,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, serbuan bermula di rumah pasangan itu dan hasilnya polis menemui bahan dan peralatan untuk memproses heroin.



Beliau memberitahu, 15.18 kilogram (kg) heroin nombor 3; 1.15kg heroin nombor 4; 25kg kafein dan 940 biji pil Eramin 5 berjaya dirampas.

"Susulan itu, tujuh lagi ahli sindiket ditahan dalam dua serbuan berasingan di sini dan Muar serta merampas heroin seberat 11.4 gram, ketamin (100 gram) dan syabu (152 gram).

"Polis kemudian menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan dadah di Taman Indah, Muar dan merampas heroin nombor 3 sebanyak 4.41kg, kafein (109.58kg.) dan cecair kimia (13 botol) disyaki untuk menghasilkan dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Difahamkan, lokasi serbuan keempat dijalankan di rumah teres dua tingkat kos rendah hasil maklumat awam.

Zul Hasnan berkata, polis turut menyita lima kereta semuanya iaitu jenis Toyota Estima, Honda, Saab, Proton Iswara dan Wira serta dua motosikal dipercayai digunakan sindiket itu untuk mengedarkan dadah.

"Polis juga merampas mata wang Malaysia dan Indonesia, tiga utas jam tangan berjenama, dua komputer riba serta pelbagai barangan kemas," katanya.

Katanya, kesemua sembilan ahli sindiket berusia 22 hingga 38 tahun itu termasuk seorang warga Indonesia kini ditahan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .