Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI DISEMBER 2010




Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember 2010 dibuka mulai hari KHAMIS, 5 Ogos 2010.
http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon
kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf     
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT
e. *Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains

Pemohon Sesi Jun 2010 yang tidak berjaya atau tidak mendaftar boleh memohon semula menggunakan no. pin yang sama.

Cara Memohon 

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Disember 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;



Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan Disember 2010 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.

Maklumat lanjut; e-Borang Politeknik KPT

Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat :
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190 

Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

Tarikh tutup:
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Disember 2010 ditutup pada 17 September 2010 (Jumaat).

Related Posts:

  • Senarai Institut Kemahiran MARA Di Malaysia Senarai Institut Kemahiran MARA Di Malaysia SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) & KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) IKM / KKTM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkem… Read More
  • Program Matrikulasi Sesi 2011/ 2012Makluman Terbaru Program Matrikulasi Sesi 2011/ 2012 Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan u… Read More
  • Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik 2011Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik 2011 Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. kepada yang tidak berjaya, semoga ada rezki anda pada lain masa dan lain bidang. Sila klik http://www.politeknik.edu.my/keputusanperm… Read More
  • Pelajar Cemerlang Walaupun SusahPelajar Cemerlang Walaupun Susah Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel di bawah adalah sebagaimana yang tersiar di sisipan megabait Utusan Malaysia hari ini. Semoga para pelajar menjadikan kisah kesusahan hidup Ath… Read More
  • PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2012/2013 IKLAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2012/2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon SPM 2011 adalah Dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi sesi  2012/2013 akan bermula pada 1 Julai se… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .