Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/p/jom-kenali-smkjp2.html





Kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi orang mukmin. Orang-orang soleh dahulu mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan sejak bulan Rejab lagi. 
Mereka menganggap bulan Ramadhan yang diperkayakan Allah dengan pelbagai keistimewaan dari segala bulan yang lain sebagai kemuncak latihan jiwa seorang hamba kembali menuju Tuhannya.
Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya;
“Sesungguhnya telah dating Ramadhan, bulan yang berkat. Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu-pintu neraka dan ditambat para syaitan. Pada bulan ini terdapat satu malam yang terbaik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya maka sesungguhnya dia rugi”.
(Riwayat Ahmad dan An Nasai)
Mencari di penjuru mana duduknya kasih saying Allah S.W.T di sepanjang Ramadhan, hadiah Ramadhan itu sendiri adalah bukti kasih sayangNya. Kerana kasih dan sayangNya, Allah sediakan satu bulan yang cukup istimewa buat sekalian orang beriman.
Kita hanya mampu membicarakan  tentang keistimewaan itu sejauh  yang terjangkau  dek ilmu dan akal yang amat terbatas. Sedangkan hakikatnya ia lebih luas daripada itu lagi.
Dalam kita berhati-hati agar lapar dan dahaga seharian tidak sekadar lapar dan dahaga semata-mata tanpa beroleh imbuhan ganjaran pahala, di waktu yang sama kita sedang meneguhkan binaan kasih saying. Saling ingat mengingati di antara anda dan sahabat di sekolah, bersama ibubapa atau ahli keluarga lain di rumah dan bagi yang tinggal di asrama, bersama kawan-kawan dorm.
Begitu juga kepada para pelajar yang tinggal di rumah kebajikan, walaupun tanpa ahli keluarga kandung, sekurang-kurangnya kita masih ada dahan untuk berpaut. Ibu di di asrama mahupun ibu yang menjadi ibu angkat kita…..Juga guru-guru anda di sekolah…
Mengimbau kasih saying Nabi SAW sempena Ramadhan, ia begitu melimpah-tuah. Nabi bersungguh-sungguh menganjurkan umatnya mempelbagaikan amal kebajikan. Baginda menunjukkan bagaimana menjalani sebulan Ramadhan. Disuburkan cinta dan rindu umat dengan perkhabaran Malam Qadae, dan diberitahu macam mana hendak beroleh rahmat mendapatkannya. Semua itu adalah kerana aksih saying Nabi SAW kepada kita.
Diajarkan kepada Syaidatina Aisyah R.ha doa yang perlu dibaca pada malam yang pahala  beribadahnya menyamai pahala seribu bulan itu. Boleh kita amalkam pada setiap malam ramadhan:
Maksudnya:
“Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf. Suka memberi maaf. Maka maafkanlah aku”. (Riwayat Tirmizi daripada Aisyah r.ha)



DOA AWAL RAMADHAN
“Ya Allah telah tiba Bulan Ramadhan
Telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini
Dan Engkau telah menurunkan al Quran sebagai petunjuk
untuk sekalian manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran.
Ya Allah, bantuilah kami untuk mengerjakan ibadah puasa.
Terimalah puasa kami dan peliharalah puasa bagi kami dalam kemudahan
dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani”.

  Gambar-gambar sekitar Program Ceramah sempena 
Menyambut Ramadhan pada Khamis, 5 Ogos 2010. 



 Pelajar ini khusuk menyalin nota ceramah.
 Tuan Pengetua turut memberikan ucapan aluan.
 Barisan guru perempuan di belakang dewan pun khusuk mendengar ceramah.

Ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mahmud Mat. Ceramah beliau berkaitan persediaan menanti kedatangan Ramadhan dan juga  setelah kedatangan ramadhan. Ceramah beliau yang bersahaja dan sesekali diselitkan unsur lucu membuatkan pendengar pasti tertawan, dan hendak dengar sehingga habis.
Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ismail. Sebelum majlis dimulakan, pengerusi majlis juga sempat meminta hadirin hadirat muslimin muslimat menyedekahkan al fatihah untuk allahyarham Azlan bekas pelajar sekolah ini sesi 2006.  Para pelajar kemudiannya turut dijamu dengan bubur durian dan pulut yang dimasak secara bergotong royong oleh guru-guru dan Pengusaha kantin.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .