Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Tercampak 5 Meter

Tercampak 5 Meter: Seorang Guru Maut Motosikal Dirempuh Kereta

Entry ini saya petik dari Metro Ahad. Al Fatihah untuk allahyarham Zamirudin Abdul Rahman, 34, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak, Perak, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di muka dan kepala selepas terhempas ke permukaan jalan.
 
 
 
Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN, 2010/08/22
 
BUKIT BERUNTUNG: Ibarat kisah sedih bertimpa-timpa apabila seorang guru lelaki yang sebelum ini kehilangan dua insan tercinta iaitu ibu kandung dan kakaknya, maut dalam keadaan mengerikan apabila tercampak lebih lima meter selepas motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta.
 
 
 
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Husin Omar berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Savvy ketika mangsa melalui Kilometer 429.2 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Bukit Beruntung, di sini.



Menurutnya, dalam kejadian jam 11.50 pagi semalam, beberapa saksi memberitahu melihat motosikal ditunggang mangsa dibawa dalam keadaan terhoyong-hayang dan tidak stabil.

“Akibatnya, kereta Savvy yang dipandu seorang lelaki bersama dua ahli keluarganya gagal mengelak sebelum merempuh motosikal itu. Difahamkan, pemandu kereta terbabit dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa di kampungnya di Changkat Jering, Perak.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa melambung ke arah cermin depan kereta terbabit sebelum tercampak kira-kira lima meter. Mangsa kemudian terjatuh di tepi penghadang besi lebuh raya.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Berchang, Kuala Lipis, Pahang dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan terhadap kemalangan itu mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan jalan 1987.

Difahamkan, mangsa sebelum ini kehilangan ibu kandungnya yang meninggal dunia pada 5 Ogos lalu. Sebelum itu, kakak mangsa turut dikatakan menghembuskan nafas terakhir dua minggu sebelum ibunya meninggal dunia akibat sakit.

sumber; http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tercampak5meter/myMA/myArticle
 
 

Related Posts:

  • Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup Allah Maha Kuasa... Tidak Mengira Ruang dan Masa... Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa... Walau Di Mana Jua... Allah Maha Penyayang Di Bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mampu melebihi s… Read More
  • Puasa Pesakit Diabetes Type 2 Kawal hipoglisemia Puasa Pesakit Diabetes Type 2  Kawal hipoglisemia semasa berpuasa Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiak… Read More
  • Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013 Peneroka FELDA Dapat Duit Raya 2013 RM32.3 juta duit raya peneroka FELDA  Jumlah berdasarkan kedudukan harga sawitSungkai: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan duit raya RM32.313 juta kepada 112,635 pener… Read More
  • Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat MELAKA - Bukit Rambai di sini merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU… Read More
  • ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH  Apalah dosa anak kecil ini.  DADAH BUKAN PEMBERI BAHAGIA BAHAGIA ITU MAKNAWI ANUGERAH ILAHI MAKA DEKATKANLAH DIRI DENGAN TUHANMU MAKA DI SITU KAU KAN TEMUI BA… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .