Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas

Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas



TEMERLOH 24 Jan. - Seorang guru masih mampu meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa walaupun menghidap penyakit berkaitan saraf iaitu Prolapse Intervertebral Disc (PID) yang menyebabkan kesakitan amat sangat di bahagian paha kiri dan belakang.


Menurut guru berkenaan, Mohd. Jasmin Jamaluddin, 40, yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Ira dekat sini, dia dapat melupakan kesakitan yang dialami sejak lapan bulan lalu apabila mengajar di kelas.

 
Dia yang kini berulang alik setiap hari dari rumahnya di Taman Temerloh Jaya ke sekolah yang sejauh 11 kilometer memberitahu, semasa mengajar dia seolah-olah dapat melupakan seketika kesengsaraan penyakit berkenaan yang mula dikesan pada 1 Julai tahun lalu.


"Jika saya berehat di rumah seperti nasihat doktor, saya akan berasa sakit, tetapi jika ke sekolah dan mengajar di kelas seolah-olah sakit itu hilang seketika.


 
"Penyakit ini mula dikesan apabila saya diserang kesakitan yang amat sangat di bahagian paha kiri dan belakang," kata Mohd. Jasmin kepada pemberita semasa dikunjungi Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah di sekolah berkenaan baru-baru ini.
Menurutnya, tanpa sebarang petanda, dia diserang kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bangun dan disentuh oleh jiran-jiran yang cuba membantunya.
"Saya dibawa ke Hospital Temerloh dengan ambulans dan apabila sampai di wad kecemasan disuntik morfin sebanyak empat kali untuk menahan sakit.


"Selepas disahkan menghidap PID, saya menerima rawatan selama 29 hari dalam wad, terpaksa pakai lampin pakai buang sebab terlalu sakit hinggakan tak sedar terkencing," katanya.


Walaupun menderita penyakit yang tidak pernah diketahui sebelum ini, Mohd. Jasmin masih mendapat sokongan isteri, Rosliza Mohamed, 31, dan tiga anaknya yang masih kecil.


Menurutnya, jiwa sebagai pendidik menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke sekolah walaupun tempoh cuti sakitnya masih panjang.


Katanya, dia juga terpaksa menangguhkan sementara pengajian jarak jauh (PJJ) Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Perguruan Lipis kerana tidak sanggup berulang-alik ke Lipis dan masih ada tiga tahun lagi untuk menamatkan pengajian tersebut.


"Saya merayu agar kementerian membenarkan saya menukar subjek muzik kepada subjek Bahasa Melayu disebabkan subjek muzik memerlukan banyak latihan amali," katanya.

2 Comments:

waza said...

kagum dengan semangat cikgu.Moga boleh menjadi inspirasi buat saya kerana saya juga sedang menderita mengidap penyakit yang sama ....

Puan Ummi said...

Sama2 kita berkongsi pengalaman. saya ambil berita berkaitan guru ini daripada akhbar Sinar Harian. terima aksih sudi melayari blog ini

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .