Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas
TEMERLOH 24 Jan. - Seorang guru masih mampu
meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa walaupun menghidap penyakit
berkaitan saraf iaitu Prolapse Intervertebral Disc (PID) yang menyebabkan kesakitan amat sangat di bahagian paha kiri dan belakang.
Menurut guru berkenaan, Mohd. Jasmin Jamaluddin, 40, yang kini
mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Ira dekat sini, dia dapat melupakan
kesakitan yang dialami sejak lapan bulan lalu apabila mengajar di
kelas.
Dia yang kini berulang alik setiap hari dari rumahnya di Taman
Temerloh Jaya ke sekolah yang sejauh 11 kilometer memberitahu, semasa
mengajar dia seolah-olah dapat melupakan seketika kesengsaraan penyakit
berkenaan yang mula dikesan pada 1 Julai tahun lalu.
"Jika saya berehat di rumah seperti nasihat doktor, saya akan berasa
sakit, tetapi jika ke sekolah dan mengajar di kelas seolah-olah sakit
itu hilang seketika.
"Penyakit ini mula dikesan apabila saya diserang kesakitan yang amat
sangat di bahagian paha kiri dan belakang," kata Mohd. Jasmin kepada
pemberita semasa dikunjungi Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin
Abdullah di sekolah berkenaan baru-baru ini.
Menurutnya, tanpa sebarang petanda, dia diserang kesakitan yang amat
sangat sehingga tidak mampu bangun dan disentuh oleh jiran-jiran yang
cuba membantunya.
"Saya dibawa ke Hospital Temerloh dengan ambulans dan apabila sampai
di wad kecemasan disuntik morfin sebanyak empat kali untuk menahan
sakit.
"Selepas disahkan menghidap PID, saya menerima rawatan selama 29 hari
dalam wad, terpaksa pakai lampin pakai buang sebab terlalu sakit
hinggakan tak sedar terkencing," katanya.
Walaupun menderita penyakit yang tidak pernah diketahui sebelum ini,
Mohd. Jasmin masih mendapat sokongan isteri, Rosliza Mohamed, 31, dan
tiga anaknya yang masih kecil.
Menurutnya, jiwa sebagai pendidik menyebabkan dia mengambil keputusan
untuk pergi ke sekolah walaupun tempoh cuti sakitnya masih panjang.
Katanya, dia juga terpaksa menangguhkan sementara pengajian jarak
jauh (PJJ) Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Perguruan Lipis
kerana tidak sanggup berulang-alik ke Lipis dan masih ada tiga tahun
lagi untuk menamatkan pengajian tersebut.
"Saya merayu agar kementerian membenarkan saya menukar subjek muzik
kepada subjek Bahasa Melayu disebabkan subjek muzik memerlukan banyak
latihan amali," katanya.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
civil servant
,
dunia pendidikan
,
Kesihatan
,
memoir seorang guru
,
Pahang
,
Temerloh
» Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas
Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
2 Comments:
kagum dengan semangat cikgu.Moga boleh menjadi inspirasi buat saya kerana saya juga sedang menderita mengidap penyakit yang sama ....
Sama2 kita berkongsi pengalaman. saya ambil berita berkaitan guru ini daripada akhbar Sinar Harian. terima aksih sudi melayari blog ini
Post a Comment