Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Lepasan Matrikulasi dan STPM CGPA 2.8 Akan Ditawarkan IPTA
By Puan Ummi Friday, July 27, 2012
IPTA, isu semasa, kaunseling kerjaya, kerjaya, Selepas Matrikulasi, selepas STPM No comments
Kuala Terengganu: Semua lepasan matrikulasi dan STPM dengan Gred Nilai
Purata Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas yang gagal meneruskan pengajian,
akan ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Awas Perokok kesan buruk merokok sebaik berbuka
By Puan Ummi Friday, July 27, 2012
anti rokok, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS 2 comments
Awas Perokok
kesan buruk merokok sebaik berbuka
Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata
seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika
Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda
By Puan Ummi Thursday, July 26, 2012
about me, Cara Buat Nota, kemahiran belajar, Kemahiran Membaca, Pelajar cemerlang No comments
Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat pembaca Muslim blog ini.
Kesedaran
tentang pentingnya “Budaya Membaca” sebagai satu agenda negara
berikutan dengan pendedahan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun
1983, oleh ahli akademik dari universiti tempatan di bawah pimpinan
Prof Atan Long dari Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa minat
membaca buku di Malaysia sangat rendah (kajian secara umum).
Oh iya, saya ingin berkongsi satu bahan berkaitan cara membaca. Cara membaca berkesan ini adalah salah satu tip rahsia kejayaan pelajar cemerlang. Kenape? Ta percaye ke? Oklah teruskan membaca entry ini ye.
Semasa saya berada di tingkatan 3, di sebuah sekolah menengah agama di Perlis, seingat saya pada awal tahun sebelum PMR bermula lagi, pihak sekolah tempat saya belajar telah mengadakan pelbagai program motivasi pelajar.
Sebagai pelajar tahun peperikaan ketika itu, memang berdebar hati saya. Saya ada
mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan
pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya
pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson
(1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang
mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang
dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula
Survey
(tinjau) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya
anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu
dicapai melalui pembacaan.
- ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan
dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan
terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Pesakit HIV Pulih Setelah Pembedahan Tulang Sumsum
By Puan Ummi Thursday, July 26, 2012
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS No comments
Pesakit HIV Pulih Setelah Pembedahan Tulang Sumsum
Pesakit kagum pulih daripada jangkitan HIV
WASHINGTON - Satu-satunya pesakit HIV yang dipercayai sembuh menerusi pembedahan pemindahan sum-sum, Timothy Ray Brown (gambar) memberitahu kelmarin bahawa dia berasa kagum dan kini melancarkan satu yayasan baharu bagi menggalakkan penyelidikan bagi mencari ubat penyakit maut itu.Brown, 47, yang berasal dari bandar raya Seattle dalam negeri Washington, popular selepas beberapa doktor cuba menggunakan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemianya.
Sejak 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan tulang sum-sum dan menunjukkan keputusan yang negatif dalam ujian HIV.
Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka
By Puan Ummi Wednesday, July 25, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Biasiswa Yayasan Cemerlang, kaunseling kerjaya, kerjaya, Selepas Matrikulasi, selepas STPM No comments
Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam khususnya kepada para follower, para pelajar dan rakan yang mengenali saya.
Kepada para pelajar yang berada di peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, anda boleh menjadikan post ini sebagai inspirasi anda untuk lebih tekun dalam pengajian / pelajaran anda.
Yayasan Cemerlang menawarkan anugerah biasiswa kepada pelajar dari golongan kurang berkemampuan
untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi diri, di samping mencapai aspirasi masing-masing dan seterusnya meyumbang kepada pembangunan negara.
Biasiswa Tun Rahah
melalui Yayasan Cemerlang sedang menawarkan biasiswa kepada penuntut ijazah
sarjana muda dan peringkat sarjana 2012.
Iklan Biasiswa Yayasan Cemerlang di Akhbar Harian Metro, Ahad, 22 Julai 2012.
(Baru hari ini cikgukaunseling.com berkesempatan menaip kembali artikel ini)
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Penuntut Ijazah Sarjana Muda – minimum 5 A SPM / 3 A dalam STPM
- Penuntut Ijazah Sarjana – Minimum CGPA 3.00 dari universiti yag diiktiraf.
- Mempunyai bukti kegiatan lain seperti aktiviti luar atau aktiviti komuniti.
- Baik dari segi kemahiran komunikasi interpersonal dan kepimpinan
- Tidak mempunyai bantuan kewangan lain
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan adalah 30 Julai 2012
Bidang Pengajian
Pengakuan Pesakit HIV, Tuhan masih sayangkan saya
By Puan Ummi Wednesday, July 25, 2012
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, Pendidikan Perkembangan Remaja 2 comments
Pengakuan Pesakit HIV, Tuhan masih sayangkan saya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mari kita ambil iktibar daripada pengakuan pesakit HIV ini yang merupakan bekas penagih dadah tegar.
KULIM - Seorang lelaki berusia 37 tahun yang dikehendaki polis kerana
terlibat dengan penyalahgunaan dadah menyifatkan dirinya masih disayangi
tuhan apabila doktor mengesahkan hayatnya akan dapat bertahan sehingga
2011 sahaja setelah disahkan dijangkiti HIV.
Menurutnya, ketika usianya 14 tahun, dia sudah mula berjinak dengan dadah dan sering melanggan pelacur dan melakukan seks luar tabii bersama mak nyah ketika tinggal di Kuala Lumpur.
Menurutnya, ketika usianya 14 tahun, dia sudah mula berjinak dengan dadah dan sering melanggan pelacur dan melakukan seks luar tabii bersama mak nyah ketika tinggal di Kuala Lumpur.
"Selain itu, saya turut melakukan beberapa perlakuan jenayah sehingga ditahan polis.
"Semua ini tidak dihindarkan sehinggalah saya terlantar sakit. Doktor yang merawat mengesahkan saya dijangkiti HIV hasil dari hubungan seks bebas dilakukan," katanya.
Impian ngeri yang selama ini menghantuinya berlaku juga apabila anak ketiganya juga disahkan HIV positif. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, beberapa bulan kemudian, isterinya pula disahkan mengalami nasib yang sama.
"Semua ini tidak dihindarkan sehinggalah saya terlantar sakit. Doktor yang merawat mengesahkan saya dijangkiti HIV hasil dari hubungan seks bebas dilakukan," katanya.
Impian ngeri yang selama ini menghantuinya berlaku juga apabila anak ketiganya juga disahkan HIV positif. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, beberapa bulan kemudian, isterinya pula disahkan mengalami nasib yang sama.
Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka
By Puan Ummi Monday, July 23, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Borang Online, IPT, IPTA, UiTM 1 comment
Permohonan Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM 2013 Sudah Dibuka
UiTM mempelawa Bumiputera Warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2013 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Profesional dan Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Staf (Induk) UiTM.
Info Bank Negara Malaysia Fund for Shariah Scholars in Islamic Finance
By Puan Ummi Monday, July 23, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Minat Kerjaya, Selepas Matrikulasi, selepas STPM No comments
Bank Negara Malaysia Fund
for Shariah Scholars in Islamic Finance
[See also: Shariah Research Grant]
The Scholarship is aimed at enlarging the pool of Shariah scholars who are well-equipped with the necessary knowledge and competencies in both Shariah and Islamic finance.
The Scholarship is available to qualified candidates pursuing the following:
- Post-graduate (Masters or Doctorate) study at recognised institutions of higher learning in the field of Shariah, specializing in fiqh muamalat; OR
- Certified Islamic Finance Professional (CIFP) programme conducted by the International Centre for Education is Islamic Finance (INCEIF). [More information about CIFP at INCEIF.org]
Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)
By Puan Ummi Monday, July 23, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Pendidikan, Pelajar cemerlang, Selepas Matrikulasi, selepas STPM, Skim Latihan Tenaga Pengajar, SLTP 3 comments
Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) Penajaan KPT
Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP)
OBJEKTIF
Pada dasarnya biasiswa SLTP yang disediakan adalah untuk menaja
pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) tempatan dalam bidang-bidang tertentu yang dikenalpasti
keperluannya di politeknik dan kolej komuniti.
Setelah tamat pengajian
dan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.75 dan tertakluk kepada semua
syarat lantikan dipenuhi, pelajar akan dilantik sebagai tenaga pengajar
di politeknik dan kolej komuniti.
GOLONGAN SASARAN
Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di
Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (bagi pengajian di dalam Negara) dan
lepasan Diploma/Matrikulasi yang cemerlang (bagi pengajian ke luar
Negara).
PERINGKAT PENGAJIAN
Ijazah Pertama
TEMPAT PENGAJIAN
- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- UTP
- MMU
- UNITEN
- Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN PERJANJIAN
UTM Sasar Pendidikan Percuma
By Puan Ummi Monday, July 23, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Biasiswa Tabung Endowmen UTM, Halatuju, IPT, IPTA, Selepas Matrikulasi, selepas SPM, UTM No comments
UTM bakal biayai kos pengajian
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini dimuatnaik di blog ini sebagai sumber inspirasi kepada para pelajar yang berada di Tingkatan 6 Atas dan Matrikulasi agar belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
" Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, berkata pada tahun ini UTM berjaya mengumpul RM40 juta yang mampu membiaya biasiswa kepada 150 pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) 3.75 ke atas dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi Sains."
PUTRAJAYA: Menjelang 2020, semua pelajar yang
mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) akan menikmati pendidikan percuma menerusi
pemberian biasiswa Tabung Endowmen UTM yang mula ditubuhkan dua tahun
lalu.
Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata, sejak
ditubuhkan pada 2010, tabung berkenaan sudah mempunyai dana berjumlah
RM40 juta dan menjelang 2020, ia dianggarkan berjumlah RM500 juta.
“Kita menjangkakan 8,000 pelajar akan mendapat manfaat daripada dana diperoleh hasil kutipan daripada kakitangan UTM menerusi pemotongan gaji, alumni atau duit yang diraih daripada program anjuran pelajar.
“Tahun ini kita memberikan kepada 150 pelajar dengan sejumlah
RM48,000 setiap seorang untuk membiayai pengajian mereka sepanjang di
universiti. Tahun lalu, seramai 100 pelajar sudah mendapat manfaat
daripada tabung ini,” katanya kepada media selepas program Impianku ke
Menara Gading di kementerian di sini, semalam.
Semakan Tawaran Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta
By Puan Ummi Monday, July 23, 2012
Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Vokasional, selepas PMR No comments
Semakan Tawaran Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun menawarkan para pelajar lepasan PMR yang layak untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sesi Julai 2012 Pada Jun 2012 yang lalu.
Boleh rujuk entry berkenaan di blog ini, PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL LEPASAN PMR 2011di sini.
Oleh itu, bagi membuat semakan permohonan anda, sila klik di sini.
Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012
Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2012 Bagi Sekolah Sesi Petang berdasarkan Pemberitahuan KPM di website rasmi KPM.
Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT)
By Puan Ummi Thursday, July 19, 2012
Aplikasi Untuk Guru, civil servant, peperiksaan, SPPAT No comments
Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT)
Tarikh kemasukan Markah Lisan dan Kerja
Kursus bermula dari 1 Ogos 2012 (Rabu) hingga
30 Ogos 2012 (Khamis)
|
Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA
By Puan Ummi Tuesday, July 17, 2012
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Halatuju, JPA, kerjaya, Kerjaya Aliran Sains, Selepas Matrikulasi, selepas STPM, Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA, Universiti Luar Negara No comments
Permohonan Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA Sesi 2/2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar di sekolah menengah atas dan di peringkat Matrikulasi, boleh menjadikan entry ini sebagai sumber insipirasi anda untuk lebih tekun dalam pengajian anda.
Kini, Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara JPA sedang dibuka. Program ini merupakan penajaan Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pelajar-pelajar yang belum berkhidmat dengan kerajaan.
Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan kemudahan pinjaman yuran pengajian untuk pelajar yang sedang belajar di universiti luar negara bagi program pengajian ijazah pertama.
Kemudahan pinjaman yang disediakan adalah berkonsepkan cost sharing
di mana JPA akan membiayai yuran pengajian sahaja tertakluk kepada
jumlah maksimum sebanyak RM 250,000.00 seorang bagi Program Pinjaman
Khas Perubatan dan maksimum RM 200,000.00 seorang bagi Program Pinjaman
Biasa.
Sementara itu lain-lain kos seperti bayaran yuran pengajian yang
melebihi daripada jumlah pinjaman, sara hidup, rawatan kesihatan,
tambang perjalanan, alat tulis, buku dan kerugian pertukaran wang asing
adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.
TEMPOH PERMOHONAN:
Permohonan di bawah Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara bagi sesi 2/2012 dibuka dari 1 hingga 31 Julai 2012
Kategori :
Warganegara Malaysia Sahaja
JENIS PINJAMAN
- Pinjaman Khas Perubatan
- Pinjaman Biasa
BIDANG PENGAJIAN
Ada 3 Kategori Umum:
- Bidang Kritikal
- Bidang Keutamaan
- Bidang Lain (Sains Sosial dan Sains Ikhtisas)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN:
Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula
By Puan Ummi Tuesday, July 17, 2012
catatan pemilik blog, Dunia Gadis, dunia pendidikan, keibubapaan, Kesihatan, Kolej PTPL, memoir seorang guru, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Perkembangan Remaja, remaja, SMK Jengka Pusat 2 No comments
Suntikan Vaksin HPV 18 Tahun Percuma Bermula
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai salah seorang Pembantu Guru Kesihatan (2011), antara tugas saya ialah membantu program kesihatan di sekolah.
Artikel di bawah dipetik daripada BERNAMA. Gambar daripada Kosmo.
Kepada pelayar blog ini, boleh lihat entry sebelum ini,
TENGKU ADNAN bersama Aminah (kanan) menyampaikan replika
kad Program Vaksinasi HPV kepada seorang pelajar Kolej PTPL di Putrajaya
semalam.
PUTRAJAYA 16 Julai - Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).
Program ceramah HIV di sekolah
By Puan Ummi Tuesday, July 17, 2012
HIV/ AIDS, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, PPD Maran, psikososial, Unit Bina Insan 2 comments
Program ceramah HIV di sekolah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pihak sekolah telah banyak mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Anti Dadah.
Program ini biasanya diadakan oleh GPK Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV AIDS atau lebih dikenali Guru PPdA, atau Unit Bina Insan.
Program ini biasanya diadakan oleh GPK Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Pencegahan Anti Dadah dan HIV AIDS atau lebih dikenali Guru PPdA, atau Unit Bina Insan.
Manakala di pihak PPD sendiri, turut ada Pegawai di Unit PPdA ini. Jika di Maran, Pahang, anda boleh lihat aktiviti yang dijalankan oleh UNIT PPdA Maran di http://ppdamaran.blogspot.com/
Pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi Guru SLAD dan Guru Pendidikan Anti Dadah dan HIV AIDS di SMK Abdul Jalil Kluang, ada beberapa program yang telah pernah saya dan rakan-rakan sejawatan laksanakan untuk para pelajar.
Penyakit HIV AIDS
Kepada para pelajar dan pembaca blog ini, anda disyorkan membaca blog akuhivpositif.blogspot.com. Kalau boleh ikuti dari awal catatan penulis blog berkenaan. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Hanya mengikuti penulisan blog itu dari awal kemunculan blog itu sebelum blog itu terkenal.
Apa yang saya tahu beradasarkan catatan blog berkenaan, beliau bukan seorang pengamal seks bebas, atau penagih dadah namun ujian Allah menimpa beliau.
Memang pahit dugaan yang beliau alami. Ini kerana, stigma terhadap pesakit HIV selama ini. Namun, saya rasa, ada hikmah atas apa yang berlaku kepada penulis blog berkenaan.
Sekurangnya dengan kemunculan blog berkenaan telah banyak membantu banyak pihak memahami akan penyakit HIV AIDS ini. Selain itu, pesakit HIV AIDS dapat saling menasihati, memberi sokongan dan motivasi positif.
Bahkan kini, ramai kaunselor dan masyarakat yang bukan pesakit HIV turut sudi menghulurkan bantuan konsultasi kaunseling. Ya, sebenarnya, pesakit HIV AIDS memerlukan sokongan dan dorongan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan baik.
Sebagaimana pesakit jenis penyakit lain, orang sakit ini biasanya memerlukan insan-insan dan invidu yang saling menasihati dan memberi dorongan serta sokongan daripada individu lain.
Di dalam Islam sendiri, Allah suka hambaNya saling bantu membantu atas kebenaran dan kasabaran.
Blog akuhivpositif, http://akuhivpositif.blogspot.com/, Blog beliau memenangi sebuah anugerah peringkat kebangsaan dan masuk TV3.
Sedikit info berkaitan HIV AIDS
Di seluruh dunia, epidemik sejagat HIV/AIDS berkemampuan mencetuskan
perasaan belas kasihan, perpaduan dan sokongan, mengeluarkan sifat
terbaik seseorang, keluarga dan komuniti mereka. Tetapi penyakit ini
juga dikaitkan dengan stigma, penindasan dan diskriminasi, sebab
individu yang terlibat (atau dipercayai dijangkiti) oleh HIV telah
disingkir oleh keluarga, kawan dan komuniti. Penyingkiran ini berlaku di
negara maju dan juga negara miskin.
Stigma adalah satu alat kawal
sosial yang sangat berkesan. Stigma boleh digunakan untuk mengenepikan
dan menggunakan kuasa terhadap individu-individu yang menunjukkan
sesuatu sifat/ciri. Walaupun penyingkiran masyarakat terhadap kumpulan
sosial seperti homoseksual, penagih dadah dan pekerja seks wujud sebelum
HIV/AIDS, penyakit ini telah memperkuatkan stigma ini.
Dengan
menyalahkan kumpulan dan individu ini, masyarakat boleh mengelak dari
tanggungjawab untuk memberi penjagaan kepada kumpulan orang-orang ini.
Ini bukan sahaja terlihat dalam cara mereka menyalahkan "orang luar"
yang membawa HIV ke negara mereka, tetapi juga dalam bagaimana
kumpulan-kumpulan ini dilarang mendapatkan rawatan dan perkhidmatan yang
diperlukan.
Boleh lihat artikel Sejarah Penyakit HIV AIDS di sini.
Program ceramah HIV di sekolah (Kosmo)
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran (KPM) buat pertama
kalinya
menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya HIV dengan membawa mak
nyah memberi ceramah di sekolah-sekolah.
Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
KPM, Jevanartham Baby berkata, program yang bertemakan Manisnya Menjadi
Gadis itu juga merupakan serampang dua mata pihaknya bagi membantu
mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.
SEJARAH PENYAKIT AIDS
By Puan Ummi Tuesday, July 17, 2012
HIV/ AIDS, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, PPDA No comments
SEJARAH PENYAKIT AIDS
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. kepada para pelajar dan pembaca blog ini, saya kali ini ingin berkongsi tentang Sejarah Penyakit Aids ini.
Salah satu cara HIV AIDS merebak melalui suntikan jarum oleh penagih dadah.
Kronologi AIDS
HIV (virus yang mengakibatkan AIDS) berkemungkinan dipindahkan ke manusia di Afrika pada tahun 1930an.
HIV berkemungkinan masuk ke Haiti pada tahun 1966.
1970an
HIV berkemungkinan masuk ke Amerika Syarikat pada tahun 1970
Doktor-doktor di Afrika melihat kenaikan penyakit opportunis dan sindrom susut badan
Saintis dan doktor barat masih jahil terhadap epidemik yang meningkat
1981
AIDS dikesan di California dan New York
Kes-kes pertama adalah antara golongan homoseksual dan penagih dadah suntikan
1982
AIDS dilaporkan antara pesakit yang menerima transfusi darah dan orang Haiti di Amerika
AIDS dilaporkan di beberapa negara Eropah
Nama "AIDS - Acquired Immunodefeciency Syndrome" dicipta
Gadis Dijangkiti HIV Setelah Perbuatan Sumbang Mahram Bapa Tiri
By Puan Ummi Monday, July 16, 2012
HIV/ AIDS, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, Pendidikan Perkembangan Remaja, PPDA, psikososial No comments
Gadis Dijangkiti HIV Setelah Di...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Gadis ini dijangkiti HIV positif seawal usianya 15 tahun setelah diperlakukan perbuatan "Sumbang Mahram' oleh bapa tirinya.
Semoga ada sinar kehidupan baru kepada gadis ini.
BACHOK: Seorang wanita mendakwa dibaling plastik berisi kelapa parut oleh seorang pemilik kedai runcit gara-gara takut ‘berjangkit’ sebaik berita mengenai dirinya menghidap virus HIV tersebar luas di kampungnya.
Malah, saudara-mara termasuk rakan karib turut memulaukan dirinya hingga wanita berusia 23 tahun itu menangis mengenangkan nasib yang menimpanya.
Mahu dikenali sebagai Nita, dia berkata, penyakit itu bukan dicari, sebaliknya berjangkit daripada ayah tirinya yang meninggal dunia tiga tahun lalu akibat Aids.
Katanya, ayah tiri yang juga penagih dadah memperkosanya menyebabkan dia dijangkiti HIV.
Mengimbas kembali perubahan hidupnya, Nita berkata, kehidupan keluarga mula berubah apabila ayah kandung meninggal dunia sebelum ibu berkahwin dengan lelaki lain tanpa mengetahui suami barunya itu penagih dadah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Gadis ini dijangkiti HIV positif seawal usianya 15 tahun setelah diperlakukan perbuatan "Sumbang Mahram' oleh bapa tirinya.
Semoga ada sinar kehidupan baru kepada gadis ini.
BACHOK: Seorang wanita mendakwa dibaling plastik berisi kelapa parut oleh seorang pemilik kedai runcit gara-gara takut ‘berjangkit’ sebaik berita mengenai dirinya menghidap virus HIV tersebar luas di kampungnya.
Malah, saudara-mara termasuk rakan karib turut memulaukan dirinya hingga wanita berusia 23 tahun itu menangis mengenangkan nasib yang menimpanya.
Mahu dikenali sebagai Nita, dia berkata, penyakit itu bukan dicari, sebaliknya berjangkit daripada ayah tirinya yang meninggal dunia tiga tahun lalu akibat Aids.
Katanya, ayah tiri yang juga penagih dadah memperkosanya menyebabkan dia dijangkiti HIV.
Mengimbas kembali perubahan hidupnya, Nita berkata, kehidupan keluarga mula berubah apabila ayah kandung meninggal dunia sebelum ibu berkahwin dengan lelaki lain tanpa mengetahui suami barunya itu penagih dadah.
Petua Graduan Terbaik KUIM Tuntut ilmu kerana Allah
By Puan Ummi Monday, July 16, 2012
IPT, IPTS, kisah kejayaan, kisah motivasi, Pelajar cemerlang No comments
Petua Graduan Terbaik KUIM Tuntut ilmu kerana Allah
Graduan Terbaik Keseluruhan KUIM (Kolej Universiti Islam Melaka), Siti Fatimah Jaafar.
Website KUIM, Klik di http://www.kuim.edu.my/v1/
MELAKA: “Saya menuntut ilmu kerana Allah untuk mendapat keberkatan,” kata penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Siti Fatimah Jaafar.Anak kelima daripada tujuh beradik berusia 21 tahun itu menerima anugerah berkenaan pada majlis Konvokesyen Kuim kali ke-16 selepas mencatatkan nilai purata gred 3.83 di Seri Negeri, di sini, semalam.
Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Syariah Islam berkata, kejayaan itu membuktikan anak pengawal keselamatan mampu berjaya jika berusaha secara berterusan.
“Syukur akhirnya usaha dan pengorbanan ayah, Jaafar Ali, 55, dan ibu, Tuan Khadijah Tuan Mohd Yusof, 52, sedikit sebanyak dapat saya balas dengan anugerah ini.
Langkah Jika Anak Anda Dibuli
By Puan Ummi Monday, July 16, 2012
Buli, Cerita Kehidupan, keibubapaan, Kemahiran Membuat Keputusan, Kemahiran Menghadapi Tekanan, Pendidikan Perkembangan Remaja, psikososial No comments
“SITI tak mahu pergi sekolah. Tak seronok,” kata anak saudara penulis selepas dua bulan sesi persekolahan dibuka awal tahun ini. Hairan juga, kenapa si bongsu yang mempunyai perwatakan ceria tiba-tiba enggan ke sekolah sedangkan dia yang paling teruja untuk belajar di sekolah yang sama dengan dua abangnya.
Selepas puas ditanya barulah Siti memberitahu, rupa-rupanya dia sering dicubit oleh rakan sekelas yang duduk di hadapannya. Maka ibunya meminta si abang yang dilantik menjadi pengawas sekolah untuk memberitahu rakan tadi supaya menghentikan perbuatannya itu. Kami sekeluarga tidak menganggapnya sebagai buli (walaupun ia membuatkan Siti tidak mahu ke sekolah). Kami membuat andaian mungkin rakannya geram melihat wajah Siti yang gebu dan bulat.
FIZIKAL...buli fizikal biasanya dilakukan oleh kanak-kanak dan remaja lelaki.
AKRAB...mempunyai kawan-kawan rapat dapat elakkan kanak-kanak daripada jadi mangsa buli.
SINDIR...sindir, umpat dan ejek termasuk dalam perbuatan buli.
SUKAN...dapat pupuk rasa saling menghormati pada kanak-kanak dan remaja.
Namun secara umumnya kanak-kanak memang mudah menjadi mangsa buli, terutama yang baru masuk tahun satu. Sebelum si kecil anda menjejakkan kaki ke sekolah rendah, ibu bapa sepatutnya sudah menjalankan tanggungjawab mengajar anak-anak supaya mereka tidak menjadi mangsa buli.
Jika diperhatikan sekarang banyak sekolah meletakkan papan tanda atau pemberitahuan di papan kenyataan memberi peringatan kepada pelajar supaya segera membuat laporan kepada guru sekiranya mereka atau kawan-kawan menjadi mangsa buli.
Insiden buli tidak harus dipandang ringan kerana jika si pembuli itu berkumpulan, ‘denda’ dikenakan kepada mangsa yang pada asalnya hanya untuk berseronok boleh bertukar menjadi ‘seksaan’ sehingga membawa kecederaan dan ada yang berakhir dengan kematian. Membuli beramai-ramai memang boleh membuatkan orang hilang pertimbangan apatah lagi dengan sokongan moral daripada sorakan rakan pembuli.
Secara umumnya, kanak-kanak lelaki lebih cenderung menjadi mangsa buli berbanding perempuan sama ada dalam bentuk buli fizikal atau psikologi. Bagaimanapun dalam sesetengah kes, mangsa buli kadang-kadang bertukar menjadi pembuli. Apabila dibuli, mangsa mungkin menunjukkan tindak balas seperti berasa resah atau agresif.
Oleh kerana mereka tidak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan perasaan, mangsa buli ini menjadikan kanak-kanak lain yang difikirkan tidak akan melawan sebagai sasaran. Dalam keadaan ekstrem, ada mangsa buli yang membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderaan yang dialami atau mereka boleh bertindak agresif dengan menyerang si pembuli.
Menurut Pakar Polisi dan Pendidikan Keluarga, Universiti New Hampshire, Malcolm Smith yang menjalankan kajian ke atas buli di kalangan rakan sebaya selama 30 tahun berkata, buli menjejaskan kehidupan kanak-kanak yang disisihkan kerana pelbagai sebab termasuk kemurungan, mempunyai isu kesihatan mental dan berbeza daripada segi saiz dan bentuk badan.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .






















+menyampaikan+replika+kad+Program+Vaksinasi+HPV+kepada+seorang+pelajar+Kolej+PTPL+di+Putrajaya.jpg)








