Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan Untuk Lepasan SPM
Ikuti Kursus di Kementerian Kesihatan Malaysia
Penolong Pegawai Perubatan sebagai kerjaya pilihan buat lepasan SPM yang melepasi syarat kelayakan kredit dalam beberapa matapelajaran seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Salah satu bidang kerjaya di sektor awam, iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma – Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penolong Pegawai Perubatan sebagai kerjaya pilihan buat lepasan SPM yang melepasi syarat kelayakan kredit dalam beberapa matapelajaran seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Salah satu bidang kerjaya di sektor awam, iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma – Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dahulu waktu kecil, penulis cikgukaunseling.com pernah mendengar arwah atuk beritahu dapatkan rawatan dengan dresser di poliklinik kerajaan terdekat bila semputnya datang. Kemudian apabila penulis cikgukaunseling.com meningkat remaja, ada juga mendengar orang-orang tua mengatakan jumpa HA atau sesekali ada yang mengatakan berjumpa Dresser di poliklinik.
Pening juga memikirkan apa maksud dresser atau HA itu. Apabila ke Poliklinik, nampaklah lelaki berpakaian putih berseluar hitam bertanya, "Adik sakit apa?" Nak juga bertanya dengan pegawai itu, adakah tuan ini Dresser atau tuan ini doktorkah? Tapi tak terkeluar dek segan takut dianggap kurang ajar pula. :).
Takdir Allah Taala, ketika Tingkatan 1 semasa dalam perjalanan balik dari sekolah di Perlis ke rumah orangtua saya di selatan tanahair, ada satu pengalaman yang manis bagi saya. Sebaik bas Ekspres PPMP meninggalkan Stesen Bas Kangar, bas yang dingin hanya dinaiki beberapa penumpang memandangkan pada masa itu UITM Arau tidak cuti lagi.Jadi 2 seat bas tu saya yang 'punya' , he he.
Mata saya asyik memandang ke petak-petak sawah padi. Kelihatan para petani menggemburkan tanah dengan traktor. Padi belum tumbuh masa itu. Ada juga kerbau yang tolong petani itu. Pokok mempelam, pokok pisang, jagung dan pelbagai tanaman kontan lain ada di tepi sungai yang mengairi air ke sawah yang saujana mata memandang. Subhanallah. Pemandangan yang tiada di negeri saya.
Bas berhenti di bahu jalan tidak berapa lama kemudian. Bangku yang kosong di sebelah saya bagai menggamit penumpang.
"Adik, ada orang duduk tak di tepi adik?" tanya seorang gadis dalam akhir belasan tahun dengan senyum manisnya dilemparkan kepada saya.
Akhirnya saya duduk bersebelahan dengan seorang gadis manis bertudung coklat oren. Kakak ini naik bas ekspres ketika bas melewati Simpang Empat, Perlis. Kami ralit bersembang. Perjalanan berbelas-belas jam tidak sedar sudah berlalu.
Di Kuala Lumpur, kami berpisah destinasi. Daripanyalah saya dapat penjelasan apa itu Dresser dan HA itu. Ini kerana kakak ini sendiri sedang belajar dalam bidang perubatan pada masa itu. Baiklah itu intro saya. Maaf agak berjela-jela.
Untuk nak tahu apa itu Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan macam mana nak ceburi kerjaya ini, silakanlah ya baca entry ini sampai habis. Kalau ada para pengunjung blog ini, labih-lebih lagi mereka yang memang terlibat dalam bidang perubatan dan separa perubatan serta nak tolong tambah, dipersilakan ya. Kecil tapak tangan, blog ini saya tadahkan.
KERJAYA Penolong Pegawai Perubatan atau MEDICAL ASSISTANT
KERJAYA Penolong Pegawai Perubatan atau MEDICAL ASSISTANT adalah salah satu prospek kerjaya yang amat baik. Tidak semua orang tahu akan kewujudan MA di pusat-pusat kesihatan kerana MA sering juga dianggap sebagai salah seorang doktor.
Pada waktu dulu PPP dikenali juga sebagai MA(medical Asisstant atau Pembantu Perubatan), HA(Hospital Asisstant atau Pembantu Hospital) dan pada waktu British dulu dikenali sebagai Dresser.
Namun, MA juga sebenarnya adalah doktor yang merawat pesakit dalam kes-kes umum. Kerjaya MA menjanjikan kepuasan bagi mereka yang berminat dalam menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit dan berinteraksi secara kerap dengan pesakit.
PPP adalah salah satu daripada cabang Paramedic yang berada di Malaysia. Setiap PPP yang terlatih hendaklah
terlebih dulu memasuki Kolej Kesihatan Bersekutu yang terdapat di
seluruh Malaysia dan perlulah mempelajari tentang PPP selama 3 tahun.
Kelayakan untuk memasuki kursus PPP
adalah SPM dengan Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris perlulah
kredit dan mana2 remaja yang berkelulusan dari aliran sains adalah amat
digalakkan untuk memohon kursus PPP melalui SPA ( Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam ).
Berikut senarai kolej yang menawarkan bidang diploma pembantu perubatan.
Kolej dibawah naungan kementerina kesihatan yang menawarkan kursus diploma pembantu perubatan ialah :
1. KSKB Kota Kinabalu
2. KSKB Kuching
3. KSKB Ulu Kinta
4. KPP Alor Star dan
5. KPP Seremban.
Penolong Pegawai Perubatan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Gred: U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, U54
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/ Jabatan : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
Jadual Gaji: |
Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
U29 | RM1,311.58 | RM4,508.20 | RM145.00 |
U32 | RM2,214.00 | RM5,178.91 | RM155.00 |
U36 | RM3,454.82 | RM6,369.36 | RM180.00 |
U41 | RM2,259.08 | RM6,909.25 | RM225.00 |
U42 | RM2,259.08 | RM6,909.25 | RM225.00 |
U44 | RM3,422.66 | RM7,268.66 | RM250.00 |
U48 | RM5,007.64 | RM8,356.59 | RM270.00 |
U52 | RM5,641.31 | RM9,108.00 | RM290.00 |
U54 | RM5,941.64 | RM9,717.04 | RM320.00 |
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
LANTIKAN KE GRED U29 |
(a) | (i) | Diploma Pembantu
Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu
Perubatan Malaysia. GRED U29 [ Gaji Permulaan: RM1,687.59 ] |
LANTIKAN KE GRED U41
a) | (i) | ijazah sarjana muda
kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga
Pembantu Perubatan Malaysia. GRED U41 [ Gaji Permulaan: RM2,259.08 ] |
Deskripsi Tugas : |
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
1. | Peranan Primer |
1.1 | Penjagaan Perubatan Primer |
Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan. |
Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat. |
Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan
Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan. |
Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan |
Pentadbiran
Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital. |
2. | Peranan Khusus |
Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu. |
Penolong Pegawai Perubatan Gred U41
Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Memberi rawatan kuratif, pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Pusat-pusat Kesihatan termasuk Dispensari Statik dan Bergerak, Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada pegawai perubatan.
a(i). Latihan Penolong Pegawai Perubatan:
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan : 3 tahun
Biasiswa Semasa Latihan : RM621.21 sebulan
Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia
a(ii). Tempat Latihan :
i) Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak
ii) Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan
iii) Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah
iv) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak
b. Syarat Latihan:
i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iilulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hospital Rendah adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Perubatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i) mempunyai kelayakan di para (i) di atas; dan
ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
d. Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan, Gred U29.
Meningkatkan Kerjaya Anda
Peluang untuk Pembantu
Perubatan melanjutkan pelajaran lebih luas dengan ada Pendidikan Jarak Jauh di IPTA
tempatan. Pembantu Perubatan terutama yang masih muda digalakan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi. Pembantu Perubatan boleh memohon untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang tertentu secara PJJ. Antara IPTA
yang menawarkan tempat ke PP adalah UNIPUTRA , UKM , USM , UITM dsbnya. Keperluan
minumum adalah SPM dan Pengalaman kerja serta sokongan pihak
Jabatan. Sila lawati laman web www.ideal.upm.edu.my untuk
mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya anda ingin bertanya pengalaman MA yang sudah
bergraduat dengan Ijazah Sains Komputer secara kaedah ini sila hubungi webmaster iaitu jamalparit@hotmail.com . Beliau baru sahaja bergraduat dari Universiti
Putra Malaysia Serdang pada bulan Ogos lepas. [5/9/2001]
SEJARAH KERJAYA PENOLONG PEMBANTU PERUBATAN DI MALAYSIA
PROFESION PEMBANTU PERUBATAN
Profesion Pembantu Perubatan Pada awalnya ia dikenali sebagai' Apothecaries' yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Dibawah pemerintahan British Malaya 'Apothecaries' dikenali juga sebagai 'Sub-Assistant Surgeon' @ 'Dressar'. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dari British nama Hospital Assistant telah diguna pakai dan pada masa kini dikenali sebagai Pembantu Perubatan (Medical Assistant).
Profesion Penolong Pegawai Perubatan bermula sejak tahun 1786 dengan nama Dresser . Mula bertapak di Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 1823 Dresser telahpun berada di negeri Pulau Pinang,Melaka dan juga Singapura.
APOTHECARIES
- Ialah seorang yang menyediakan,menjual dan mendispen ubat-ubatan di Britain seseorang yang telah lulus peperiksaan yang diadakan oleh Society Of Apothecary London dengan mendapat Diploma In Medicine,Surgery And Midwifery. Ini melayakkan mereka untuk menggunakan abrevasi LMSSA London di belakang nama mereka.
- Ialah seorang yang menyediakan,menjual dan mendispen ubat-ubatan di Britain seseorang yang telah lulus peperiksaan yang diadakan oleh Society Of Apothecary London dengan mendapat Diploma In Medicine,Surgery And Midwifery. Ini melayakkan mereka untuk menggunakan abrevasi LMSSA London di belakang nama mereka.
DRESSAR
- Ialah seorang yang membuat dressing luka pesakit dan membantu pakar bedah semasa pembedahan dijalankan.
- Ianya ialah graduan dari sekolah perubatan yang mendapat latihan dari segi teori dan praktikal ilmu
perubatan.
- Dressar yang telah tamat latihanya diberi kebenaran untuk melakukan pembedahan kecil & ringan.
-Ianya berupaya untuk merawat kes-kes luka , kepatahan dan berpengetahuan tentang farmakologi dan perbidanan.
HOSPITAL ASSISTANT ( HA )
- sebelum kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 nama 'DRESSAR' telah ditukarkan kepada HOSPITAL ASSISTANT (HA).
- sekolah latihan pembantu hospital telah diwujudkan di Seremban Negeri Sembilan.
- skop pekerjaan 'HA' telah diperluaskan dengan penempatan di klinik-klinik kesihatan dan unit- unit khas spt unit kecemasan,otopedik dll.
.Pada tahun 1936 nama Dresser telah ditukarkan kepada nama Pembantu Rumah Sakit (HA).
Tahun 1957 iaitu tahun kemerdekaan Negara Malaysia ,Pembantu Rumah Sakit telah dikenali pula sebagai Pembantu Hospital (HA) dengan wujudnya jawatan tersebut di seluruh Malaysia.Pada 1961 secara rasminya "National Union Of Hospital Assistant " (NUHA) telah didaftarkan.
Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang pertama telah beroperasi di Kuching ,Sarawak pada tahun 1969. Manakala pada tahun 1971 Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban,Negeri Sembilan.
Akta Pembantu Hospital (Pendaftaran),telah dikuatkuasakan pada tahun 1977.Seiring dengan pembangunan kerjaya.
PEMBANTU PERUBATAN (MEDICAL ASSISTANT @ MA)
Pada tahun 1985 pula nama Pembantu Hospital (HA) telah ditukarkan dengan nama Pembantu Perubatan (MA) .
- setelah sekian lama nama 'HA' digunakan maka KKM telah menukarkan nama jawatan ini kepada Pembantu Perubatan (Medical Assistant).
- 4 buah kolej telah dibina untuk memenuhi permintaan 'MA' iaitu:
- Kolej PP Seremban
- Kolej PP Ulu Kinta
- Kolej PP Alor Setar
- Kolej PP Kuching
- graduan lepasan kolej
PP ini akan mendapat Diploma Pembantu Perubatan didalam tempoh latihan 3 tahun (teori & praktikal). - pihak swasta juga telah mengiktiraf jawatan PP ini dan ramai diantara PP yang bertugas di sektor swasta.
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ( ASSISTANT MEDICAL OFFICER @ AMO )
Tahun 1986 secara rasminya Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia telah ditubuhkan.Sejajar dengan perubahan demi perubahan kepada profesion , maka sijil Pembantu Perubatan telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989 .
Pada tahun 2007 ,Nama Pembantu Perubatan (MA) telah ditukarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (AMO). Transformasi Profesion semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan masakini dengan kewujudan Skim Bersepadu .Pengwujudan Jawatan bagi Penolong Pegawai Perubatan siswazah ke skim Pengurusan dan Profesional (P&P).
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ( ASSISTANT MEDICAL OFFICER @ AMO )
- Kerajaan telah bersetuju dan meluluskan gelaran jawatan yang baru bagi Pembantu Perubatan iaitu Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa 20hb Mac 2007.
- Pertukaran gelaran ini hanyalah secara pentadbiran sahaja dan tidak melibatkan skim perkhidmatan.
- Semoga dengan ini dapat memberi peransang dan galakan untuk semua PPP untuk terus memajukan kerjaya dan prestasi mereka.
- PPP dibahagikan kepada beberapa grade:
KUMPULAN SOKONGAN- PPP grade U29 - PPP grade U32 - PPP grade U36
Sila rujuk entry di atas ye.
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
- PPP Grade U41
- PPP Grade U42
- PPP Grade U44
- PPP Grade U48
- PPP Grade U52
- PPP Grade U54- telah ramai PPP yang melanjutkan pelajaran diperingkat Universiti dan mendapat ijazah
- dengan ini diharap akan dapat meningkatkan mutu dan produktiviti PPP
Sumber dan Terima Kasih Kepada;
Website SPA
http://zamarizaharikpps.blogspot.com/
http://cherany.tripod.com/
http://tuandressar.blogspot.com/
17 Comments:
THANKS for the information,,,,,
welcome cristiano arlonekenz :)
salam..nak tanya,kalau saya dah habis diploma biotechnology,saya dapat tawaran untuk belajar latihan penolong pegawai perubatan ni,perlu ke saya pergi interview?saya perlu belajar untuk 3 tahun lagi dalam peringkat diploma la ye??..harap dapat membantu..terima kasih =)
kalau lepasan stpm mcm mna? boleh ke memohon?
Terima kasih atas penerangan.
Untuk dapatkan contoh maklumat Latihan Separa Perubatan, sila rujuk ke laman ini :
-->www.latihanseparaperubatan.com
Kerja ni sukar nak dapat sekarang ni..kerana competition yang semakin ramai sekarang dan hebat..tapi blh cuba, InsyaAllah jika diizinNya pasti dapat juga akhirnya..yang penting jangan give up..
Anonymous KERJA KOSONG BANYAK DI SINI said..
ya yang penting usaha
Ikhwan Fahmi terima kasih
Naimah Rozali semoga urusan anda dimudahkan Allah. maaf saya sibuk ketika anda tanya tak smepat jawab
setahu saya kena apply guna result SPM. Ikut kelayakan yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia erlu mohon guna result SPM
Greetings and Good Day !
We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Sender:-
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
Nak tanya . Lepas dah lantik jadi MA .. kena berkhidmat utk 5 tahun lepas tu baru boleh sambung bljr ke?
Kalau sambung bljr . Kerajaan tanggung or duit sndri?
Harap yang masuk ILKKM tidak membandingkan dengan kehidupan di University, Kolej yang lain. Dekat sini kelas office hour. Kalau anda berada di lapangan klinikal sama seperti bekerja. Contohnya, kalau waktu shift waktu shift lah.. kalau office hour, office hour lah.. bergantung kepada diploma yang anda pilih. Cuti di ILKKM pun tak sama macam di university.Kalau Uitm, USM,UPM dapat cuti 2 minggu untuk cuti hari raya... di sini dapat seminggu atau 5 hari je. Cuti sem cuma 30 hari pada bulan disember. Maklumat terbaru mungkin cuti sem cuma 3 minggu je. Hujung bulan november kena habiskan aktiviti di kolej. Pro nyer di bawah ILKKM anda akan dapat Elaun sara hidup RM835.XX sebulan. Anda akan ditawarkan ke dalam perkhidmatan selepas 3 tahun latihan. Exam macam biasalah..ada midsem dengan akhir sem. Bergantung kepada diploma korang jugak.
Nak tanya. Boleh tak belajar ijazah bidang selain perubatan kesihatan memohon terus memasuki bidang medical assistant dalam degree?
Nak tanya. Boleh tak belajar ijazah bidang selain perubatan kesihatan memohon terus memasuki bidang medical assistant dalam degree?
Boleh tak lepasan ijazah selain perubatan memohon?
Nak tanya exam ma dalam bahasa malayu or english
Post a Comment