Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Al Fatihah Pelajar Cemerlang OKU Meninggal Dunia

Al Fatihah Pelajar Cemerlang OKU Meninggal Dunia



Al Fatihah Untuk Allahyarham Hazman Shahir Samsul Kamar, 17.

 

ALOR GAJAH - Hasrat seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) untuk menghantar permohonan agar dibenarkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia menggunakan komputer riba tidak kesampaian apabila ditemui meninggal dunia di dalam kelasnya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Hazman Shahir Samsul Kamar, 17, ditemui ibunya, Hazlina Hasan, 41, dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi roda miliknya.

Arwah yang disahkan menghidap ‘Spinal Muscular Atrophy’ sejak lahir pernah dianugerahkan pelajar OKU cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah 2011.





Hazlina berkata, ketika kejadian, dia datang ke sekolah untuk menjemput Hazman dan adiknya seperti biasa.

"Ketika tiba di sekolah, hanya adiknya, Muhammad Azwan Sharif menunggu saya di hadapan sekolah tetapi Hazman tiada.

"Selepas itu, saya mencari Hazman di kelasnya dan terkejut apabila melihat dia sudah kaku di atas kerusi roda dalam keadaan tangan kanannya masih memegang kertas ujian.

"Saya cuba mengejutkan Hazman tetapi tiada maklum balas. Selepas itu, pihak sekolah menghubungi bantuan kecemasan sebelum dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Alor Gajah dan disahkan meninggal dunia ,” katanya.

Rakan arwah, Mohd Haikal Norazlan, 17, berkata, setiap hari dia akan membantu Hazman menyedut kahak menggunakan peralatan khas.

“Tetapi hari ini (kelmarin) saya kurang sihat dan pulang sebaik selesai menduduki ujian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dilaporkan menghidap penyakit genetik sejak lahir.

“Mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Durian Tunggal, semalam,” katanya.


Sumber Sinar Harian klik di sini





Related Posts:

  • Nabil Lutfi Pelajar OKU Autisme Cemerlang 9A SPM  Nabil Lutfi Pelajar OKU Autisme Cemerlang 9A SPM Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun keputusan SPM telah berlalu, saya hanya baru malam ni berkesempatan memuatnaik di sini artikel kajayaan Anak Autisme… Read More
  • Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif (Artikel ini disiarkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi entry ke3 utama sehingga 19/4/2013) Fakta Aids  * Aids bukan hanya penyakit lelaki homoseksua… Read More
  • Redha Dengan Ujian AllahHIDUP ini sememangnya suatu ujian. Apa jua yang Allah SWT sediakan kepada setiap hamba-Nya, sama ada diuji dengan masa yang lapang, masa yang sempit, gembira dan sedih, sakit dan sihat tidak akan pernah tersisih daripada yang… Read More
  • Rindu Si Anak Kepada IbubapaRINDU 9 BERADIK Ketika membaca akhbar Metro Ahad, pada artikel, Ibu Bapa Hilang, bagaikan mengimbau sesi kaunseling saya bersama bekas pelajar dan pelajar saya yang tidak mempunyai ibu atau bapa. Rasa hati anak-anak rema… Read More
  • Jurnal Kehidupan Cerita seorang isteri penagih dadah Jurnal Kehidupan Cerita seorang isteri penagih dadah Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini pernah saya muat naik di blog Jurnal kehidupan pada 2011 lalu. Namun ia antara data yang tidak dapat diselematkan.&… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .