Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jiwa Anak Kecil


Jiwa Anak Kecil

 

Jiwa si kecil

 

Proses pembesaran anak pasti ada melalui satu fasa apabila mereka mulai belajar meneroka dan bereksperimen. Salah satu daripadanya adalah dengan melukis, menconteng dan melakar di dinding rumah.
Namun, ramai ibu bapa sering merujuk sesi meluahkan kreativiti dalam usaha menyampaikan isi hati itu sesuatu yang salah. 


Sedangkan, menurut pakar psikologi, lukisan adalah saluran terbaik untuk ibu bapa mengenali anak kecil mereka dan salah satunya melalui kaedah dipanggil, ujian projektif.


Melalui kaedah ini, emosi kanak-kanak boleh dinilai menggunakan lukisan dihasilkan misalnya, rasa tidak selamat digambarkan melalui lukisan figura condong, berkepala kecil, bentuk raksasa atau tanpa tangan dan kaki.

Menyampaikan pendapat



 

Lukisan turut dijadikan alat oleh pakar psikologi untuk mendekati kanak-kanak bermasalah seperti mangsa dera, mangsa rogol atau kanak-kanak yang berdepan masalah autisme dan Sindrom Asperger.

Selain itu, kanak-kanak membesar dengan kemahiran melukis mempunyai satu lagi potensi positif yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan dan kerjaya.
Kata Pensyarah Kanan Fakulti Kreatif Multimedia, Universiti Multimedia, Dr Ruzaimi Mat Rani, melukis adalah aktiviti komunikasi dan proses berfikir secara visual yang praktikal.

“Ia digunakan untuk menyampaikan pendapat atau cadangan terhadap idea tertentu secara visual supaya mudah difahami, untuk kegunaan formal dan informal.

“Contoh aktiviti melukis formal adalah melukis pelan bangunan, pelan jalan untuk individu terbabit sektor pembinaan manakala contoh tidak formal adalah ketika menerangkan lokasi tempat atau arah jalan.

“Proses ini mengambil masa yang singkat serta lebih mudah difahami. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran visual dapat membantu mencapai tujuan dikehendaki dengan lebih berkesan,” katanya.

Tingkat produktiviti

Kemahiran visual memberikan impak positif terhadap kanak-kanak seperti kata, Pengarah Eksekutif Program Rekaan di Kolej Stanford, Bill Burnett, ‘apa yang pereka bayangkan adalah masa depan, dan itulah kehebatan ‘pemikiran pereka’ atau designer’s thinking bagi seseorang.

Jelas Bill, seorang pereka membawa dua perspektif asas dalam setiap masalah iaitu empati dan kreativiti.

“Untuk mencipta masa depan yang tiada, anda perlu benar-benar memahami apa yang orang lakukan sekarang dan kemas kini konsep supaya menjadi lebih baik,” katanya.

Tambah Ruzaimi, kerana itu kerajaan menyarankan supaya masyarakat memahirkan diri dalam komunikasi visual dan berfikiran seperti pereka.

“Davit Sibbet, pengasas The Grove Consultants International, juga terbabit dalam membangunkan jenama Apple Computer di era 80an, dalam bukunya, Visual Meetings memberitahu, jika organisasi mempunyai tenaga kerja yang mahir melukis melalui teknik visual, dapat meningkatkan produktiviti sehingga 30 peratus lebih berbanding syarikat biasa.

“Justeru, ia jelas menunjukkan bahawa dengan berfikiran seperti pereka, secara semula jadi, individu itu akan tahu semua benda dan sistem. Itu teorinya,” katanya. 



Sumber; di sini

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .