Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Keputusan STPM 2012 diumum Isnin18 Mac 2013

Keputusan STPM 2012  Diumumkan Isnin18 Mac 2013




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar calon STM 2012 Khususnya calon STPM SMK Jengka 2, semoga anda memperolehi kejayaan cemerlang. Anda boleh membaca Halatuju Selepas STPM klik di sini, dan jika ada cadangan tambahan silakan tinggalkan komentor membina anda ya.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac).

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.





Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada pada 12 tengah hari, hari yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.

Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac in
i. - Bernama




Related Posts:

  • JOM MASUK U KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2010 JOM MASUK U TUJUAN Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 adalah Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran MALAYSIA. "JO… Read More
  • JOM MASUK U JOM MASUK U Alhamdulillah, entry ini saya tulis pada hari ini berikutan pada Jumaat semalam terdapat pelajar SMK Jengka Pusat 2  yang bertanya dengan saya website IPTA di Malaysia.  Jika para pelajar perhatikan… Read More
  • i-MAS-C-U Aplikasi Sistem Semakan Kelayakan Akademik i-MAS-C-U Jom Semak Kelayakan ke IPTA Melalui i-MAS-C-U http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/ Susulan entry dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Permohonan ke IPTA Lepasan S… Read More
  • Program Pengajian Di UNISZA Lepasan SPM 2012 Program Pengajian Di UNISZA Lepasan SPM 2012 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya memuat naik Program Diploma Bagi pelajar LEPASAN SPM Yang ditawarkan di UNISZA bagi calon SPM 2012 (KATEGORI A). Ini bagi … Read More
  • Jadual Jom Masuk U 2011 Jadual Jom Masuk U 2011 Sumber gambar, kredit kepada Bahagian Kerjaya PPISB,  klik sini. Berikut merupakan jadual Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011. Pelajar-pelajar  lepasan SPM 2010, khusunya pelajar da… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .