Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PAMERAN PENDIDIKAN INDUSTRI KKTM MARA KUANTAN 2013

PAMERAN PENDIDIKAN INDUSTRI KKTM MARA KUANTAN 2013
Warga Kuantan Sila Ke Industry Oriented Education Exhibition 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM Kuantan) sedang mengadakan program Pameran Pendidikan Industri Kerjaya 2013. Pameran sedang berlangsung sehingga esok. Kepada warga Kuantan, rebutlah peluang ini segera.

Pameran terbuka kepada orang ramai, khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 5. Para ibu bapa juga boleh datang ke KKTM Kuantan di KM 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

Kepada lepasan SPM 2012, anda sangat digalakkan hadir ke pameran ini segera.
 
Pelbagai maklumat akan anda perolehi di sini. Halatuju pendidikan selepas SPM, biasiswa, peluang melanjutkan pelajaran ke oversea, aliran yang ditawarkan di KKTM seluruh negara seperti aliran seni lukis, aliran kemahiran, aliran robotiks, moulding  dan sebagainya  turut dijelaskan oleh para pensyarah KKTM yang berwibawa. Mereka akan entertain pertanyaan anda dengan sebaik-baiknya.


 


SMK Lepar Hilir turut berpeluang diundang menghadiri Program  industry oriented education exhibition 2013 ini. Terima kasih kami ucapkan.


Gambar-gambar lawatan kerjaya sila klik ke http://smk-leparhilir.blogspot.com/2013/03/lawatan-kerjaya-kktm-mara-kuantan-2013.html

 
Untuk Maklumat Lanjut industry oriented education exhibition 2013 sila klik brosur program di sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .