Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Lelaki Kasanova Facebook Menipu

Lelaki Kasanova Facebook Menipu

Lelaki kasanova didakwa tipu guna Facebook


Balik Pulau: Seorang lelaki kasanova yang menipu mangsa melalui laman sosial Facebook dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua tuduhan membabitkan penipuan, Disember tahun lalu.

Tertuduh, KK Prabharan, 45, dari Ipoh, Perak, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan majistret Muhammad Najib Ismail.




Mengikut pertuduhan, Prabharan memperdaya M Jayanthi, 49, dari Sungai Nibong, di sini, dengan melarikan barang kemas milik mangsa yang menggunakan alasan untuk dicuci, 2 petang, 9 Disember lalu.


Pertuduhan kedua pula, tertuduh secara salah mendorong Jayanthi menyerahkan wang tunai sebanyak RM18,000 sebagai pembayaran tempahan dewan hotel untuk perkahwinan anak mangsa dan anak lelaki tertuduh di Maybank cawangan Pusat Beli- Belah Queensbay antara 3 dan 4 petang, 13 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Jaminan RM20,000

Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh menawarkan wang jaminan diberikan sebanyak RM20,000 untuk setiap satu pertuduhan sebelum peguam, Md Yusuf Md Idris memohon dikurangkan kerana Prabaharan turut berdepan pertuduhan kes penipuan lain.
Muhammad Najib menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 untuk kedua-dua kes serta seorang penjamin bagi setiap kes dan 27 Mac ini untuk penyerahan dokumen.

Sebelum ini, media pernah melaporkan seorang lelaki menyamar sebagai seorang doktor menipu wanita melalui Facebook dengan menggunakan nama seperti Shiva Nair, Dr Ragunathan Nair, Ragu dan Keeran Raj.

sUMBER BERITA HARIAN








Related Posts:

  • Azam Seorang Pemuda Yang Mahu Tinggalkan Dadah Azam Seorang Pemuda Yang Mahu Tinggalkan Dadah Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini SEG… Read More
  • Valentines Day Jom Remaja Muslim Usah Sambut  Valentines Day Jom Remaja Muslim Usah Sambut Menerima dan mengamalkan Islam sebagai Ad-Diin, iaitu sebagai cara hidup adalah perlu dilaksanakan oIeh seluruh umat Islam, demi membuktikan ketulusan dan keya… Read More
  • Model Sayangku Mekanisme Bendung Seks Bebas Model Sayangku Mekanisme Bendung Seks Bebas   RAMAI menganggap isu seks sesuatu yang remeh-temeh dan memualkan serta tidak sesuai dimasukkan dalam silibus sistem pendidikan formal. Sering dilemparkan… Read More
  • Pemuda hidup tunggang-langgang Pemuda Gay hidup tunggang-langgang Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan pemilik blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia .Semo… Read More
  • Jenis lelaki yang perlu diketahui oleh wanitaJenis-jenis  lelaki yang perlu diketahui oleh wanita Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel yang ada pada entry ini Mungkin kenyataan ini benar, mungkin tidak. Setiap individu itu punyai karekter berbeza. Se… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .