Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Petua Kejayaan Pelajar terbaik STPM Terengganu 2011

Petua Kejayaan Pelajar terbaik STPM Terengganu 2011


BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis,” katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini.



Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi ”A” dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta ”B ” dalam Bahasa Arab.

Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.

SUMBER BERNAMA DAN KOSMO DI SINI




Related Posts:

  • Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan SederhanaDebaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak-anak...yang rajin menatap tulisan saya di sini dan kemudian kita berdiskusi kembali di sekolah, terima kasih saya ucapkan… Read More
  • Subhanallah Ismail Clement Bicara Mata Subhanallah Ismail Clement Bicara Mata  Subhanallah. Kuatnya semangat seorang saudara seMuslim saya ini. Walaupun lumpuh seluruh tubuhnya, dan kini telah berada di sebuah pusat perlindungan orang tua namun beliau se… Read More
  • Rehat seketika elak tekanan Rehat seketika elak tekanan Semoga pelajar-pelajar yang menduduki SPM dapat menjawabnya dengan tenang. Terutama bekas pelajar saya, di TJ dan di Felda Bandar TR. Amin. Tips dari Cikgu  Normah boleh diambil perhatian.… Read More
  • MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013 MAJLIS RESTU ILMU MOTIVASI PECUTAN AKHIR TINGKATAN 5 2013  MOTIVATOR RAZALI BERSAMA PELAJAR,  IBUBAPA PELAJAR DAN GURU SMKLH Majlis restu ilmu diadakan bagi merestui segala ilmu yang telah dicurahkan para … Read More
  • Dugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti TerkandasDugaan Kevin Chenais Terlampau Obesiti Terkandas Pemuda 'terlalu gemuk untuk terbang' dihalang naik keretapi pula Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pemuda-terlalu-gemuk-untuk-terbang-dihalang-naik-keretapi-p… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .