Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Nor Izyan Suhaimi Pelajar Cemerlang STPM 2012 Kongsi Petua Kejayaan

Nor Izyan Suhaimi Pelajar Cemerlang STPM 2012 Kongsi Petua Kejayaan
 


   BESUT, 19 Mac -- Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 dari SMK Renek, Besut, Nor Izyan Suhaimi (dua dari kanan) menunjukkan keputusan peperiksaan dan sijil anugerah yang diterima sebagai Pelajar Cemerlang STPM Kategori Sekolah Luar Bandar 2012 kepada rakan-rakannya di sini, hari ini.

Turut sama Pengetua Cemerlang, SMK Renek Ahmad Zawawi Mat Junoh (kanan) dan Penyelaras STPM Pejabat pelajaran Besut, Mahusin mamat (tiga dari kanan).


Dalam peperiksaan itu Nor Izyan berjaya memperolehi 5 Prinsipal A+ dalam kertas Pengajian Am, Bahasa melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi.


--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Bagi Nor Izyan Suhaimi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Renek, Besut dan Normadia Manaf dari SMK Putra, Hulu Besut, tiada yang mustahil asalkan mempunyai semangat juang tinggi untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.

Nor Izyan yang memperoleh lima prinsipal A+ berkata pelajar tidak boleh membuat pelbagai dalih sekiranya mereka lemah dalam pelajaran kerana ianya boleh diperbaiki dengan kesungguhan.





"Kalau sebelah petang saya susah nak belajar kerana ramai adik-adik kecil di rumah, saya pergi ke sekolah mengadakan sesi perbincangan dengan kawan tentang sesuatu perkara yang diajar oleh guru pada sebelah pagi.

"Pada waktu malam pula kalau adik-adik masih menganggu, saya akan bangun seawal jam 4 pagi untuk menelaah pelajaran" katanya ketika ditemui di sekolahnya Selasa.

Pelajar itu yang mempunyai 12 adik beradik kini tinggal bersama bapanya yang merupakan seorang tukang rumah dan ibunya surirumah serta 6 adik beradiknya yang yang berumur antara 18 hingga 6 tahun manakala yang lain sudahpun bekerja dan sedang menuntut di universiti.



sumber; BERNAMA KLIK DI SINI








Related Posts:

  • Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar MatrikulasiSelamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi, khususnya Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, yang Mengikuti blog Dunia Cikgu Kauns… Read More
  • Tip Menghadapi Peperiksaan, Selamat Berpuasa Tip Menghadapi Peperiksaan, Selamat Berpuasa Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Puasa dan peperiksaan. Letih berpuasa? Tidak mengapa. Orang berpuasa dengan ikhlas, semata-mata kerana Allah, pasti Allah nilaikan… Read More
  • Doa Menghadapi Peperiksaan Antara Doa Menghadapi Peperiksaan http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/ Doa mohon Kecergasan Doa Sebelum Masuk Peperiksaan (Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa) Maksudnya: Ya Allah, pe… Read More
  • Format Baru Mata Pelajaran Sejarah Mulai 2013 Format Baru Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Mulai Tahun 2013 Arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentang pelaksanaan pentaksiran peperiksaan SPM mulai tahun 2013 bagi mata pelajaran Sejara… Read More
  • TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012    UPSR Ujian Bertulis : 11 September - 13 September 2012 (Selasa - Khamis) PMR Ujian Bertulis : 9 Oktober - 11 Oktober 2012 (Selasa - Khamis)         &nbs… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .