Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PERMOHONAN PROGRAM PERGURUAN LEPASAN SPM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013

PERMOHONAN PROGRAM PERGURUAN LEPASAN SPM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti lampiran berikut. 

Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 22 Mac 2013.



 

 Sila muat turun syarat dan maklumat berkaitan di IKLAN PISMP JUN 2013.

Sekian, terima kasih.

Sumber; website KPM

MAKLUMAT TAMBAHAN BERDASARKAN TAHUN 2012:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut :

KETERANGAN PROGRAM
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus: Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM
  • Program Persediaan (18 Bulan / 3 Semester)
  • Program Ijazah (4 Tahun / 8 Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu, Sejarah, dan satu mata pelajaran yang lain, serta;
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama lapan belas bulan / tiga semester di Institut berkenaan.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun / lapan semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah.
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah.
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah.
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah.
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah.
  • Bahasa Iban Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah.
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT)
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah.
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah.
  • Matematik Pendidikan Rendah.
  • Sains Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah.
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah.
  • Bimbingan dan Kaunseling.
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah.
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah.
CARA MEMOHON
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2012.
  • Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
5 APRIL 2012

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLO E13, PARCEL E
 KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U/P: UNIT PENGURUSAN PENGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFO: 03-88841260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH.
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE
93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045

 



 





4 Comments:

sweet6teen said...

mcm mana nak apply ye?

Puan Ummi said...

adik, sila rujuk website kpm
permohonan secara online di website kpm.

Anonymous said...

salam,cikgu,saya mempunyai ijazah kedoktoran,tetapi saya sangat berminat untuk menjadi guru sejak di bangku sekolah lagi,sekarang saya bertekad ingin meniggalkan kerjaya sebagai doktor demi menjadi seorang guru,tetapi saya masih buntu mencari jalan.program kpli n dpli sudah sampai tarikh tutp.saya ingin memohon bantuan cikgu,adakah saya mempunyai jalan lain utk kerjaya guru ini?

Cikgu Ma said...

wsalam. setahu saya buat masa ni laluan menjadi guru samada selepas SPM terus apply guru di IPG KPM atau ijazah sarjana muda pendidikan sama ada di UPSI, UKM, UPM, UTM dan beberapa ipta lain.

menarik sebenarnya kerjaya kedoktoran ini. saya nak sgt menjadi doktor dan Allah takdirkan asaya jadi cikgu kaunseling pula kini. :)

Anda pula nak sgt jadi guru. Erm apa kata anda bincang dgn kaunselor HEP di Universiti anda.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .