Cemerlang STPM 2012 Kecekalan bapa semarakkan
semangat
Pengetua SMK Cenderawasih, Datin Fauziah Ismail beramah mesra dengan
empat pelajar yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran STPM 2012
(dari kanan) Sit Guat Sin, Wong Kwok Sang, Tay Chee Wei dan Pua Soo Nge
ketika mereka mengambil slip keputusan peperiksaan itu di sekolah
tersebut di Kuantan, Pahang Isnin lalu.
KUANTAN 19 Mac - Kecekalan bapanya yang menyara kehidupan keluarga
sebagai penjaja di Pasar Besar Kuantan di sini menjadi pembakar semangat
kepada Tay Chee Wei, 19, untuk cemerlang dalam pelajaran.
Anak sulung daripada dua beradik itu tekad belajar bersungguh-sungguh
sehingga berjaya memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012 yang diumumkan.
Chee Wei yang menetap di Kampung Tengah di sini berkata, sejak kecil
dia memasang impian untuk bergelar akauntan bagi mengubah kehidupannya
sekeluarga.
"Impian sahaja tidak menjadi sekiranya tidak belajar
bersungguh-sungguh, justeru saya sentiasa membuat ulang kaji selepas
waktu persekolahan termasuk menghadiri kelas tambahan.
"Setiap hari saya akan bangun seawal pukul 5 pagi bagi mengulang kaji
dan membuat persediaan sebelum ke sekolah," kata bekas pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Cenderawasih itu ketika ditemui pemberita.
Tambahnya, dia yang berharap mendapat tempat di universiti awam dan
mahu menjadi contoh terbaik kepada adiknya yang berada di tingkatan tiga
bahawa kesusahan hidup bukan alasan untuk gagal dalam pelajaran.
Sementara itu, Wong Kwok Sang, 19, anak seorang petani yang mendapat
4A dalam STPM pula berkata, tiada rahsia khusus untuk berjaya dalam
peperiksaan melainkan usaha bersungguh-sungguh.
"Kita kena rajin dan melipat gandakan usaha terutama menjelang
peperiksaan. Kebiasaannya pada minggu peperiksaan saya akan bangun pada
pukul 3 pagi untuk mengulang kaji pelajaran.
"Selain itu, tumpuan di dalam kelas perlu 100 peratus dan sentiasa
berfikiran rasional," katanya yang menetap di Indera Mahkota, dekat
sini.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
kisah kejayaan
,
kisah motivasi
,
Pelajar cemerlang
,
STPM
» Cemerlang STPM 2012 Kecekalan bapa semarakkan semangat
Cemerlang STPM 2012 Kecekalan bapa semarakkan semangat
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment