Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Normadia Manaf Pelajar Cemerlang STPM 2012 Jadikan Kesusahan Keluarga Motivasi Kejayaan

Normadia Manaf Pelajar Cemerlang STPM 2012 
Jadikan Kesusahan Keluarga Motivasi Kejayaan



Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 Negara, Normadia Manaf dari SMK Putra, Hulu Besut (kiri) bersama bapanya Manaf Salleh (depan dua kiri), ibu Zawiah Ismail (kanan) dan abangnya Nor Khairol Azhar yang hadir untuk Majlis Anugerah Khas kerana kejayaannya.
 Gambar milik BERNAMA. Disiarkan di sini sebagai bahan pendidikan.

Ikuti lanjut rahsia kejayaan cemerlang beliau dnegan meng klik 'readmore'...


 

Normadia seorang anak petani dari Kampung Gong Tebu, Darau telah melakar sejarah sebagai pelajar pertama bersama Nor Izyan Suhaimi dari SMK Renek, Besut terpilih sebagai pelajar cemerlang STPM 2012 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan menerima anugerah mereka di Kuala Lumpur semalam.


Dalam peperiksaan tersebut beliau memperolehi 5 Pinsipal A+ dalam Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Sejarah, Geografi dan Seni.



Normadia pula berkata perangainya yang tidak cerewet dalam belajar dianggap sebagai faktor beliau mendapat kejayaan dalam STPM itu.

"Saya sedar kami datang dari keluarga susah , jadi saya perlu cemerlang untuk membantu keluarga kelak", katanya ketika ditemui di SMK Putra selepas majlis penyampaian anugerah hari ini.

Katanya beliau bersyukur kerana mendapat Biasiswa Persekutuan kerana dengan wang itu dapat membeli buku-buku rujukan dan keperluan lain untuk belajar.

"Yang penting, jika tidak faham tanya guru, bincang dengan kawan dan cari rujukan daripada buku-buku yang boleh kita dapati dari perpustakaan", katanya yang juga memperoleh lima Prinsipal A+.

  


Sumber; Bernama klik di sini




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .