OKU Pendengaran Masalah Pendengaran
MASALAH PENDENGARAN
Masalah pendengaran
adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut Cruickshakn dan
Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan
juga bila kecacatan itu dialami.
Terdapat dua kategori iaitu pekak dan
separuh pekak.
Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang
tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih
boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan
mendengar.
Menurut Chua Tee Tee
(1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang
yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai
pendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat
bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.
Asmah Haji Omar (1984),
mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan
pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak
dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta
menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa.
Menurut Bee
H.(1995),mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang
menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang
jelas.Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa
lahir dan selepas lahir.
- Sebelum lahir
ü Baka disebabkan genetic
ü Bukan baka
§ Jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya
§ Pengambilan dadah semasa hamil
§ Mengandung terlalu kerap
§ Oksemia pada peringkat akhir kehamilan
- Semasa Lahir
ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan yang kuat di bahagian telinga
ü Kelahiran tidak cukup bulan
ü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahir
ü Penyakit ‘homolisis’ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh)
- Selepas kelahiran
ü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus
ü Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga
ü Terdedah kepada bunyi kuat
Tanda-tanda yang
menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang
member perhatian di dalam kelas,kelihatan selalu
berkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejut apabila dihampiri daripada
belakang,tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah
terutamanya berkaitan dengan bahasa.
Bagi perkembangan
fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti
kanak-kanak normal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat
disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial
pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang
diterima dana melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya Pendengaran seperti berikut:
Kurang Upaya Pendengaran:
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:
Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
1 Comments:
salam, ini fadil. sy pekak. boleh tanya. driving license ada special category under oku. nanti dpt sticker utk tampal di kereta. license dan roadtax pun murah?
Post a Comment