Permohonan
ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon PMR 2012 yang berminat melanjutkan pelajaran ke MRSM pada 2013, anda boleh mula memohon MRSM bermula 1 Oktober 2012 nanti.
Pada entry ini, dimuatkan artikel berkaitan permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 pada Tahun 2013. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013.
PERMOHONAN
Syarat Kelayakan Ke MRSM Tingkatan 4 Secara Online 2013
Pada entry ini, dimuatkan artikel berkaitan permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 pada Tahun 2013. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013.
PERMOHONAN
-
Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
-
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 di website http://www.mara.gov.my/
-
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
-
Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
-
Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013,Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
-
Syarat Kelayakan Ke MRSM Tingkatan 4 Secara Online 2013
-
Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
-
Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
-
Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
Cara Mohon Nombor Pin / Kata Laluan Untuk ke MRSM 2013
- Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula 1 hingga 19 Oktober 2012.
- Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Percubaan Peperiksaan PMR yang telah disahkan. yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013. (Sila guna Internet Explorer)
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
- Permohonan ke Tingkatan Empat 2013,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
- Permohonan ke Tingkatan Empat 2013,
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh Tutup
- Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan dibuka pada 1 Oktober Hingga 19 Oktober 2012.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 26 Oktober 2012.
- Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada Februari 2013.Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Untuk memohon sila layari Portal Majlis Amanah Rakyat di sini http://www.mara.gov.my
Sejarah Latar Belakang MRSM
Pengenalan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam pembangunan ekonomi negara .
Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Di Malaysia
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
MRSM Beseri, MRSM Langkawi, MRSM Pendang, MRSM Kulim, MRSM Balik Pulau, MRSM Transkrian, MRSM Gerik, MRSM Lenggong, MRSM Taiping, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Pasir Salak, MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, MRSM Jasin, MRSM Terendak, MRSM Jeli, MRSM Kuala Krai, MRSM Pasir Tumboh, MRSM Pengkala Chepa, MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Kuala Berang, MRSM Kuantan, MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuala Lipis, MRSM Mersing, MRSM Batu Pahat, MRSM Pontian, MRSM Muar, MRSM YT Besut, MRSM Kota Kinabalu dan MRSM Kuching.
Alamat MRSM Di Malaysia
PROGRAM PENDIDIKAN
|
LOKASI
|
|
Menengah Rendah
|
(Tingkatan 1 - 3)
|
Kuala Klawang, Pasir Tumboh, Gerik |
Menengah Atas
|
(Tingkatan 4 - 5)
|
Pengkalan Chepa, Tun Ghafar Baba, Taiping |
Menengah Rendah & Atas
|
(Tingkatan 1 - 5)
|
PDRM Kulim, Terendak, Kuching, Kota Putra, Pendang, Lenggong,
Langkawi, Mersing, Jeli, Batu Pahat, Pontian, Kuala Krai, Kuala Kubu
Bahru, Kuala Terengganu, Transkrian, Tun Ghazali Shafie, Muadzam Shah,
Serting, Kota Kinabalu, Pasir Salak, Besut, Gemencheh, Kubang Pasu,
Merbok, Kepala Batas, Alor Gajah, Muar, Balik Pulau, Beseri, Kuala
Berang, Felda, Bentong, Betong, Kuantan, Tun Abdul Razak, Mukah, Tawau,
Pengkalan Hulu, Tumpat, Baling, Johor Bahru, Parit.
|
MRSM Pengkalan Chepa (1973) Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu, Kelantan No. Tel : 09-7738252, 7738396 No. Faks : 09-7738254 |
MRSM Kuantan (1974) Jalan Tok Sira, Alor Akar 25250 Kuantan, Pahang No. Tel : 09-5674439, 5675194 No. Faks:09-5674644 |
||||||
Pengetua : Siti Fatimah binti Hassan Emel : sfatimah@mara.gov.my |
|
||||||
MRSM Kuala Terengganu (1978) Wakaf Tengah Mengabang Telipot 21030 Kuala Terengganu Terengganu No.Tel : 09-6696344, 6696345 No. Faks : 09-6696087 |
MRSM Muar (1980) Km 10 Jalan Bakri 84200 Muar, Johor No. Tel : 06-9866201, 9866202 No. Faks : 06-9866300 |
||||||
Pengetua : Mohamad Anuar bin Mohamad Yusof Emel : manuar@mara.gov.my |
Pengetua : : Abdul Rahim bin Mohammad Emel : arahim@mara.gov.my |
||||||
MRSM Tun Ghafar Baba (1981) Jalan Simpang Kerayong 77000 Jasin, Melaka No.Tel : 06-5291443, 5291677 No. Faks : 06-5291915 |
MRSM Balik Pulau (1982) Jalan Pondok Upeh 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang No. Tel : 04-8669493, 8669499 No. Faks: 04-8668371 |
||||||
Pengetua : Dr. Mariam binti Md. Salleh Emel : mariammd@mail.mara.gov.my |
Pengetua : Khalil bin Abdul Rahman Emel : khalil@mara.gov.my |
||||||
MRSM Taiping (1982) Jalan Bukit Larut 34000 Taiping, Perak No. Tel : 05-8073022, 8084228 No. Faks : 05-8077627 |
MRSM Terendak (1983) 76200 Terendak, Melaka No.Tel : 06-3571009, 3573008 No.Faks : 06-3573049 |
||||||
Pengetua : Rozali bin Mamat Emel : rozali@mara.gov.my |
Pengetua : Noor Hassan bin Hussain Emel : nhassan@mara.gov.my |
||||||
MRSM Beseri (1985) Batu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit 01000 Kangar, Perlis No. Tel : 04-9381489, 9381488 No. Faks : 04-9381363 |
MRSM Kuala Berang (1987) Pejabat Pos Kuala Berang Peti Surat 31 21700 Kuala Berang Terengganu No.Tel : 09-6812586, 6812573 No. Faks : 09-6812486 |
||||||
Pengetua : Mohamad Salim bin Bulat Emel : msalim@mara.gov.my |
Pengetua : Fatimah Binti Daud Emel : fatimah@mara.gov.my |
||||||
MRSM Pasir Tumboh (1987) Desa Darulnaim 16150 Pasir Tumboh, Kelantan No. Tel : 09-7650067, 7651866 No. Faks : 09-7654132 |
MRSM Kuala Klawang (1987) Jalan Titi, Kuala Klawang 71600 Jelebu, Negeri Sembilan No. Tel : 06-6112561, 6112568 No. Faks : 06-6112567 |
||||||
Pengetua : Omar Bin Mohamed Emel : omarmo@mara.gov.my |
Pengetua : Shahrome Bin Daud Emel : shahrome@mara.gov.my |
||||||
MRSM PDRM Kulim (1991) PKN Polis Hutan (PPH) KM 5, Jalan Junjung 09000 Kulim, Kedah No. Tel : 04-4905640, 4905658 No. Faks : 04-4900084 |
MRSM Serting (1993) Bandar Baru Serting 72100 Serting Negeri Sembilan No. Tel: 06-4582013, 4582010 No. Faks: 06-4582011 |
||||||
Pengetua : Ahadiah Kandar Emel : ahadiah@mara.gov.my |
Pengetua : Suhaimin Bin Omar Emel : suhaimin@mara.gov.my |
||||||
MRSM Gerik (1993) Bukit Nasah, Kenayat Peti Surat 7, 33300 Gerik, Perak No. Tel : 05-7913272, 7910273 No. Faks : 05-7913271 |
MRSM Kuching (1993) Jalan Sultan Tengah Petra Jaya, 93050 Kuching Sarawak No. Tel : 082-447439, 447589 No. Faks : 082-447435 |
||||||
Pengetua : Md Noh bin Jani Emel : mnoh@mail.mara.gov.my |
Pengetua : Ahmad Sanusi Bin Hashim Emel : asanusi@mara.gov.my |
||||||
MRSM Muadzam Shah (1995) Pesiaran Dara Bandar Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah, Pahang No. Tel : 09-4523424, 4523425 No. Faks : 09-4523423 |
MRSM Kota Putra (1998) Jalan Bukit Keluang 22200 Besut Terengganu No. Tel : 09-6957688, 6957699 No. Faks : 09-6957677 |
||||||
Pengetua : Ahmad Kamal bin Abu Bakar Emel : akamala@mara.gov.my |
Pengetua : Abdullah Bin Abdul Rahman Emel : abdullahar@mara.gov.my, |
||||||
MRSM Langkawi (1999) Lot PT 2146 Jalan Kisap, Mukim Kuah 07000 Langkawi, Kedah No. Tel : 04-9698201, 9698204 No. Faks : 04-9664528 |
MRSM Lenggong (2001) Changkat Berangan 33400 Lenggong Perak No. Tel : 05-7676003, 7676004 No. Faks : 05-7676300 |
||||||
Pengetua : Shabani Bin Ahmad Emel : shabani@mara.gov.my |
Pengetua : Sa'imin Bin Jumari Emel : sa'imin@mara.gov.my |
||||||
MRSM Mersing (2001) Lot 2824, Km 6 Jalan Jamaluang 86800 Mersing, Johor No. Tel : 07-7995520, 7995179 No. Faks : 07-7993316 |
MRSM Pendang (2001) Jalan Jenun 06750 Pendang Kedah No.Tel : 04-7583851, 7583857, 7583858 No.Faks : 04-7593855 |
||||||
Pengetua : Adran bin Jahuri Emel : adran@mara.gov.my |
Pengetua : Mohd Yusoff Bin Mar Taha Emel : myusoffmt@mara.gov.my |
||||||
MRSM Jeli (2001) Kg Gemang 17700 Ayer Lanas Kelantan No. No. Tel : 09-946 7884, 9467885 No. Faks : 09-9467886 |
MRSM Pontian (2002) Jalan Benut, Jelutong 82100 Ayer Baloi Pontian, Johor No. Tel : 07-6933744, 6933745 No. Faks : 07-6933746 |
||||||
Pengetua : Mohamad Anuar Mohamad Emel : manuar@mara.gov.my |
Pengetua : Arshad bin Omar Emel : arshad@mara.gov.my |
||||||
MRSM Tun Ghazali Shafie (2002) Km 7 Jalan Kuala Lipis 27200 Kuala Lipis Pahang No. Tel : 09-3121162, 3123030 No. Faks: 09-3121389 |
MRSM Kota Kinabalu (2002) P.O. Box 50167 88722 Putatan Kota Kinabalu, Sabah No. Tel : 088-755213, 755214 No. Faks: 088-755209 |
||||||
Pengetua : Che Mohd Fauzi b Che Omar Emel :cmfauzi@mara.gov.my |
Pengetua : Ibarahm@Ibrahim Bin Othman Emel : ibrahim@mara.gov.my |
MRSM Transkrian (2002) Mukim Transkrian 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang No. Tel : 04-5941877, 5941889 No. Faks : 04-5941876 |
MRSM Batu Pahat (2002) Jalan Simpang Lima Separap 83000 Batu Pahat Johor No. Tel: 07-4102977, 4102864 No. Faks : 07-4102545 |
||||
Pengetua : Samsudin Bin Suip Emel : samsudin@mara.gov.my |
Pengetua : Hamzan Bin Omar Emel : - |
||||
MRSM Kuala Kubu Bharu (2002) KM 8 Jalan Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Baru Selangor No. Tel : 03-60643944, 60643907 No. Faks : 03-60643949 |
MRSM Kuala Krai (2002) Kampung Padang Sembilan Km 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, 18000 Kuala Krai Kelantan No. Tel : 09-9669060, 9660060 No. Faks : 09-9606066 |
||||
Pengetua : Mustafar Bin Che Mat Emel : mustafar@mara.gov.my |
Pengetua : Junidah Binti Saleh Emel : junidah@mara.gov.my |
||||
MRSM Pasir Salak (2003) KM 4, Jalan Tanjung Tualang 36800 Kampung Gajah Perak No. Tel : 05-6313349, 6313549 No. Faks : 05-6313116 |
MRSM Besut (2004) Jalan Tembila Kampung Raja 20200 Besut Terengganu No. Tel: 09-6958468, 6958462 No. Faks: 09-6956044 |
||||
Pengetua : Abdul Manab bin Abdul Majid Emel : abdmanab@mara.gov.my |
Pengetua : Che A Halim Bin Che Daud Emel : cahalim@mail.mara.gov.my |
||||
MRSM Gemencheh (2007) Lot P.T. 6016 dan 5282 Mukim Gemencheh Kampung Sungai Dua, Jalan Besar 73200 Gemencheh Negeri Sembilan No. Tel : 06-4348528, 4348755 No. Faks : 06-4348384 |
MRSM Alor Gajah (2007) Lot 1720, Mukim Ayer Pa'abas 78000 Alor Gajah Melaka No. Tel : 06-5520001, 5520010 No. Faks : 06-5520140 |
||||
Pengetua : Mohd Ghazi Bin Shamsudin Emel : mghazi@mara.gov.my |
Pengetua : Wan Ainizah Binti Ariffin Emel : - |
||||
MRSM Kubang Pasu (2007) Lot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong Kampung Hutan Terabak, Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu 06000 Jitra, Kedah No. Tel : 04-9170695, 04-9170697 No. Faks : 04-9170699 |
MRSM Merbok (2007) Di Atas Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408 Jalan Taman Bujang Mukim Bujang 08400 Daerah Kuala Muda, Kedah No. Tel : 04-4575762, 04-4575764 No. Faks : 04-4575671 |
||||
Pengetua : Rohana Binti Mohd Yunus Emel : rohanamy@mara.gov.my |
Pengetua : Ahmad Nazir Bin Lateh Emel : anazir@mara.gov.my |
||||
MRSM Kepala Batas (2007) Lot 8784, Mukim 6 Jalan Bertam 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang No. Tel : 04-5755542, 5755650 No. Faks : 04-5755496 |
MRSM Tawau (2008) Peti Surat 61275, 91022 Tawau, Sabah No. Tel : 089-911655 No. Faks : 089-911544 |
||||
Pengetua : Mohd Yunus Bin Deraman Emel : myunusd@mara.gov.my |
Pengetua : Rosli bin Rohani Emel : roslir@mara.gov.my |
||||
MRSM Felda (Trolak) (2008) Jalan Meranti 2, Felda Jaya Utara, 35600 Sungkai, Perak No. Tel : 05-4388499 No. Faks : 05-4388599 |
MRSM Pengkalan Hulu (2008) Lot2097, Lot 2103 KM 1, Jalan Baling 33100 Pengkalan Hulu, Perak No. Tel : 04-4778427 No. Faks : 04-4778489 |
||||
Pengetua : Saleh Bin Osman Emel : salehos@mara.gov.my |
Pengetua : Mohamad Ghazali Bin Mat Saleh Emel : mghazali@mara.gov.my |
||||
MRSM Bentong (2009) -TUTUP Lot 2650 dan 1945, KM 63 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Mukim Bentong, 28700 Bentong, Pahang No. Tel :- No. Faks : 09-2237073 |
MRSM Betong (2009) Lot 175, Entaban Land District, Jalan Feeder 95700 Betong, Sarawak No. Tel : 083-471652, 471606 No. Faks : 083-471617 |
||||
Pengetua : - Emel : - |
Pengetua : zabidin Bin Bedut Emel : zabidinb@mara.gov.my |
||||
MRSM Tun Abdul Razak(2010) Pulau Serai, KM 9, Jalan Kuantan - Pekan, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur No.Tel : 09-4260175/176 No. Faks : 09-4260170 |
MRSM Mukah (2010) Lot 910, Blok 76, Mukah Land District Jalan Service Centre Peti Surat 1296 96400 Mukah Sarawak No. Tel : 084 - 874209 ;084 - 874207 No. Faks : 084 -874208 |
||||
Pengetua : Mohd Yusoff bin Hassan Emel : myusoff@mara.gov.my |
Pengetua : Azman Bin Manap Emel : azmanm@mara.gov.my |
||||
MRSM Baling (2010) Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling, 09100 Baling, Kedah Darul Aman No.Tel : 04-4702882 No. Faks : 04-4702800 |
MRSM Tumpat (2010) Lot 1090 & Lot 1405, Mukim Tujoh, Jalan Pengkalan Kubor, 16200 Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan No. Tel : 09-7215015 No. Faks : 09-7215002 |
||||
Pengetua : Abdul Hamid bin Hj. Ahmad Emel : ahamidh@mail.mara.gov.my |
Pengetua : Noora @ Roslily Binti Mohd Adam Emel : - |
||||
MRSM Johor Bahru (2012) Peti Surat 71, Persiaran Sinaran Ilmu Bandar Seri Alam 81780 Masai Johor Darul Takzim No. Tel : 07 - 387 7201, 387 7202 No. Faks : 07 - 387 7204 |
MRSM Parit (2012) Lot 3836, Mukim Belanja 32800 Daerah Perak Tengah Perak No. Tel : 05 - 377 5002 / 5003 (am) No. Fax : 05 - 377 5004 |
||||
Pengetua : Mahzan bin Atan Email : mahzan@mara.gov.my |
Pengetua : Abdul Majid Bin Abd Ghani Emel : amajid@mara.gov.my |
Syarat-Syarat Umum Kemasukan Ke MRSM
Untuk Tingkatan Satu :
-
Warganegara Malaysia tahun enam
-
Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
-
Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung.
-
mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak.
-
Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kokurikulum dan sukan.
Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.
-
Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
-
Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR tahun semasa.
-
Markah yang tinggi dalam UKKM (Ujian kecenderungan ke MRSM) tahun semasa.
-
Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
-
Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.
Untuk Tingkatan Satu :
Pemohon hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan.
Untuk Tingkatan Empat :
Pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Semester 1 (Mei tahun semasa), Tingkatan 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan.
Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta KeputusanPercubaan Peperiksaan PMR yang telah disahkan.
Proses Pengiraan Markah Kemasukan Ke MRSM
Untuk Tingkatan Satu :
25% daripada akademik atau 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR.
45% daripada status sosioekonomi (SES). Pendapatan kedua ibu bapa dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan terbaik yang boleh menyumbang kepada merit/markah seseorang pemohon.
30% daripada ko-kurikulum.
Untuk Tingkatan Empat :
Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun semasa sekurang-kurangnya mempunyai keputusan 6A 2B ( A DALAM MATEMATIK & SAINS) adalah layak untuk mengemukakan permohonan. Pelajar tingkatan empat harus menduduki satu ujian khas iaitu ujian kecenderungan ke MRSM (UKKM) yang merangkumi 70% daripada syarat pemilihan dan 30% yang lain adalah daripada status sosioekonomi pelajar atau keluarga.
Semasa menduduki ujian kecenderungan, kertas ujian mengandungi 3 aspek utama iaitu soalan Matematik (50 soalan), soalan Sains (50 soalan), dan soalan keperibadian sebanyak 100 soalan, sukatannya adalah berdasarkan Pelajaran Menengah Rendah. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan (UKKM) untuk kemasukan ke MRSM.
Bagi memasuki MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) bagi pelajar tingkatan empat, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
a. mendapat 8A/9A dalam keputusan peperiksaan PMR.
b. lulus dengan cemerlang di dalam UKKM dan markah
mestilah menepati susunan tertinggi yang telah ditetapkan)
-
Pemohon akan menduduki UKKM Antara 26 hingga 30 November 2012.
-
Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.
Kemudahan Pelajar di MRSM
MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:
- Pusat Sumber
- Pusat Media
- Kedai Koperasi
- Perkhidmatan Bas dan Van
- Surau
- Perkhidmatan Dobi
- Rawatan Gigi
- Kawalan Keselamatan
- Kawasan Rekreasi
- Bantuan Kewangan
- Kemudahan Sukan dan Permainan
Ciri MRSM
1. Badan Wakil Pelajar (BWP)
Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan BWP ialah:
Terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih oleh para pelajar melalui proses pilihanraya. Antara peranan BWP ialah:
- Memajukan kebajikan pelajar melalui kerjasama dengan pentadbiran Maktab.
- Menjadi badan perantaraan untuk pihak pelajar dan pentadbiran.
- Menganjur aktiviti pelajar
- Membantu pelaksanaan aktiviti Maktab.
2. Lembaga Displin Pelajar
Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) adalah satu daripada cabang kegiatan kokurikulum pelajar yang membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab. Lembaga Disiplin Pelajar LDP ditubuhkan bertujuan:
3. Homeroom
Setiap pelajar MRSM diletakkan dalam satu kumpulan seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat. Kumpulan ini yang dipanggil homeroom bertujuan untuk :
|
4. Unit Perkhidmatan Kaunseling (UPK)
-
Berperanan membimbing pelajar ke arah pembentukan keperibadian
yang sihat, bertanggungjawab, berupaya menghadapi kehidupan dan
menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan.
-
Memberi bimbingan individu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi
ketidakselesaan hidup supaya mereka mampu mengatasi keadaan mereka.
- Menyediakan berbagai program untuk kebaikan pelajar dari aspek personaliti, pembelajaran, kerjaya dan disiplin.
5. Cara-cara UPK memberikan Perkhidmatan
- Kaunseling individu
- Kaunseling kelompok
- Pengajaran kelas/ ceramah
- Risalah-risalah
- Konsultasi
- Program Pembangunan Pelajar
NOTA;
Nota:-
Perkara biasa yang akan berlaku apabila sistem online dibuka ialah kesesakan trafik pada waktu puncak. Jadi, anda boleh cuba memohon di luar waktu puncak (selepas waktu kerja).
Bantuan Kewangan Kepada Pelajar :
-
Pelajar MRSM diberikan biasiswa yang mana pihak MARA namakannya sebagai Bantuan Kewangan yang berupa pengecualian daripada membayar yuran
-
(RM30) dan Wang Saku sebanyak RM 25 sebulan. Mereka yang layak menerima Bantuan Kewangan dikira menggunakan formula yang telah ditetapkan oleh pihak MARA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga dan jumlah tanggungan di dalam keluarga.
Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM
-
Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
-
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
-
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
-
Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
-
MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
7 Comments:
kalau dapat 3A 4B 1C dalam Percubaan PMR agaknye boleh mohon x?
Tiada cara selain pergi ke pejabat untuk mendapatkan kata laluan borang MRSM?
Assalamualaikum saye ade sedikit jesulitan,,,,saye sangat lewat utk memberikan maklumat kepada pihak mrsm dan saye baru tahu tentang kemasukan secara online,,,,saye rase kecewa sangat tetapi kalau saye hentar borang permohonan melalui post adakah ia akan dipertimbangkan,,,,,,,saye teruja memohon trolak kerana saye anak peneroka,,,,,,,,,,,,,,adakah masih boleh diterima tolong bantu saye ape yang saye perlukan email saye: aminurrasyidabglong@yahoo.com
Assalamualaikum saye ade sedikit jesulitan,,,,saye sangat lewat utk memberikan maklumat kepada pihak mrsm dan saye baru tahu tentang kemasukan secara online,,,,saye rase kecewa sangat tetapi kalau saye hentar borang permohonan melalui post adakah ia akan dipertimbangkan,,,,,,,saye teruja memohon trolak kerana saye anak peneroka,,,,,,,,,,,,,,adakah masih boleh diterima tolong bantu saye ape yang saye perlukan email saye: aminurrasyidabglong@yahoo.com
salam anon @ aminurashid November 23, 2012 1:02 AM,
sila berjumpa pengurus felda tempat anda tinggal bagi meminta pandangan beliau berkiatan berminat nya anda ke mrsm trolak, atau terus hubungi pihak pengetua/ pentadbir MRSM berkenaan.
Kalau masuk mrsm ada bayaran ke? macam bayaran yuran tahunan dan bulanan?
nombor pin atau kata laluan tu perlu ke utk semak keputusan kemasukan MRSM tingkatan 4 2013? sebab saya ade jumpa website nih yg kena pakai password: http://mohon.mrsm.edu.my/ola/login.jsp
tolong check-kan website ni for me pls... it would help me a lot. tq..
Post a Comment