PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH
TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2013
PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID
KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH,
KPM BAGI TAHUN 2013
DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH,
KPM BAGI TAHUN 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik untuk ibu bapa dan murid Tahun 6.
Permohonan Secara Online
Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di
Sekolah Berasrama Penuh, KPM Bagi Sesi 2013 akan dibuka pada 15
September 2012 dan tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2012.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012.
Murid Tahun 6 atau Darjah 6 yang sedang menduduki UPSR 2012, dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang.
Mereka yang berminat untuk ke KISAS di Klang, atau ke SMAP Labu di Negeri Sembilan atau ke SMAP Kajang, sila ambil maklum terhadap sebarang pengumuman yang dilakukan di laman web KPM. Permohonan dilakukan secara online.
Aliran SBP
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.PROSEDUR KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 1 (SATU)
PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian TingkatanSatu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my.
2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar
Sekolah pemohon.
4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP
mengikut pilihan murid.
5. Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
TERKINI: 15/9/2012
Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya.
Sila ke Website Aplikasi Pangkalan Data Murid di sini. atau terus ke Aplikasi Permohonan ke Sekolah Kawalan KPM 2012 di sini
Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU
(1) SBP
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 25 hari
setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
· Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
· Kaunter BPSBPSK
· Talian hotline BPSBPSK
· Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Warganegara Malaysia.
· Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
penyakit berjangkit.
· Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
menerima aliran yang ditetapkan.
· Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
Berasrama Penuh yang berkaitan.
PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 1 - 3 YANG
DITAWARKAN DI SBP
DITAWARKAN DI SBP
SEKOLAH
|
SEKOLAH BERASRAMA PENUH TERAWAL (PREMIER)
SEKOLAH MENENGAH SAINS (SMS) |
SEKOLAH AGAMA PERSEKUTUAN (SMAP)
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI (SBPI) |
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) |
|
|
MATA PELAJARAN WAJIB |
|
|
MATA PELAJARAN TAMBAHAN (BAHASA ANTARABANGSA) |
|
|
PROSEDUR KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 4 (EMPAT)
PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE Tingkatan empat (4) SBP1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my. 2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada pengetua sekolah asal
Masing-masing.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
· Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata
pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa
Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
· Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
· Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
4. Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari
setelah keputusan PMR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
· Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/
· Kaunter BPSBPSK
· Talian hotline BPSBPSK
· Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Warganegara Malaysia.
· Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
penyakit berjangkit.
· Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
menerima aliran yang ditetapkan.
· Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
Berasrama Penuh yang berkaitan.
PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN 5 YANG DITAWARKAN DI SBP
BIL
|
JENIS ALIRAN
|
PAKEJ MATA PELAJARAN
|
1
| SAINS TULEN |
|
2 | SAINS TULEN AGAMA |
|
3 | SAINS TEKNIKAL |
|
4 | AGAMA IKHTISAS |
|
5 | SAINS SOSIAL |
|
MATAPELAJARAN ELEKTIF |
|
SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH
BIL
|
NEGERI
|
NAMA SEKOLAH
|
ALAMAT
|
TELEFON/FAKS
|
1 | Perlis | SMS Tuanku Syed Putra | Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis | Tel: 04-9760433 Faks: 04-9760199 |
2 | Kedah | SM Sultan Abdul Halim | 06009 Jitra, Kedah | Tel: 04-7143209 Faks: 04-7143215 |
3 | Kedah | SMS Pokok Sena | 06400 Pokok Sena, Kedah | Tel: 04-7823733 Faks: 04-7825275 |
4 | Kedah | SMS Sultan Mohamad Jiwa | Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, Kedah | Tel: 04-4212797 Faks: 04-4214877 |
5 | Kedah | SMS Kubang Pasu | Batu 19, Jalan Kodiang, 06000 Jitra, Kedah | Tel: 04-9257855 Faks: 04-9257844 |
6 | Kedah | SBPI Kubang Pasu | Bukit Kayu Hitam, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah | Tel: 04-9222701 Faks: 04-9222707 |
7 | P.Pinang | SMS Tun Syed Sheh Shahabudin | Jalan Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Tel: 04-5305636 Faks: 04-5380853 |
8 | P.Pinang | SMS Kepala Batas | Jalan Pokok Jenerih, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang | Tel: 04-5751592 Faks: 04-5754145 |
9 | Perak | SMS Raja Tun Azlan Shah | Jalan Taman Tasik, 34009 Taiping, Perak | Tel: 05-8083020 Faks: 05-8062576 |
10 | Perak | SMS Tuanku Abdul Rahman | Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak | Tel: 05-5457733 Faks: 05-5467000 |
11 | Perak | The Malay College | Jalan Kuala Kangsar, 33000 Kuala Kangsar, Perak | Tel: 05-7761400 Faks: 05-7764500 |
12 | Perak | SMS Teluk Intan | 36000 Teluk Intan, Perak | Tel: 05-6411711 Faks: 05-6411155 |
13 | Perak | SBPI Gopeng | Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak | Tel: 05-3597688 Faks: 05-3591788 |
14 | Perak | SMS Bagan Datoh | 36100, Bagan Datoh, Perak | Tel: 05-6466331 Faks: 05-6466332 |
15 | Perak | SMS Tapah | Jalan Kampung Pahang, 35000, Tapah, Perak | Tel: 05-4018745 Faks: 05-4018749 |
16 | WP Kuala Lumpur | SMS Selangor | Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur | Tel: 03-91316093 Faks: 03-91300346 |
17 | WP Kuala Lumpur | SMS Seri Puteri | Jalan Kolam Ayer, 51200 Kuala Lumpur | Tel: 03-40411715 Faks: 03-40449614 |
18 | WP Kuala Lumpur | SMS Alam Shah | Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur | Tel: 03-91315014 Faks: 03-91318119 |
19 | WP Putrajaya | Sekolah Sultan Alam Shah | Parcel G, Presint 1, 62520 Putrajaya | Tel: 03-88883763 Faks: 03-88883614 |
20 | WP Labuan | SMS Labuan | Peti Surat No. 82206, 87032 WP Labuan | Tel: 087-461525 Faks: 087-462835 |
21 | Selangor | Kolej Islam Sultan Alam Shah | Peti surat 64, 41906 Klang, selangor | Tel: 03-33711658 Faks: 03-33721148 |
22 | Selangor | Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya | Persiaran Tasik, 63000 Cyberjaya, Selangor | Tel: 03-83192414 Faks: 03-83193937 |
23 | Selangor | SMAP Kajang | Batu 13, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor | Tel: 03-87362324 Faks: 03-87360502 |
24 | Selangor | SMS Kuala Selangor | Bandar Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor | Tel: 03-32893052 Faks: 03-32896631 |
25 | Selangor | SMS Hulu selangor | Hulu Yam Bharu, 44300 Batang Kali, Selangor | Tel: 03-60753838 Faks: 03-60751416 |
26 | Selangor | SBPI Rawang | Bandar tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor | Tel: 03-60928192 Faks: 03-60917309 |
27 | Selangor | SBPI Sabak Bernam | 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor | Tel: 03-32138348 Faks: 03-32138346 |
28 | Selangor | SBPI Gombak | Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor | Tel: 03-61863050 Faks: 03-61858472 |
29 | Selangor | SMS Banting | Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra, 42700, Banting, Selangor | Tel: 03-31201597 Faks: 03-31201623 |
30 | Negeri Sembilan | Sekolah Dato' Abdul Razak | Sungai Gadut, 71450 Seremban, Negeri Sembilan | Tel: 06-6770806 Faks: 6781790 |
31 | Negeri Sembilan | Kolej Tunku Kurshiah | Jalan Tunku Khurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan | Tel: 06-7625351 Faks: 7619906 |
32 | Negeri Sembilan | SMS Tuanku Jaafar | 72000, Kuala Pilah, Negeri Sembilan | Tel: 06-4811304 Faks: 06-4817137 |
33 | Negeri Sembilan | SMAP Labu | Km 11, Jalan Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan | Tel: 06-7912245 Faks: 06-7912198 |
34 | Negeri Sembilan | SMS Seremban | Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan | Tel: 06-7630388 Faks: 06-7622885 |
35 | Negeri Sembilan | SBPI Jempol | 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan | Tel: 06-4985978 Faks: 06-4984167 |
36 | Negeri Sembilan | SMS Rembau | Pilin, 71300 Rembau, Negeri Sembilan | Tel: 06-6970037 Faks: 06-6970041 |
37 | Melaka | SMS Muzaffar Syah | Ayer Keroh, 75450 Melaka | Tel: 06-2320833 Faks: 06-2321780 |
38 | Melaka | SBPI Selandar | Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka | Tel: 07-7997754 Faks: 07-7997754 |
39 | Johor | Sekolah Tun Fatimah | Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bharu, Johor | Tel: 07-2364706 Faks: 07-2376961 |
40 | Johor | SMS Johor | Km 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor | Tel: 07-7722458 Faks: 07-7723786 |
41 | Johor | SMS Muar | Tanjung Agas, 84009 Muar, Johor | Tel: 06-9523181 Faks: 06-9536693 |
42 | Johor | SMS Kota Tinggi | Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor | Tel: 07-8222475 Faks: 07-8222477 |
43 | Johor | SMS Sultan Iskandar | Km 4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor | Tel: 07-7997754 Faks: 07-7997754 |
44 | Johor | SMS Sembrong | Jalan Padang Tembak, Bandar T6, 86000, Kluang, Johor | Tel: 07-7892528 Faks: 07-7892523 |
45 | Johor | SMS Batu Pahat | KM. 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000, Batu Pahat, Johor | Tel: 07-4288961 Faks: 07-4288964 |
46 | Pahang | SMS Sultan Haji Ahmad Shah | Km 12, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang | Tel: 09-5381223 Faks: 09-5384407 |
47 | Pahang | SMS Tengku Abdullah | Km 6, Jalan Lipis, 27600 Raub, Pahang | Tel: 09-3551600 Faks: 09-3553511 |
48 | Pahang | Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah | Jalan batu Balik, 26600 Pekan, Pahang | Tel: 09-4224616 Faks: 09-4225453 |
49 | Pahang | SBPI Temerloh | Kerdau, 28010 Temerloh, Pahang | Tel: 09-2847889 Faks: 09-2847460 |
50 | Pahang | SBPI Pekan | Pulau serai, 26600 Pekan, Pahang | Tel: 09-4101010 Faks: 09-4101030 |
51 | Pahang | SBPI Kuantan | Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang | Tel: 09-5733994 Faks: 09-5736993 |
52 | Pahang | SMAP Bentong | Mempaga, 28600, Karak, Pahang | Tel: 019-9314116 Faks: |
53 | Terengganu | SMS Sultan Mahmud | 21300, Kuala Terengganu, Terengganu | Tel: 09-6664214 Faks: 09-6664644 |
54 | Terengganu | SMS Dungun | 23000, Dungun, Terengganu | Tel: 09-8422550 Faks: 09-8485389 |
55 | Terengganu | SMS Kuala Terengganu | Jalan Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu | Tel: 09-6311402 Faks: 09-6266729 |
56 | Terengganu | SBPI Batu Rakit | 21020, Kuala Terengganu, Terengganu | Tel: 09-6693769 Faks: 09-6695712 |
57 | Terengganu | SMS Hulu Terengganu | 21700, Kuala Berang, Hulu Terengganu | Tel: 09-6811226 Faks: 09-6811227 |
58 | Terengganu | SMS Setiu | Air Sejuk, 22100, Setiu, Terengganu | Tel: 09-6095003 Faks: 09-6095005 |
59 | Kelantan | SMS Tengku Muhammad Faris Petra | 16100, Pengkalan Chepa, Kelantan | Tel: 09-7738277 Faks: 09-7739139 |
60 | Kelantan | SMS Machang | 18500, Machang, Kelantan | Tel: 09-7878455 Faks: 09-7878830 |
61 | Kelantan | SMS Pasir Puteh | 16800, Pasir Puteh, Kelantan | Tel: 09-7860031 Faks: 09-7867315 |
62 | Sabah | SMS Sabah | Beg Berkunci No.116, 88999, Kota Kinabalu, Sabah | Tel: 088-246268 Faks: 088-247540 |
63 | Sabah | SMS Lahad Datu | Beg Berkunci No. 18, 91108 Lahad Datu, Sabah | Tel: 089-884905 Faks: 089-884930 |
64 | Sarawak | SMS Miri | Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak | Tel: 085-421371 Faks: 085-411050 |
65 | Sarawak | SMS Kuching | Jalan Batu Kawa Off Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak | Tel: 082-642544 Faks: 082-642710 |
ANALISIS SBP MENGIKUT KATEGORI
Sekolah Berasrama Penuh Premier | 9 |
Sekolah Menengah Sains (SMS) | 41 |
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) | 3 |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) | 12 |
JUMLAH | 65 |
Maklumat Lanjut Sila hubungi:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASARAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN ,
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN ,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8321 7400
Faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070
Emel : kpkpm@moe.gov.my
Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.
Fax: 03-8321 7401 / 7402 / 7403
Artikel Manual
MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMAPENUH (SBP)
DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012
43 Comments:
assalammualaikum, saya arap cikgu boleh balaz persoalan say jikalau tidak keberatan.
saya mengalami masalah membuat permohonan baru. stakat ini saya anya dapat membuat satu sahaja permohonan walhal kawan saya dapat buat 2 permohonan. boleh terangkan kepada saya?
WAalaikumussalam Aishah
cuba aplly online lagi waktu orang tak ramai guna aplikasi berkenaan.
assalamualaikum.cikgu, boleh sye tanya? laman web mane yg kite boleh buat permohonan kemasukan asrama penuh?
waalaikumussalam Anon;
siapa nama ye?
link klik http://parents.sekolahmalaysia.com/
saya dah sertakan di artikel di atas.
Assalamualaikum cikgu. Saya Ain dan nak tanya cikgu, adakah satu salinan lagi yang saya kena serahkan kepada pengetua SBP tingkatan 1 boleh dihantar melalui POS..
Salam Cikgu. Kalau nak pilih 2 atau 3 SBP macam mana?
Puan Maria.
Kuantan
Assalamualaikum.
Cikgu, saya bersekolah di sekolah rendah agama swasta (darjah 6) dan kakak saya bersekolah di sekolah menengah agama yayasan negeri(Tingkatan 3). Bolehkah kami memohon sekolah SBP (tingkatan 1 & 4) terutamanya SMAP Labu / SMAP Kajang / KISAS kerana kami berminat untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang agama?. Mohon cikgu reply mesej saya ni. Terima kasih.
Assalamualaikum,
Saya nak bertanya, SBPI dengan SMAP aliran yang sama ke? Sekiranya berbeza dari segi apa?
Assalamualaikum,
Saya nak tanya, apa perbezaan SBPI dengan SMAP? Bagaimana kurikulum kedua2 sekolah ini?
Tk.
Assalamualaikum.....
Sekiranya pelajar MRSM yang ingin membuat permohonan ke SBPI di tingkatan 4...bagaimana caranya....kerana nama pljr tersebut tidak didaftar dalam APDM seperti sekolah2 lain....tqvm........
assalamualaikum cikgu..
saya ingin bertanya sedikit mengenai salinan borang maklumat..
saya sudah siap mengisi borang online..
perlukah saya menghantar salinan borang maklumat saya kepada pihak sakolah saya kini dan sbp yang saya mohon?
Salam, saya parent n nak tanyer, berapa sbp yang boleh kita apply di borang permohonan on line? Sebab saya cuba nak mohon sbp lain pending ..menunggu pengesahan guru, apa maksud tu ye? Harap dapat bantu, terima kasih
Salam. Nak tanya siktit ye. Saya form3 sekolah biasa & bukan aliran agama. Saya tak ambil subjek bahasa arab. Jadi, boleh ke saya mohon untuk SBPI atau SMAP?
Saya teringin nak masuk smap atau sbpi masa form 4 tapi tak ambil bahasa arab sekarang. Apa yang perlu saya lakukan? :/
Salam. Nak tanya siktit ye. Saya form3 sekolah biasa & bukan aliran agama. Saya tak ambil subjek bahasa arab. Jadi, boleh ke saya mohon untuk SBPI atau SMAP?
assalamualaikum cikgu...pelajar yang kurang dalam koko atau sukan susah tak nak dapat...klu susah ,xnak hantarlah..
apa dokumen yg diperlukan untuk menyokong permohonan?
Assalamualaikum.cikgu. Lepas salinan maklumat permohonan diserahkan kepada pengetua sekolah. Permohonan tu akak di cop ke? Lepas tu, permohonan tu sekolah simpan or kite kena pos pada sekolah yg kite mohon?
waalaikumussalam Kak Anonymous,
salinan maklumat permohonan hendaklah akak berikan kepada pihak sekolah berasarama penuh yang akak pohonkan untuk anak akak. Akak boleh poskan ke sekolah berkenaan.
Manakala satu salinan lagi, berikan kepada Guru Besar tempat anak akak belajar sekarang.
Harap dapat membantu.maaf lamabat menjawab komen akak di atas fator kesihatan saya.
1 salinan perlu disahkan oleh Guru Besar tempat sekolah anak akak sekarang. Selepas disahkan, Guru Besar akan serahkannya kepada PPD @ JPN yang berkenaan.
Asslm Cikgu.. nak tanye bole ke kite memohon SBP di negeri lain ? ini adelah kerana sekrg saye bersklh di johor tetapi akan berpindah ke KL pada thn depan. Jadi, bole ker apply SBP yg ade di KL?
Ya cikgu, I nak Tanya apa bezanya smap and sbpi.. Kalau saya warga cina tak boleh masuk ke? And kalau kokurikulum saya tak aktif memang tak Ada peluang utk dipilih mask ke? Harap cikgu dapat membalas. Trimakasih
assalammualaikum cikgu , saya nak mohon sekolah sains , tapi saya tak berapa nak aktif dlam kokurikulum , mempunyai jawatan pengawas sekolah , sekolah saya ialah kategori sekolah luar bandar , saya juga berada dalam Kelas Rancangan Khas , trial pmr pula saya mendapat B dalam Sains .
agak-2 boleh diterima tak kalau memohon ?
harap cikgu dapat jawab :))
Assalamualaikum..cikgu sy hrp sgt ckgu bls..psl brg utk msuk ting.1 susah sgt sy nk jmpa.klau bleh sy nk thu nk cri dekat mne sbb sy dh cri dh dkt www.moe.gov.my tpi x jumpa..
Assalamualaikum.cikgu sy hrp cikgu bleh bls..mcm ni sy skrg drjh 6 sy nk cri borang nk msuk asrama penuh tpi bila sy cri mmg x ad..tpi kwn2 sy ad.diaorg cri senang sahaja..sy dh layari laman web www.moe.gov.my tpi sy x jumpa..sy nk tnya cikgu sy nk cri borang tu kat mana??
Assalamualaikum,
Mintak tuan dapat beri tunjuk ajar kepada saya kerana saya ada beberape soalan :
1. Sekiranya anak saya tamat bersekolah di sekolah persendirian dan mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, adakah beliau layak untuk memohon ke SBP.
2. Jika tidak layak, saya assume beliau hanya layak ke sekolah menengah yang berhampiran sahaja la kan?
3. Bagaimana cara untuk memohon ke seolah menengah biasa, contohnya Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bangi? Saya difahamkan ianya melalui isi borang secara manual. Bagaimana caranya yer.?
4. Bolehkah anak saya apply untuk ke sekolah berprestasi tinggi seperti SMK Jalan 4, Bangi? Kalau boleh, bagaimana caranya? Saya dengar ianya melalui online, tapi bagaimana caranya yer..?
Sekian soalan saya buat masa ni, saya amat berterima kasih jika tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.
Assalammualaikum cikgu, kalau permohonan untuk masuk SMS mana?
slam. . . mane ye nk isi borang???
saya nk masuk SMKANI
assalamuailakum..saya nak tanya tarikh tamat hantar borang permohonan kepada SBP yang dimohon bile ye? sebab saya baru hntr borang itu pada 30 oktober..adakah borang itu akan diterima sekiranya lambat sampai pada pihak yang tertentu?
assalamualaikum..saya nak tanya adakah borang kemasukan saya masih diterima sekiranya borang itu sampai pada pihak atasan selepas tarikh 31 oktober?Hal ini kerana saya baru shj menghantar borang itu kemasukan ke SBP pada 30 oktober kemungkinan akan tiba lewat pada pihak atasan..
Assalamualaikum...saya baru menyemak permohonan anak kesekolah asrama penuh. statusnya masih menunggu pengesahan pengetua. Salinan telah lama diberikan kepada sekolah anak.
kenapa pengetua masih belum buat pengesahan?
saya nk masuk smk sri gading tpi saya nk disahkan masuk asrama penuh di smk sri gading kerana saya minat.
Assalamualaikum, sblm ini anak saya ada memohon online ke SBP yg tlh ditutup pd 31 Oct lalu..anak saya hanya memohon 1 permohonan sahaja ke sek Muzaffar Syah yg memerlukan kelayakan 5A...tapi keputusan yg keluar hari ini tdk seperti yg dijangka hanya mendapat 3A1B1C..adakah anak saya akan ditawarkan ke sekolah lain seperti sekolah2 kawalan? sedangkan saya tiada memohonnya sblm ini...bagaimana anak saya ingin memohon ke sekolah berasrama dan adakah anak saya layak?
Maafkan sye ,sye hndk brtanye tntg anak saya.ank sye trlmbt untuk buat permohonan ,ktenye slps upsr prmohonan untuk ke sbp sdh ditutup bleh ke sye memohon juge walaupun kaunter sdh ditutup?
anak saya memperolehi 4A 1B dalam UPSR 2012. Berdasarkan keterangan di atas, keputusan B anak saya adalah dalam matapelajaran Sains. Adakah permohonan anak saya akan diberi pertimbangan
Assalamualaikum..saya nak tanya adik lelaki sy baru lepas mengambil UPSR dan mendapat 4a 1b.Soalan saya,bagaimana caranya mahu mengisi borang untuk kemasukan ke sekolah agama 2013? Harap sangat dapat membantu.
Assalamualaiikum...saya Erie
Alhamdulillah syukur, anak saya (perempuan) mendapat tawaran ke SMKA dan Sek.Men.Sains utk form 1 2013...timbul sedikit keresahan utk memilih yang mana satu yang terbaik utk anak2...minta nasihat dan pandangan...terima kasih ..
A'KUM..
ANAK SY DPT 7A 1b DLM PPERIKSAAN PMR TETAPI ANAK SY TIDAK SEMPT MENDAFTAR MASUK SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE TINGKATAN 4 PADA TAHUN LALU. ADA CARA LAIN KE YG MEMBOLEHKAN ANAK SY MENDAFTAR MASUK?
SHAM.
Cikgu Kaunseling Ma,may I ask a question? When will the confirmation letter will be pos?
THANK FOR HELPING ME SIR :)
Assalamualaikum. Saya bekas pelajar sktbi ampang. Saya dpt 4a 1b untuk upsr. Alhamdulillah. Saya ada mohon sbpi gombak sebelum upsr haritu tapi sayang sangat..... Alamat tak isi dengan teratur... Tertunggang langgang lepas tu ada tercicir hahaha, yela sepatutnya tak boleh on tapi on curi curi pula hehehe padah nya ni lah. Hahaha ni saya nak tumpang tanya, bila boleh dapat tahu keputusan er
Salam cikgu...anak sy bersekolah sjkc..tapi mengambil subj bhs melayu sk n bkn bm sjkc..adakah dia layak utk memohon sek aliran agama spt kisas..smap labu utk thn 2014..yg pasti mrsm ulu albab..dia layak...sbb saya tau sbp tidak layaj utk murid sjkc wlpn mendapat 5 a je atas.
Salam cikgu,adakah pelajar yang tidak berkemampuan akn diberkan bantuan kewangan jika layak,,,dan bgaimnkah cara utk mdpt bantuan trsbut,adakah secra auto mreka kesan
dan brikan bantuan trhadap plajar atau perlu memohon...harap balas
Post a Comment