Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH

BUAH  KELAPA BAKAR TEMERLOH





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pokok kelapa dikenali sebagai pohon 1001 guna dalam masyarakat kita. Dulu masa sekolah rendah, saya masih ingat guru Bahasa Melayu menyuruh kami membuat karangan berkaitan kegunaan pokok kelapa ini. 

Oklah tentang gamba di atas saya ambil di Temerloh, Pahang. Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan  Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Banyak keistimewaan Bandar Temerloh. Bumi Tok Gajah ini sangat dekat dengan leluhur saya suatu ketika dahulu. 

Buah kelapa bakar ini ada di Temerloh. Gerai menjual buah kelapa bakar di Temerloh. Ia terletak di tepi jalan dari exit Tol LPT Temerloh Menghala ke Bandar Temerloh, berhampiran simpang ke Kampung Lubok Kawah. Air kelapanya rasa enak. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.


Berbeza dengan kesegaran kelapa muda, rasa hangat air kelapa bakar dipercayai mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan mengelakkan tubuh  masuk angin.




Kelapa yang sudah tua selama ini lebih sering dibuat santan untuk bahan memasak makanan atau dibikin minyak goreng. Kini kelapa tua mulai digunakan secara lain pula iaitu dengan cara dibakar tanpa dikupas. Ya, kerana dibakar sekurang-kurangnya tiga jam, air kelapa yang ada dalam bekas jadi panas, bukan lagi hangat.
 


Secara khusus, air kelapa kaya potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandung gula (bervariasi antara 1,7 sampai 2,6 persen) dan protein (0,07-0,55 persen). Khasiat ini adalah yang terkandung dalam air kelapa yang masih belum dibakar.

Kelapa bakar? ternyata berbeda sekali rasanya dengan rasa kelapa muda. Saya cuba cari kajian pakar berkaitan khasiat kelapa bakar di internet tetapi tidak jumpa pula. Sedangkan setahu saya kalau menurut kajian sains makanan yang dibakar secara lama akan menyebabkan khasiat dan zatnya  hilang.    

Tapi saya percaya kelapa bakar pasti ada khasiat tersendiri, kan?

Dikatakan rasa hangat air rkelapa bakar dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan membuang  angin.


Selain itu kelapa bakar dikatakan dapat  membantu merawat batu karang di air kencing dan masalah batu karang di buah pinggang. Caranya dengan minum kelapa bakar rutin 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur secara konsisten.

 Banyak khasiat air kelapa dibakar ini. Namun mereka yang ada masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, hipertensi atau darah tinggi, maupun diabetes ataupun kencing manis, hendaknya tidak menempah kelapa bakar dengan tambahan susu maupun madu.  

Tambahan itu boleh meningkatkan kadar gula darah, sehingga malah berakibat buruk untuk kesihatan.
Penambahan halia atau kayu manis  pula dapat membantu tubuh terasa hangat dan segar,

2 Comments:

Anonymous said...

Ni gerai pok kok. Iaitu pkcik saya

Anonymous said...

Ni gerai pok kok. Iaitu pkcik sy

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .