Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kursus Kemahiran Kolej Yayasan Felda Lepasan SPM

Kursus Kemahiran Anjuran 
Kolej Yayasan Felda Untuk Lepasan SPM
 

 Kolej Yayasan Felda 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan Yayasan Felda ingin mempelawa anak-anak, cucu-cucu peneroka dan anak kakitangan Felda atau bukan warga FELDA untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di Kolej Yayasan Felda
Terbuka kepada individu  berusia 18 - 25 tahun, sekurang-kurangnya lulus SPM, belum berkahwin, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah.

Terdapat 4 buah kampus Kolej Yayasan Felda iaitu:
 
Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya,
Kolej Yayasan Felda Trolak, Perak.
Kolej Yayasan Felda Mempaga dan
Kolej Yayasan Felda Raja Alias, Negeri Sembilan.

Kolej Yayasan Felda menawarkan 14 jenis kursus kemahiran iaitu:
 
 
Intensif Bahasa Inggeris (Approved Centre for City & Guilds, UK),
Asas Penjagaan Kesihatan, Artist Multimedia,
E-Media (Tahap 1, 2 & 3),
Pembantu Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 2),
Juruteknik Sistem Komputer (Tahap 3),
Pembuat Pakaian Lelaki (Tahap 1 & 2),
Pembuat Pakaian Wanita, (Tahap 1 & 2),
Pendandan Rambut Muda (Tahap 1 & 2),
Kulinari (Tahap 1, 2 & 3),
Pramusaji (Tahap 1, 2 & 3),
Pastri (Tahap 1 & 2),
Pembantu Atendan Bilik (Tahap 1 & 2) dan
Pembantu Kaunter Hadapan (Tahap 2).



CARA MEMOHON:


Borang permohonan boleh diperolehi di Pejabat Felda setiap Rancangan, Pejabat setiap Kampus KYF atau dimuat turut dari laman web www.yayasanfelda.net.my. Permohonan boleh dimajukan terus secara faks atau pos kepada alamat kolej yang berkaitan.

Permohonan boleh dimajukan terus secara faks atau pos kepada alamat kolej yang berkaitan. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Ibu Pejabat Yayasan Felda (Jabatan Latihan dan Penyelidikan) di talian 03-2693 4224.

http://www.yayasanfelda.net.my/
http://www.yayasanfelda.net.my/
www.yayasanfelda.net.my


Kolej Integrasi Ilmu dijenama semula


SUNGKAI 13 Mac 2013 – Kolej Integrasi Ilmu (Kini) Trolak, di sini yang dibuka sejak 2006 telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak.
Kolej tersebut yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.


Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kolej yang dinaungi dan diuruskan oleh Yayasan Felda dengan kerjasama Felda Prodata Systems Sdn. Bhd. itu telah berjaya melatih lebih 1,000 warga generasi baru Felda dan bukan Felda.


"Tujuan kita menjenamakan semula Kolej Yayasan Felda ini adalah untuk menimbulkan keyakinan kepada anak- anak kita untuk belajar di sini.


"Di samping itu, kita ada juga kerjasama dengan City and Guilds, sebuah institusi pendidikan yang berusia lebih 100 tahun di London, United Kingdom (UK)," katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis graduasi sesi 2/2012 dan penjenamaan Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda Kampus Tun Abdul Razak di sini hari ini.


Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan merangkap Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd Mokhtar.


Dalam pada itu, Mohd Isa berkata, bermula tahun ini, logo Kolej Yayasan Felda turut akan dipamerkan bersama pada sijil kursus yang diiktiraf oleh City and Guilds.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut akan meliputi kesemua kursus kemahiran ditawarkan di Kolej Yayasan Felda yang lulus penilaian badan latihan vokasional bertaraf dunia.


"Dari segi masa panjang, kita merancang memperkenalkan kursus baharu serta peningkatan piawaian silibus pengajian. Di kampus Trolak misalnya, kita lebih banyak memfokuskan bidang komputer sementara di kampus Raja Alias pula lebih kepada dandanan rambut dan jahitan," katanya.

Sumber; Utusan Malaysia



4 Comments:

jaja said...

assalamuailaikum .terima kasih diatas maklumat ini ,saya nak tanya kenapa link yayasan felda tuh tidak boleh click ?

Puan Ummi said...

WAALAIKUMUSSALAM website FELDA tu sedang dibaiki.

Anonymous said...

assalamualaikum. utk yg berumor atas 25 tahun ada x kursus jahitan? mohon beri sedikit maklumat.tq

Unknown said...

Salam tahun ni bole app lg x??

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .