Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

DUHAI LELAKI JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH

DUHAI LELAKI JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH..




Assalamualaikum buat pelayar Muslim teratak ini. Apa khabar? Harap sihat-sihat sahaja.

Entry kali ini saya petik dari salah satu muka buku followers blog ini. Sekadar perkongsian untuk renungan pemilik blog juga walaupun saya seorang wanita.

Susulan entry saya sebelum ini, Syurga Cinta vs Neraka Cinta, klik sini,

WAHAI LELAKI..

Janganlah hipokrit, semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati,perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa????

Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki senditi tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Wahai lelaki, luruskan wanita dengan jalan ditunjukkan Allah.

Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah , zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia. Akal wanita setipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok. Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah megharapkan ketaatan,tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segalanya di bawah kepimpinanmu.

DUHAI LELAKI JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH..

Sumber dari, warkahbersama, klik sini.



16 Comments:

nza said...

siapa la lelaki tnpa wanita....bangga jadi seorg wanita.....

Abd Razak said...

Salam..

Wanita solehah yang bertaqwa..
Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,
ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi. Ia bahagia,
kerana Allah telah membuka pintu hatinya,
memuliakannya dengan ibadah,
dan mendekatkannya kepada-Nya,
sehingga ia benar-benar mengabdi
.-= Abd Razak´s last blog ..Cabaran iman =-.

makcik yam said...

salam ummu..betul tu saipalah lelaki tanpa wanita disisi kan..kalau lelaki dah tak boleh berjalan lurus mana mungkin isteri dan anak2nya berjalan lurus kan..sebab itu lelaki kena banyak ilmu,iman dalam dada barulah boleh memimpin isteri dan anak2.

nurhafizah said...

assalamualaikum.....=)
.-= nurhafizah´s last blog ..Saksi itu si unta =-.

ashra said...

suka entry ni k.ummu =)
.-= ashra´s last blog ..4th Anniversary Giveaway =-.

ummu said...

wanita pelengkap kehidupan lelaki, kan kak

ummu said...

waalaikumussalam saudara
subhanallah
terkesan di hati ini
terasa kerdil diri..
terima kasih saudara

ummu said...

waalaikumussalam makcik Yam
betul tu makcik Yam
yang penting,sama2 kita bantu membantu
untuk kebaikan bersama...

ummu said...

waalaikumussalam Nurhafizah
terima kasih berkunjung ke sini

ummu said...

alhamdulillah,tq ash
akak ambil dari fanpage salah seorang follower blog akak
yanga kaka link kan di entry di atas

kakchik said...

assalamualaikum dan salam jumaat ummu masyitah. semoga sentiasa sihat dan di bawah lindungan rahmat Allah SWT. terima kasih sebab sudi berkongsi petikan dari buku yang sangat bagus. alangkah lebih bagus sekiranya para lelaki terutama yang bergelar suami turut membacanya dan menghayatinya. banyak kebaikan dalam rumahtangga.
.-= kakchik´s last blog ..Membawa Umi ke Bandar =-.

white rose said...

salam kak ummu...

bagus betul ayat2 nih...buat panduan kpd semua2 lelaki...

ku berharap ada insan bernama suami mempunyai ciri2 seorang pemimpin keluarga yang baik...insya'Allah...
.-= white rose´s last blog ..perlukah semua itu =-.

pinatbate said...

Mudah-mudahan kita menjadi isteri yg disayangi oleh suami..
.-= pinatbate´s last blog ..NASI GORENG SEMEMANGNYA ENTENG =-.

ummu said...

waalaikumussalam kakchik
amin, alhamdulillah saya sihat,kak.
semoga sama2 kiata mengambil iktibarnya,kan kak

ummu said...

amin,tq pinat sudi tinggalkan jejak di sini

ummu said...

waalaikumussalam White Rose
amin,insyaAllah,semoga Allah perkenankan hajat Rose.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .