Kifayah Services Ambil & Hantar @ Kuantan Kemaman
Ambil & Hantar apa pula ni? Kemudian mata ini terlihat pula pada perkataan, Kifayah Services. Kuantan - Kemaman.
Tertarik dengan tulisan di lori ini.
Kifayah Services
Acapkali terserempak dengan lori dan iklan bunting, "kifayah Services" ini. Tetapi malas ambil pusing. Rupa-rupanya perniagaan perkhidmatan membaiki peti sejuk yang rosak.
Wah. Betul juga.Kalau dalam satu kariah tu tiada Muslim yang arif dalam membaiki peti sejuk, macam mana tu kan?
Apabila lihat Kifayah services itu, tiba-tiba teringat kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah di dalam Muamalat Islam.
Apa Itu Kifayah?
Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.
Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan.
Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.
Sumber; JAKIM, klik sini.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
catatanku
,
consumer
,
Islam
,
Muslim Products
,
Pahang
,
pengguna
,
prihatin
» Kifayah Services Kuantan Kemaman
Kifayah Services Kuantan Kemaman
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
3 Comments:
salam kak ummu
walaupun perkhidmatan membaiki peti sejuk
tapi ia juga suatu ibadah, kan kak
kalu dibuat kerana Allah
salam , terima-kasih atas keperihatinan -
alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kini KIFAYAH telah menpunyai 6 cawangan kuantan dan kemaman.
Dengan sokongan 20 orang pekerja KAMI di KIFAYAH merealisasikan matlamat asal penubuhan dalam memenuhi tuntutan FARDHU KIFAAYAH.
TERBARU KAMI menawarkan kepada pengguna JUAL & BELI barangan elektrik terpakai ( tv , mesin basuh & TV ) dengan harga yang MURAH ( berdasarkan harga MUDAH.com )
Sila susuri ke sesawang MUDAH http://www.mudah.my/kifayah-global
KAMI JUGA TIDAK LUPA amanah yang terpikul di bahu kami maka KAMI tubuhkan ALIRAN VOKASIONAL di PONDOK AN_NUUR bagi melatih pelajar-pelajar pondok & tahfiz kemahiran dalam bidang baikpulih ini.
MOGA KAMI TERUS MENDAPAT SOKONGAN DARI SEMUA.
HISHAM : pemilik KIFAYAH GLOBAL RESOURCES
KIFAYAH SERVICES & TRADING
HOTLINE : 0139990199
waalaikumussalam en hisham
terima kasih atas kesudian tuan memberi respond kepada entry saya in.
kami juga pernah menjadi pelanggan tuan sebelum ini.
tahniah, tuan
Post a Comment