Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Halatuju selepas PMR

Halatuju Selepas PMR (bahagian 1)




Myraudhatulukhuwah memerhatikan pelbagai reaksi pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan PMR.

Suatu hal yang sering menjadi dilema ialah,

"Ke Mana Saya Selpas PMR, Cikgu?'

"Keputusan PMR saya7A 1B, adakah sekolah kita tawarkan aliran Sains cikgu?"

"PMR saya just cukup makan je cikgu. Saya nak jadi mekanik. Boleh ke saya teruskan belajar di sekolah ini? atau saya terus ke Giat Mara?"

Saya tidak pasti. Saya cuma beranggapan ramai pelajar lepasan PMR  yang masih dalam dilema untuk menetukan ke mana hala tuju mereka selepas PMR. Tanggapan awal myraudhatulukhuwah ini berdasarkan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Mahu memilih aliran sains atau sastera? Teknik, MPV (Mata Pelajaran Vokasional di sekolah harian biasa) atau Vokasional di Sekolah Menengah Vokasional?  Atau perdagangan? Atau teruskan berada di aliran agama tulen tanpa mengambil Biologi dan Kimia bagi pelajar aliran agama penuh?

Belum lagi bab mata pelajaran yang hendak diambil. Hendak ambil mata pelajaran apa? Matematik tambahan? Biologi? Lukisan Kejuruteraan? Prinsip Akaun? Perdagangan?


Percayakah pelajar bahawa pemilihan tersebut akan banyak memberikan kesan kepada jalan-jalan yang akan mereka tempuh untuk mencapai cita-cita mereka?


Keputusan peperiksaan PMR  adalah penting untuk  menjadi kayu ukur bidang apakah yang akan pelajar ambil semasa dalam Tingkatan 4. Aliran dan mata pelajaran yang pelajar ambil semasa di Tingkatan 4 akan menentukan bidang kerjaya pelajar akan datang.

Misalnya, jika pelajar itu ingin menjadi doktor, mestilah ada kelulusan yang baikd alam mata pelajaran Biologi. Jika ingin menjadi jurutera, salah satu mata pelajaran yang perlu diambil ialah Lukisan Kejuruteraan selain Fizik.

Jika ingin menjadi kadhi atau mufti, pelajar itu pula mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam aliran agama. Oleh itu, selepas PMR, pelajar itu mesti mengambil mata pelajaran yang bersesuaian dengan cita-citanya,  seperti Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al Quran dan As Sunnah.

Bagi pelajar lepasan PMR yang ingin mengambil aliran agama, pelajar berkenaan mestilah mempunyai asas dalam Bahasa Arab peringkat PMR. Selain kesinambungan mata pelajaran yang telah diambil semasa Tingkatan 1 lagi (iaitu aliran agama diambil sejak Tingkatan 1).

Setiap pelajar ada menyimpan hasrat dan cita-cita dan impian masing-masing. Mahu jadi apa 7 atau  8 tahun akan datang.

Menjadi seorang doktor perubatan atau jurutera, atau akauntan, ahli farmasi, arkitek, peguam, guru, jururawat, kerani dan sebagainya.

Untuk memahami tentang minat kerjaya dan mengenali personaliti anda, eloklah anda melakukan Ujian Personaliti Sidek Noah (Iventori Minat kerjaya, dan Iventori Personaliti Sidek).

Jika anda masih keliru dengan iventori ini, sila bertemu secara bersemuka dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda di sekolah. Ingat, usah malu berjumpa guru. Jadikan guru sebagai mentor anda dan teman.

Sekian

Di sini myraudhatulukhuwah sertakan artikel yang dipetik dari Utusan malaysia, Disember 2009 sebagai rujukan tambahan. Sumber, klik sini.

Hala Tuju Selepas PMR
Oleh Suliati Asri

ADA yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Khamis lalu. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan.

Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.

Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.

Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.

"Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran.

"Selepas mendapat keputusan PMR, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh," katanya.

Kata Raja Mazlan, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.

"Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain," katanya.

Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah.

Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, menurut Raja Mazlan, pelajar boleh membuat pertukaran, tetapi mengikut kekosongan yang ada."Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang.

"Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan," katanya.

Untuk mewujudkan kelas mengikut aliran yang dikehendaki, minimum dalam satu kelas itu adalah 15 pelajar.Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan jarang berlaku kerana sebaik saja pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka sekali lagi perlu mengikuti sesi orentasi khas.

"Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu," katanya

Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.

"Justeru, dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.

"Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil," katanya

Mengenai keputusan PMR yang diumumkan Khamis lalu, beliau berkata bagi pelajar yang cemerlang, ini adalah permulaan ke arah masa depan lebih gemilang, tetapi jangan terlalu gembira kerana halangan seterusnya ialah SPM.

Sementara itu, keputusan PMR 2009 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin Mohd Dom, meningkat apabila seramai 28,188 pelajar memperoleh A bagi semua mata pelajaran berbanding 26, 378 tahun lalu.

Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Manakala jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008.Pada tahun ini, 87,936 pelajar melepasi tahap minimum A,B,C,D berbanding 88,565 tahun sebelumnya dan pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas.Untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A. Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

35 Comments:

zulkbo said...

salam..
tahniah pada yang berjaya..
tapi apakan daya PMR terakhir
tahun ni..jadi tiadalah lagi tahun
depan..jadi tumpu pula pada SPM
yang hanya tak berapa lama lagi
dah tu..

Zakie Purvit said...

Salam ummu,

Melihat anak-anak berjaya tumpang rasa gembira. Moga ramai anak bangsa kita yang menyerlah dan cemerlang.

cemomoi said...

mereka patut diberi bimbingan untuk ke mana arah tuju sama ada kekal dalam akademi atau kemahiran.. bio dorang belajar ats minat bukan paksaan

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu,

Ada kepelikan berlaku siapa yang ambil bidang sains, tidak berpeluang mempelajari bidang agama. Siapa yang ambil agama tidak pula dapat belajar subjek sains.

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

terima kasih atas info tuuu
boleh saya bagi anak baca niii

Wassalam

cumil said...

klau cite2 nk jd peguam,aliran ape yg nk diambil??? dan lg satu...aliran agama 2 smua mata pelajaran agame je ke????atau itu termasuk dalam aliran tertentu????

pinie said...

result kantoi

aRoL said...

salam,
saya fikir pelajar-pelajar ini wajar diberi bimbingan sebagaimana yang dinyatakan cemomoi. namun tidaklah mengikut kehendak mereka 100%. Kita yang tua perlu membimbing dan menjadi penunjuk arah kepada anak-anak ini, bukan sekadar menanti mereka datang bertanya apa yang perlu dilakukan oleh mereka seterusnya.

ummu said...

salam saudara
terima kasih atas komentor saudara yang membina ini
semoga adik2 pelajar dapat mengambil iktibar

ummu said...

salam kak zakie
semoga demikianlah harapnya,kan kak
kerna merekalah pewaris tanahair ini

ummu said...

betul saudara
kalau dipaksa
bimbang mereka berontak
tak mahu belajar
lagi susah

ummu said...

waalaikumussalam saudara
jika zaman saya dahulu
pelajar aliran agama
masih boleh ambil sains tulen
asalkan memenuhi syaratnya

ummu said...

waalaikumussalam tuan
terima kasih tuan
atas kesudian berkongsi
dengan anak tuan
wassalam

ummu said...

cumil,kalau nak jadi peguam,mata pelajaran Sejarah kena skor A.aliran agama pun boleh jadi peguam,lebih baik Sejarah A, Syariah Islamiah A.
Aliran Agama itu, ada yang aliran agama penuh. Ada juga pelajar aliran agama yang mengambil mata pelajaran tertentu dalam aliran agama dan sebahagian yang lain mata pelajaran sains atau Prinsip Akaun, bergantung kepada sekolah berkenaan

ummu said...

pinie,tak apa,teruskan belajar tanpa jemu.
ambil bidang yang sesuai dnegan kelulusan PMR
apa yang penting
minat nak belajar sentiasa digilap
kalau minat aliran MPV di sekolah (jika anda sekolah harian
dan sekolah anda ada tawarkan aliran ini), sila bertemu dan berbincang
dengan guru B&K anda.

ummu said...

salam Arol
benar tu Arol
semoga dengan bimbingan yang jelas
anak-anak remaja sekarang tahu ke mana
arah yang hendak dituju
namun apa yang penting,
mereka janganlah malu
untuk bertanya dengan guru mereka di sekolah
selain rajin bertanya kepada orang yang lebih berperngalman

cumil said...

salam......
terime kasih ummu...atas nasihat yg diberikan...keputusan pmr saye adalah 7A..dan B adalah matematik dan sains........jika saye memasuki aliran geografi,adakah saya masih berpeluang untuk mencapai cita2 saya utk menjadi peguam????????

ummu said...

waalaikumussalam cumil,
tahniah Cumil atas keputusan 7A2B
cumil ambil bahasa arab dalam PMR ya?
sekarang ambil Geog?
yang penting Cumil dapatkan semua A
terutama mata pelajaran Sejarah dalam SPM
dan jika ambil pendidikan Syariah Islamiyah, mesti A juga

saya rungsing .. said...

result PMR:
english & math C ..
sains & sjrah A ..
sesuai ambil biologi @ akaun?
hehehhh ...

cumil said...

assalam ummu.....terima kasih....
stlh saye fikirkan bt0l2 dan yakin ngan kputusan saye....skrg saya amik aliran sains tulen agame....dan saye rase sronok....trima kasih ummu atas galakan...

moga Allah memberkati kehidupanmu di dunia dan akhirat....
amin...

ummu said...

saya rungsing, adaqkah saya mengenali anda? :)
bergantung kepada minat anda.
yang penting, minat dan skop kerjaya tu dah diketahui.
eloklah jumpa cikgu kaunseling cepat2 erk
buat test ujian personaliti,ujian minat kerjaya.
opss..sekarang kena kuatkan hati tau
tak mau pening2 lagi nak ambik aliran apa.

ummu said...

waalaikumussalam dik.alhamdulillah.syukur pada Allah.
teruskan ya.baru tadi saya ada berjumpa seseorang
yang berkeputusan mengambil aliran seperti Cumil.
bermakna berlaku perpisahan antara kami.
apa pun, keputusan hari ini adalah amt penting
untuik hari esok kita,kan Cumil.
bittaufiq wan najah ya cumil.

*fik* said...

salam,,nk tnye klo sy amik aliran mped pd tgktn 4 snang x nnti lpas spm nk mntk upnm
tlong??

yuki said...

result pmr:all A kecuali math(B)..cita2: peguam tetapi sekiranya saya masuk aliran sains,di mana kelas tersebut masih terdapat subjek sejarah,adakah saya masih dapat melanjutkan pelajaran saya dalam bidang perundangan??

muhammad shaharil bin ahmad said...

saya ingin memohon masuk ke sekolah ini,brpa kah subjek y prlu lulus

muhammad shaharil bin ahmad said...

pleease tlong sya...sya sngt berminat dgn sekolah SPPTD ini

ummu said...

tahun ni sudah ditutup

ummu said...

sebaiknya,semua subjek mesti lulus

universe said...

utk lepasan PMR 2011, bila permohonan SPPTD ni dibuka?

ummu said...

sila lihat iklan di akhbar berita harian, utusan malaysia atau harian metro.
biasanya terbitan akhbar pada hujung minggu
mungkin jan atau februari tahun 2012.

mamat said...

harap2 dpt la aku jadi tentera..aku minat sgt2!!!

ummu said...

belajar bersungguh2
dapatkan result SPM yang cemerlang
semoga dapat jadi pegawai tentera

haziq iqmal said...

na tnya bole...umo 17 bule memohon untuk masuk sekolah ni tak??

ummu said...

Haziq, sekolah yang mana ya?
adakah sekolah perantis tentera?
jika ya sekolah tu, umur 17 tahun sudah tak boleh

ct aza said...

Boleh bg anak baca. Sekurangnya makin jelas.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .