Anugerah dan Amanah
(Al Fatihah untuk Adik Aaliyah Aiman Hussin Abdullah, 3,)
Anugerah dan Amanah
Kasihan, anak kecil belum pun sampai usia persekolahan rendah. Anak kecil itu..dibaling,didera fizikal macam baling bola je. Tapi sian budak sekecil itu dah alami sengsara yang dicipta oleh orang dewasa. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan. Selain menangis.
Tapi bila menangis ditekup mulutnya oleh tangan sasa dan gagah. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan bila ada manusia berhati syaitan iblis laknatullah menzinai anak kecil itu. Lebih parah tak kira,anak kecil itu lelaki ke ,perempuan ke..dianiaya pula melalui zina yang dilaknat Allah,perbuatan kaum Nabi Luth.
Tapi bila menangis ditekup mulutnya oleh tangan sasa dan gagah. Apalah tubuh kecil itu mampu lakukan bila ada manusia berhati syaitan iblis laknatullah menzinai anak kecil itu. Lebih parah tak kira,anak kecil itu lelaki ke ,perempuan ke..dianiaya pula melalui zina yang dilaknat Allah,perbuatan kaum Nabi Luth.
Sebahagian beritanya; klik sini, KAJANG: Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes dera Aaliyah Aiman, 3, bertindak kejam dengan memasukkan jari atau benda keras ke dalam kemaluan dan dubur mangsa. Difahamkan, hasil siasatan setakat ini mendapati mangsa mati berpunca daripada kecederaan dalaman akibat digoncang dengan kuat suspek menyebabkan mangsa mati.
Anak kecil itu..Tiada noda,tiada dosa. Yang berlaku ke atasnya adalah penganiayan manusia yang zalim. Boleh lihat catatan Anak Pak Aziz,Luka semalam-Yesterday wound; di sini.
Manakala di Harian Metro, Rabu, 21 Oktober 2009; ada berita tentang kes penganiayaan bapa tiri yang berzina dengan anak tirinya sendiri.Terbaru di sini. Anak perempuan sunti pun dianiaya. 7 tahun berendam air mata, diugut oleh bapa tiri. Syukurlah ibu mangsa membuat tindakan yang berani.
Tidak kira oleh siapa,ia tetap perbuatan keji. Apatah lagi jika yang menganiaya anak perempuan @ budak lelaki itu adalah mereka yang mempunyai pertalian darah atau hubungan kekeluargaan. Sekalipun anak tiri atau cucu tiri,dia tetap berada di bawah amanah mereka yang bertanggungjawab. Samada situasi ini dilaporkan media atau tidak, semoga mereka yang teraniaya ini kuat dan berani keluar dari kepompong itu.
Jika masih bersekolah, temuilah guru bimbingan dan kaunseling anda atau mana-mana guru yang anda percayainya.Sekarang di peringkat sekolah rendah juga telah ada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling oleh guru-guru yang bertauliah dalam bidang berkenaan. Usah segan dan malu berjumpa dengan guru yang anda percayai. InsyaAllah atas etika kerahsiaan yang menjadi prinsip perkhidmatan ini, semoga masalah anda dapat dibantu secara telus.
Dalam hal ini, syukurlah jika anak ini bersedia berkongsi trauma mereka dengan ibu atau nenek atau kakak mereka. Penerima aduan atau pendengar masalah anak-anak ini,perlulah bijak mengendalikan stuasi ini. Jangan kerana sayangkan suami atau demi maruah keluarga, anak dibiar menderita. Sanggupkah kita melihat darah daging kita menangung sengsara dan akhirnya suatu masa, dia pula akan "membalas dendam"? "Membalas dendam" dengan pelbagai cara samada perubahan tingkah laku, perubahan cara berpakaian, cara bertutur dan pelbagai lagi.
Bersyukurlah jua jika anak-anak ini bersedia bertemu dan berbincang dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka di sekolah atau dengan mana-mana guru yang dipercayai. Usahlah pula guru itu diserang. Anak-anak ini lakukan tindakan yang bijak demi masa depan yang lebih gemilang adan cemerlang. Kerana anak-anak ini pemuda harapan bangsa,pemudi tiang agama.
klik sini, Wahai ayah dan ibu, kami anak-anak yang dhaif ini memerlukan kasih sayang,didikan dan perhatianmu. Ayah ibu, bukankah institusi kekeluargaan dalam Islam itu sungguh indah? Be A Great Couple In Islam. klik sini Asas rumahtangga dalam Islam bukan setakat ijab dan kabul duhai ayah dan ibu. Perkahwinan bukan setakat hubungan suami isteri yang halal, tetapi jua menyalin pampers anak, mencuci najisnya, menyusukannya, tidur malam terganggu dek tangisan si anak, mendidik dan menyayangi mereka.
Dari rahim anak-anak perempuan ini dan dari tulang sulbi anak-anak lelaki ini nanti, akan lahir generasi kita. Samada yang bakal mendoakan kita setelah kita meninggal dunia atau yang hanya membiarkan kubur kita sepi tak bercahaya.
0 Comments:
Post a Comment