Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

TENTANG CINTA PATAH HATI

TENTANG CINTA PATAH HATI

Alhamdulillhirabbila'lamin, hari ini dapatlah saya mencoret sesuatu di teratak maya ini. Saya memohon maaf kepada teman-teman kerana sejak akhir-akhir ini saya  tidak berkesempatan menjejaki teman-teman secepat mungkin. namun jika Allah beri rezeki, saya sempat singgah sebentar membaca coretan teman-teman.

Entry kali ini, saya meminjam tajuk lagu Saujana, Patah Hati. Jom kita baca liriknya.

PATAH HATI


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
sumber: anasaujana klik sini.

Tahniah untuk lagu ini yang menduduki tempat pertama, carta Nasyid di Ikim.fm pada 25 April 2010.

Kepada buat sahabat dan anak-anak yang sedang dilanda musibah. Pelbagai bentuk musibah yang melanda bukanlah bermakna Allah benci kepada kita. Ada di antara kita dilanda musibah kemiskinan, jatuh bankrap, diserang penyakit, hilang keupayaan, anak dan ahli keluarga yang sakit, musibah harta benda, musibah maruah diri, kesempitan perasaan, kesempitan wang, dibuang kerja, kehilangan insan tersayang ...

Hati yang terluka, perlu diubat. Usah dibiar melarat. Usah biarkan ia semakin parah. Hingga patah hati..

Perpisahan Suami Isteri

Buat yang bergelar Miss J, semoga tabah jua.  Terpisah dan terlerainya kasih sayang antara dua jiwa yang diikat dengan ikatan suci, sebuah pernikahan, yang berwali dan bersaksi, penuh adat dan adab. Biarlah robohnya istana cinta itu jua secara beradab.

buat yang kehilangan insan tersayang, tabah dan tabah... Allah tahu yang terbaik buat kita. Lebih-lebih lagi Miss J yang mempunyai anak-anak yang perlu dibesarkan...

Perpisahan itu amat perit dirasa. Mungkin ia perit untuk masa ini, namun punya kebaikan untuk masa depan. Lebih baik sakit sekarang, dari nyawa jadi taruhan. Lihat berita hari ini, seorang lagi isteri meninggal dunia.
“Kanak-kanak terbabit mengadu kepada datuk dan nenek mereka mengenai pertengkaran ibu dan ayah. Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, nenek kanak-kanak terbabit membuat laporan polis pada jam 1 petang semalam,” katanya.

Menurut Zainal, berdasarkan aduan itu, polis menjalankan siasatan dengan berkunjung ke rumah suami isteri terbabit, tetapi mendapati ia berkunci. Selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, polis memecahkan pintu dan menemui mayat seorang wanita di dapur.

“Polis juga menemui sebilah pisau, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Mangsa ditemui dengan kesan tikaman di dada kiri. Suspek berusia 30-an kini diburu bagi membantu siasatan,” katanya.


Berita lanjut, Klik sini.

Cinta Ditolak

Buat yang ditolak cintanya, langit biru sangat indah untuk kita nikmati. Udara segar dan kehijauan alam masih luas untuk kita terokai. Bunga-bunga  di taman masih banyak yang mekar di jambangan berduri. Benar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Benar, cinta hadir tak kenal siapa. Namun terimalah jua hakikat, cinta tak boleh dipaksa. Cinta jua bukan bersifat kasihan.

Sedikit Petikan Berita,
Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.


sumber : klik sini


Kejadian di atas mengingatkan saya pada beberapa pelajar lelaki saya yang patah hati. walaupun tidak terjadi seperti di atas, namun hati yang patah sukar di ubati.

Percayalah,apabila seseorang menolak cintamu, bukanlah bermakna dirimu tidak kacak, bukan bermakna dirimu tidak cantik. Dirimu punya kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Kalau tidak masakan, di antara jutaan telur ketika persenyawaan berlaku, dirimu sahaja yang berjaya terzahir di dunia ini setelah melalui perjalanan yang sukar.

Mungkin ada sebab lain yang sukar untuk dijelaskan, yang kadang kala tidak semua akan faham, mengapa seseorang gadis itu menolak cinta seorang pemuda. Mutiara itu letaknya di laut dalam. Di dalam bekas yang terpelihara....

apabila cintamu ditolak, bukan bermakna hidupmu telah berakhir.Masih ramai yang sayangkan kamu. sayang dengan tulus, tanpa minta apa-apa balasan. Ibumu, bapamu, cikgumu. Andai ibu telah tiada, ayah telah pergi, segan bertemu cikgu, namun jangan sesekali segan bertemu Allah selalu...

Ketika diri terasa tiada siapa yang menyayangi, renunglah dalam diri. Kita masih ada Dia yang Maha Esa. Yang sentiasa dekat di sisi, dekat di hati.

Yang pasti, cinta itu di hati. Cinta itu suci. Manusia sahaja yang mencemarkannya.

Oleh hal yang demikian,  Usah patah hati, hingga binasa diri.




18 Comments:

piewahid said...

salam ziarah & ukhwah,

kekadang dunia ni mmg sukar dfahami.
ada yg fizikal kuat, mental lemah,
ada yang dalaman kuat, luaran pula yg lemah.
sesungguhnya itu adalah sbahagian tanda2 kebesaran-Nya.

yg paling sedih apabila anak2 mjadi mangsa keadaan. tantu besar kesan psokologinya thadap mereka.

moga tabah dan ceria selalu...:)

makcik yam said...

salam ummu(kalau salah makcik minta maaf)..makcik sungguh sedih dengan cerita pertama..kenapakah seorang suami sanggup membunuh isterinya..kalau dah tak suka islam kan beri jalan penyelesaian yg mudah..anak2lah yg jadi mangsa..yg kedua tu i/bapa n guru kena banyak membimbingnya agar kuat mental n fizikal..

kunang-kunang said...

Salam Ummu Masyitah,

Sejak akhir2 ni banyak peristiwa menyayat hati berlaku di sekeliling kita.

Adakah rahmat kasih sayang Allah telah berkurang kepada hambanya sekarang. Betapa sedih kita membaca kisah seorang suami sanggup membunuh orang yang sepatutnya dia lindungi. Di mana hilangnya kasih sayang sekarang ini.

sahrom said...

kekuatan dalaman itu yg penting..semoga itu dapat diperteguhkan...

werdah said...

Salam Ummu

Begitulah keadaan orang-orang yang tak mahu merawat hati (hati yang sentiasa berbolak balik hati yang boleh diisi dengan apa sahaja sifat sama ada nak baik atau sebaliknya).

Ikut hati mati ikut rasa binasa.

Untuk mendapatkan hati yang sejahtera perlu mencarinya, nak mencari dan mendapatkannya tentu daripada Pemiliknya yakni penciptaNYa.

nza said...

setiap ujian n dugaan tanda Allah sayang umatnya.....Sbg umatnya kita perlu memohon tnpa jemu....insyallah Allah sntiasa mendengar doa2 kita...

ummu said...

InsyaAllah, Allah selalu mendengar doa2 kita,kan kak NZA.
yang penting jangan putus asa berdoa...

ummu said...

ya Bro Sahrom.kekuatan dalaman itu yang payah dicari

k.zue said...

mcm2 kes kita dgr dan baca akibat patah hati dan kecewa. akibatnya mereka telah melakukan perkara di luar dugaan...nak2 dgn kes pelajar yg nak mmbunub diri.
jgnlah ada ahli keluarga kita buat mcm gitu.

white rose said...

salam kak mas...

mcm2 kan skrg ni yg berlaku...

inilah ujian hati2 kita...
kena berhati2 laaa dgn hati kita sendiri...

kerana terpedaya, hati kita turut serta...

semoga akak sehat ye...

myri said...

hidup ini rasanya senang..
tapi belum benar-benar senang..
hutang keliling pinggang..
selalu berdoa agar lapang..

subhanalllah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar.

ummu said...

Terima kasih Cikgu Myri
atas perkongsian ilmu ini.sungguh
berseni kata2 cikgu ini,:)

ummu said...

waalaikumussalam White rose
dygaan hati memang hebat kan,Rose.
kalau tak ya2 memang boleh tersungkur

alhamdulillah, arini dah sihat sikit.
syukran laki ya ukhti.:)

ummu said...

jgnlah ada ahli keluarga kita buat mcm gitu.
amin.

betul la kak,hati ni pun risau juga.

ummu said...

waalaikumussalam kak werdah
semoga Allah tak bolak balikkan hati kita, kan kak.amin

ummu said...

waalaikumussalam Kak Ani

kasih sayang itu fitrah
namun sering disalah guna
apakah maknanya semakin parah
masyarakat kita...?

ummu said...

waalaikumussalam makcik Yam
ummu ucapkan terima aksih pada makcik, di atas
kesudian makcik meninggalkan jejak di teratak ummu ini.

betul makcik yam,ibubapa adalah contoh terbaik buat anak2
dan guru juga punya peranan penting sebagai pendidik...

ummu said...

waalaikumussalam Bro Pie

anak2 sebegini perlu diberi perhatian lebih,
bimbang mereka trauma atau menyimpan dendam...

TQ atas doa Bro,:)

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .