Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Ke IPTA Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2011/2012

Permohonan Ke IPTA Lepasan SPM/ Setaraf Sesi 2011/2012 (Fasa 2)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada semua lepasan SPM 2010 khususnya kepada lepasan SPM 2010 SMK Jengka Pusat 2.

Tarikh Permohonanan: 10 JANUARI 2011 - 04 APRIL 2011

SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN:

  • Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan. 
  •  Panduan Mengisi Aplikasi dalam Talian  Untuk Lepasan SPM/ Setaraf;
    (Sila Klik disini untuk panduan mengisi borang)
  • Sila kenalpasti Kategori Anda

  • Kategori
    Keterangan
    Kategori A
    Pemohon Lepasan SPM 2010
    Kategori B
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2009 atau 2008
    Kategori C
    Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
    Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau,
    SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2010 atau,
    SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.
  • Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih. Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA (klik disini). 
  • SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN
    KEMASUKAN KE IPTA
    PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
    SESI AKADEMIK 2011/2012

    SYARAT AM UNIVERSITI

    1. Warganegara Malaysia ; dan
    2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

    Maklumat lanjut, klik sini. 
     
  • Sila semak Kategori Permohonan anda di laman SEMAKAN JENIS CALON
    (klik di sini)
 SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Pastikan anda mengisi maklumat permohonan dengan teliti dan tepat
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi memastikan borang selamat diterima oleh sistem.
 SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN

  • Pastikan anda membuat semakan setelah selesai mengemukakan permohonan.
  • Anda mempunyai tiga (3) kali peluang untuk mengemaskini borang permohonan anda sehingga tarikh tutup permohonan (04 APRIL 2011).
  • Pastikan anda mencetak Borang Permohonan sebagai bukti Sah Permohonan.

  • Pemohon KATEGORI C & D wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan / pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 11 April  2011 (Isnin).[KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI]

APLIKASI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM / SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012 : klik sini.



4 Comments:

atuk said...

Assalamualaikum Cikgu Ma

Salam Ukhwah
peringatan yg baik untuk saya dan anak saya

Wassalam

Cikgu Ma said...

waalaikumussalam Tn Hj Rozali
salam ukhuwah tuan
terima aksih atas kesudian tuan meninggalkan jejak di sini.
wassalam

alya sujuepy gulz said...

salam cikgu..saya hendak tanya cikgu pasal permohonan bagi lepasan spm..saya sudah try apply..mulaa-mula dapat lah masuk..but bila saya nak ker maklumat pekerjaan keluarga terus tak b0leh..b0leh cikgu t0long explain kat saya..saya betul-betul berminat..m0h0n belas kasihan dari cikgu..

Cikgu Ma said...

Assalam alya,
alya kena cuba sekali lagi.kadang2 maslaah seperti alya berlaku kerana masalah line internet, atau website tersebut sedang 'busy'.cuba lagi ya.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .