Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Taknak Ponteng Lagi

Taknak Ponteng Lagi;


Pelajar takut kembali ponteng


Entry ini myraudhatulukhuwah petik dari MyMetro, Bimbingan bersama Dr Sapora Sipon, sumber, klik sini.

Entry ini, berkaitan About This Blog, klik sini.

Jom kita ikuti pandangan Dr Sapora Sipon dalam membantu pelajar ini. Antara cadangan Dr Sapora ialah;

"Untuk tidak mengulangi sejarah dibuang sekolah, adik mempunyai beberapa pilihan. Pilihan pertama ialah adik boleh turut mengikut kakak berpindah di tempat baru dan bersekolah di sana.

Selain itu, adik boleh tinggal di asrama sekolah. Minta bantuan kakak mencari sekolah yang boleh menempatkan adik di asrama. Adik juga boleh meminta pandangan guru pegawai bimbingan dan kaunseling di tempat sekolah adik mengenai masalah adik."

Nota Tambahan:

Tahniah kepada kakak adik ini yang prihatin dan sanggup berkorban demi adik-adik tersayang.

Cadangan saya kepada pelajar ini, antara langkah yang perlu diambil ialah selain seperti yang Dr Sapora cadangkan, eloklah pelajar ini juga berbincang dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan  Guru Kelas.

Usah malu bertemu dan berjumpa guru secara peribadi. Bukankah malu bertanya, sesat jalan?Jadikan guru anda sebagai mentor dan sahabat.

Selain itu, eloklah pelajar ini mendapatkan pandangan Guru Kebajikan Pelajar dari segi bantuan kewangan. Contohnya, pelajar berjumpa dengan guru yang berkaitan biasiswa di sekolah pelajar dan memohon  Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Tujuan tabung ini ialah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Untuk info lanjut, sila rujuk website KPM, klik sini.

Untuk layak mendapat Bantuan Tabung KWAPM ini pula, Kementerian Pelajaran memutuskan hanya murid yang berdaftar dengan eKasih akan menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), mulai tahun 2011. Oleh itu, pelajar janganlah malu untuk berjumpa guru anda di sekolah,ya.

Maklumat lanjut sila klik, Hanya Pelaja Daftar e-kasih dapat bantuan, klik sini. Kementerian Pelajaran Guna data e-kasih, klik sini.

SOALAN;

SAYA remaja lelaki berusia 15 tahun. Pada 2008, ayah mengalami serangan angin ahmar. Ketika itu saya bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa di utara. Ibu selalu menyusahkan saya dengan menyuruh menghantar dan menjemputnya di tempat kerja walaupun mempunyai kereta serta menyuruh ke pasar untuk membeli barangan dapur sehingga saya terpaksa ponteng sekolah disebabkan selalu lewat.

Sehinggalah saya dibuang sekolah dan ibu tidak mengetahui yang saya ponteng sekolah. Lantas, saya mengadu kepada kakak sulung yang bekerja di ibu kota agar membenarkan saya bersekolah dan tinggal bersama sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) tamat. Kakak yang menjaga dan menitikberatkan hal pelajaran saya.

Baru-baru ini kakak dinaikkan pangkat dan bertukar tempat kerja di daerah lain dan saya harus bersekolah dan tinggal kembali bersama ibu bapa pada tahun depan.

Kakak juga buntu memikirkan hal saya kerana dia sangat bertanggungjawab terhadap adik-adik. Masalahnya, saya tidak mahu perkara ponteng sekolah berulang kembali sehingga terabai pelajaran. Ini kerana saya mudah berubah menjadi jahat walaupun tiada hasutan kawan kerana dikatakan sombong serta berlagak. Tolonglah saya menyelesaikan hal ini.
INSAN LEMAH,KL.


JAWAPAN;

TENTU sukar dan bukan mudah bagi ibu untuk menjalani kehidupan setelah ayah adik mengalami serangan angin ahmar. Kini ibu terpaksa menjaga dan mengurus kehidupan keluarganya. Apabila adik tidak memberitahu ibu keadaan sebenar iaitu ponteng sekolah, sudah pasti ibu akan berterusan menyuruh adik membantunya.

Adik beruntung mempunyai kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya dan tidak bersikap lepas tangan. Adik perlu ingat jasa kakak yang sudah banyak membantu. Apabila kakak mendapat kenaikan pangkat, adik perlu memberi sokongan kerana membabitkan masa depannya.

Untuk tidak mengulangi sejarah dibuang sekolah, adik mempunyai beberapa pilihan. Pilihan pertama ialah adik boleh turut mengikut kakak berpindah di tempat baru dan bersekolah di sana.

Selain itu, adik boleh tinggal di asrama sekolah. Minta bantuan kakak mencari sekolah yang boleh menempatkan adik di asrama. Adik juga boleh meminta pandangan guru pegawai bimbingan dan kaunseling di tempat sekolah adik mengenai masalah adik.

SUMBER SESI; KLIK SINI.

9 Comments:

white rose said...

assalamualaikum kak ummu...

urm, kesian juga mereka2 nih...kadang2 sikap pelajar yg suka memonteng sekolah ni dtgnya dr masalah keluarga jugak kan...

ape2pun dia bole membuat pilihan tuk masa dpn dia sendiri...

werdah said...

Assalamu'alaikum ummu

Selamat melangkah ke tahun baru, penuh ceria, kita jadikan pengalaman pada tahun-tahun sebelum ini sebagai sempadan dan teladan.. insyaAllah.. semoga ummu sentiasa dalam perlindungan Allah dan memperoleh redhaNya.. amiin

Afida Anuar said...

assalamualaikum kak ummu..

fida rasa ibu adik tu perlukan sokongan adik tu setelah suaminya mengidap angin ahmar. Sebab tu ibunya bergantung kat adik tuk pergi pasar, hantar pi balik kerja.... dan betul la..apa yang paling penting sekali adik tu perlu berterus terang kepada ibunya yang dia akan lambat ke sekolah dan sebagainya...apa pun, Alhamdulillah dia dikurniakan kakak yang bertanggungjawab menjaga pelajaran adik...

deena Farhana said...

assalamualaikum kak ummu...

maafkan deena, tak selalu jenguk sini, inshaallah lps ni jika tiada hlgn. deena akan slalu lawat blog kak ummu..

trm ksh kak ummu slalu ke blog deena, terharu sgt..

ummu said...

waalaikumussalam rose
betul tu rose.kadang kala dek kerna masalah keluarga
mereka terpaksa ponteng sekolah
dan dalam situasi ini
orang lain boleh memebri nasihat,pandangan dan idea
serta bantuan mengikut kemampuan
namun untuk mennetukan masa depan,
pelajar itu sendiri yang kena buat keputusan yang bijak

ummu said...

waalaikumussalam kak werdah
alhamdulillah melangkah ke tahun hijrah ini sangat bermakna untuk saya kak.
terima kasih atas perkongsian pengalaman akak yang sangat membantu
saya dalam memajukan diri sendiri lagi,insyaAllah

ummu said...

waalaikumussalam Deena

terima kasih Deena atas sokongan Deena pada akak juga
teruskan bekarya ye,akak nantikan siri berikut Emneya

ummu said...

waalaikumussalam Fida,
menjaga orang sakit ni bukan mudah,kan Fida.
banyak perkara yang perlu dikorbankan
kadang kala amsa rehat untuk diri sendiri pun terkorban
namun besar ganjaran pahala untuk anak yang berbakti kepada ibubapa
besar lagi ganjaran pahala untuk isteri yang berbakti untuk suami
dan mulia hati seorang kakak pasti dinilai Allah
dan adalah lebih baik dan manisnya
jika semua yang sedang diuji
mengambil tindakan yg rasional
p/s; pesanan untuk diri sendiri juga

Abd Razak said...

Assalamualaikum ummu..

Moga ummu sihat hendaknya..:)

Barangkali ibunya itu cuba untuk mendidik anaknya berdikari..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .