Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ibu, kau ratu hatiku

Ibu, kau ratu hatiku

 



Ibu,

tiada bait indah

secantik madah

bahasa nan indah

yang terluah.



....tiada kata selunak bicara,

tiada hadiah ternilai di dunia,

setanding dengan jasa

...jasa seorang bonda.



Biar ribut melanda

Biar bermusim kemarau

Biar badai tiada hentinya

Biar hujan membasahi bumi

biar bertemali ranjau yang tiba



Dialah ibu, emak, mama, bonda

insan setia

saat berduka

saat bahagia

mewangi harum kasihnya

mendakap anaknya

penuh kasih mesra

kasih sayang sejatinya

membawa ke syurga



Terlalu besar budi

yang dikau taburi

buat kami anak -anak yang dhaif ini



Ibu, kau lah ratu hatiku.

4 Comments:

Afida Anuar said...

Assalamualaikum... my dear kak ummu..

Indah sunggu bait2 kata buat ibu yang tercinta.. tak lupa..selamat hari ibu..utk kak ummu...

ummu said...

waalaikumussalam dik
alhamdulillah
dari Allah jua, dik...
terima kasih fida.

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya ummu...

Moga ummu dikurniakan Allah kesihatan yang berpanjangan..

Kasih ibu tak pernah terbalas oleh apapun juga. Yang bisa dilakukan anak hanyalah memberi penghormatan dan pelayanan, terutama ketika mereka sudah tua dan dalam keadaan lemah.

ummu said...

waalaikumussalam saudara
jasa bonda sangat tinggi nilainya kan sauadara

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .