Info Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya
Orang Kurang Upaya |
- Pendaftaran Orang Kurang Upaya
- Pendaftaran dan Kad OKU dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Kemasukan Ke Institusi
- Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya
dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh
permohonan yang lengkap diterima.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Orang Kurang Upaya
dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh
permohonan yang lengkap diterima.
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
- Keputusan permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dimaklumkan
dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang
lengkap diterima.
- Keputusan permohonan Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan dimaklumkan
dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan daripada tarikh permohonan yang
lengkap diterima.
- Bantuan Kewangan
Elaun Pekerja Cacat (EPC)- Keputusan permohonan Elaun Pekerja Cacat dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)- Keputusan permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dimaklumkan
dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan yang
lengkap diterima.
- Kaunseling dan Psikologi
- Keputusan permohonan mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi dimaklumkan dalam tempoh tidak melebihi 5 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap diterima.
- Intervensi Krisis dikendalikan dalam tempoh 24 jam dari masa kes itu diterima.
Orang Kurang Upaya (OKU)
Definisi
Mengikut AktaOrang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang Upaya”(OKU) itu bermaksud seperti berikut;
“Mereka yang mempunyai
kekurangan jangka panjang fizikal,mental,intelektual atau deria yang
apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan,boleh menyekat penyertaan
penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”
Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samasa dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.
Kehilangan
upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap
mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan
ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk
kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif,
intelektual atau kesihatan mental.
Penggunaan ini dikaitkan dengan model
ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak
asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau
kemudiannya. Mereka yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang
upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat.
Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.
Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan sosial mereka.
Sempena Dekad Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, negara kita telah mendatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik pada 16 Mei 1994. Agenda Tindakan Dekad ini memberi penekanan kepada kesedaran masyarakat dan penyediaan kemudahan-kemudahan ke arah peningkatan kesejahteraan hidup orang kurang upaya.
Tokoh OKU
Albert Einstein - masalah pertuturan dan juga seorang pelajar yang lembab serta lambat memahami bahasa.
Thomas Alva Edison - cacat pendengaran apabila diserang demam cacar ketika kecil.
Stephen Hawking - lumpuh hampir seluruh badan akibat sejenis penyakit neuron motor.
Kelayakan
Di
Malaysia, definisi Orang Kurang Upaya ( OKU ) adalah "seseorang yang
mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai
halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam
masyarakat." (AKTA OKU 2008).
Kategori OKU
Terdapat 7 kategori kurang upaya yang didaftarkan iaitu:
-
Kurang Upaya Penglihatan
-
Kurang Upaya Pendengaran. Termasuk pekak dan bisu:
-
Minima (Mild) - (20 - < 30 db)
-
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 db)
-
Teruk (Severe) - (60 - < 90 db)
-
Profound - (> 90 db)
-
Kurang Upaya Penglihatan
-
Buta (blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata)
-
Penglihatan terhad (Low Vision/Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).
Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta dll
Cerebral Palsy
-
Hemiplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan
-
Diplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki
-
Quadriplegia - Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki
Dignosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi:
-
Lewat Perkembangan (Global Development Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun)
-
Down' SyndromeAutisma
-
Attention Deficit Hyperactive Disorder
-
Terencat Akal (Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun)
-
Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll
Lain-Lain
Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.
Pendaftaran OKU
Objektif
Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini.
Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis - jenis kecatatan
Untuk merancang kesesuaian program - program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya
Untuk menyediakan kemudahan - kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU
Warna Kad Kenal Diri OKU
Fizikal - Hijau
Pendengaran - Ungu
Penglihatan - Biru
Masalah Pembelajaran - Kuning
Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambu
Lain - lain - Coklat / Oren
Kad Kenal Diri OKU : Setiap OKU yang berdaftar dengan JPKAS akan di keluarkan kad Kenal diri.
Tujuan KAD OKU :
Pengenalan diri
Memudahkan OKU mendapatkan perkhidmatan
Kemudahan / Keistimewaan untuk OKU (Malaysia sahaja)
1. Kemudahan Pendidikan
Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
Elaun RM300 bagi pelajar IPT
Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran
kementerian pelajaran
OUM ; Potongan 75% yuran pengajian
2. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan di Hospital Kerajaan
Bayaran wad Kelas 3
Bayaran Pakar
Bayaran Ubat
3. Pelepasan Cukai Pendapatan
Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak
OKU
Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada pasangan yang
OKU
Pelepasan cukai sehinggah RM5000 bagi membeli alat - alat khas OKU
Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yg mengikuti kursus di IPT
4. Pengecualian Cukai Jalan; Dengan Syarat;
Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
Berdaftar dengan JKM
Pengecualian kepada pemohon sahaja
Sebuah kenderaan dalam satu masa
Memiliki lesen memandu yang sah
5. Kemudahan Pengangkutan
Tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia
(MAS)
6. Pengecualian Bayaran
Dokumen Perjalanan
Kad Pengenalan
7. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan
Bagi semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dll.
8. Jagaan dan Pemulihan di Institusi
Taman Didikan Kanak - kanak Kurang Upaya (TDKKU) ; Sembulan, Tawau & Sandakan di Sabah.
Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU) ; Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.
9. Tele-Komunikasi (Telekom Berhad)
Bayaran sewa bulanan dikecualikan
Panggilan menunggu atau indaan secara percuma
Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj.
10.kemudahan asas.
kemudahan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan mereka
tempat duduk khas yang ditawarkan di pengangkutan awam seperi bas dan kereta api
Sumber; website JKM
0 Comments:
Post a Comment