Biasiswa Yayasan Cemerlang 2012 Sedang Dibuka
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam khususnya kepada para follower, para pelajar dan rakan yang mengenali saya.
Kepada para pelajar yang berada di peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, anda boleh menjadikan post ini sebagai inspirasi anda untuk lebih tekun dalam pengajian / pelajaran anda.
Yayasan Cemerlang menawarkan anugerah biasiswa kepada pelajar dari golongan kurang berkemampuan
untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi diri, di samping mencapai aspirasi masing-masing dan seterusnya meyumbang kepada pembangunan negara.
Biasiswa Tun Rahah
melalui Yayasan Cemerlang sedang menawarkan biasiswa kepada penuntut ijazah
sarjana muda dan peringkat sarjana 2012.
Iklan Biasiswa Yayasan Cemerlang di Akhbar Harian Metro, Ahad, 22 Julai 2012.
(Baru hari ini cikgukaunseling.com berkesempatan menaip kembali artikel ini)
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Penuntut Ijazah Sarjana Muda – minimum 5 A SPM / 3 A dalam STPM
- Penuntut Ijazah Sarjana – Minimum CGPA 3.00 dari universiti yag diiktiraf.
- Mempunyai bukti kegiatan lain seperti aktiviti luar atau aktiviti komuniti.
- Baik dari segi kemahiran komunikasi interpersonal dan kepimpinan
- Tidak mempunyai bantuan kewangan lain
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan adalah 30 Julai 2012
Bidang Pengajian
- Business Management (Entrepreneurship)
- Business Administration (Islamic Financial Planning) (Hons)
- Business Administration (Islamic Banking & Finance)
- Business Administration (Insurance) (Hons)
- Accounting (CPA-Australia)
- Taxation
- Leadership
- Government & Public Policy
- Economics
0 Comments:
Post a Comment