Cara Memohon Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik
dan Kolej Vokasional
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat anak-anak pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Khususnya yang pernah di bawah seliaan saya...
Para pelajar Tingkatan 3 sekarang yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2012, diharapkan dan didoakan anda telah bersedia menempuhi peperiksaan yang amat penting dalam hidup anda.
Kenapa saya katakan PMR penting? Sudah pasti ia penting, kerana dengan keputusan peperiksaan PMR nanti itulah, yang bakal menentukan anda layak mengambil aliran apa dan mata pelajaran apa.
PMR sebenarnya berkait rapat dengan pemilihan mata pelajaran yang bersesuaian dengan cita-cita anda. Oleh itu pastikan keputusan peperiksaan anda nanti menepati piawaian keperluan kerjaya impian anda selepas tamat alam persekolahan.
Berkaitan hala tuju kerjaya selepas PMR, saya pernah tuliskan di blog ini, sebelum ini.
Antara bidang kerjaya yang banyak ditanyakan kepada saya dalam sesi bimbingan kaunseling samada secara individu dan berkelompok ialah pertanyaan pelajar berkaitan kerjaya vokasional dan teknikal.
Biasanya bidang ini ingin diceburi oleh pelajar lelaki. Kecenderungan kerjaya mereka menunjukkan minat kerjaya dalam bidang kerjaya teknikal dan vokasional.
Bagi pelajar Muslim, sebaiknya, mohonlah petunjuk Allah, apakah yang terbaik untuk anda. Ianya dengan mendirikan Solat Hajat dan Solat Istikharah apabila anda hendak membuat sesuatu keputusan hatta dalam pemilihan bidang atau aliran yang patut anda ambil selepas PMR.
Setelah membuat langkah yang sebaiknya, dan anda telah bulat hati, buatlah keputusan dengan bijaksana. Anda berhak membuat pilihan demi masa hadapan anda, namun sebaiknya biarlah di bawah petunjuk Ilahi.
Pengalaman sesi berkaitan kerjaya itu selalunya saya tuliskan di sebuah wordpress self hosting saya sejak 2009 lalu. Namun nampaknya, data-data dalam blog berkenaan telah 'hilang' dari syarikat server hosting setelah syarikat hosting berkenaan diserang hackers.
Bagaimanapun ada sedikit data berkaitan sekolah teknik dan vokasional yang dapat saya selamatkan, cuba saya pindahkan di blogspot ini.
Pada kali ini saya publishkan artikel berkaitan Sekolah Menengah Vokasional dan Kolej Vokasional secara umum.
Permohonan memasuki Tingkatan 4 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) biasanya dibuka pada pertengahan November.
Update pada 24/9/2012;
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
2013 dibuka mulai 24 September 2012. Sila klik di sini.
Memetik kata-kata Guru Kaunselor UBK SMK Kajang Utama;
"SESIAPA
YANG PENCAPAIAN BAIK NAMUN SANGAT BERMINAT ALIRAN TEKNIKAL BOLEH
LANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT KIRA MACAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL.
SISTEM PEMBELAJARAN JUGA DIKATAKAN BERLAINAN.
NAMUN KALAU RASA NAK
SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA MACAM KE JEPUN DALAM ALIRAN TEKNIKAL INI,
KENALAH AMBIL SPM DI SM TEKNIK. KALAU RESULT CEMERLANG BOLEH DAPAT
TAJAAN JPA DLL. LEPAS DAPAT RESULT PMR NANTI BOLEH PILIH KURSUS YANG
PALING SESUAI. MINTA PENDAPAT CIKGU2. OK JOM KITA BUAT HOMEWORK SKET
TENTANG PEMILIHAN KURSUS NI.."
Sumber: Blog UBK SMK Kajang Utama, di sini.
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
2013 dibuka mulai 24 September 2012.
Info Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada
murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi
untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.
Bagi
merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan
murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang
teknikal dan kejuruteraan.
Perubahan nama itu akan
melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal
dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di
peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau
diploma lanjutan.
Pengenalan.
1. Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional sedang melakukan proses transformasi, sejajar dengan agenda transformasi Negara.
2. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan sebahagian Sekolah Menengah Teknik(SMT) akan dinaik taraf secara berperingkat menjadi Kolej Vokasional (KV) manakala sepuluh Sekolah Menengah Teknik akan kekal menawarkan kursus teknikal.
3. Bermula pada tahun 2012, sebanyak 15 buah SMV akan menjadi rintis dan semua SMV akan menjadi KV pada tahun 2013.
4. Tempoh pengajian di KV ialah selama empat tahun (8 semester) manakala pengajian di SMV dan SMT ialah dua tahun.
5. Pelajar lepasan KV berpeluang menceburi alam pekerjaan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari atau melanjutkan pelajaran ke Institutit Pendidikan Tinggi Vokasional.
Kolej Vokasional
Pensijilan.
1. Kolej Vokasional
a. Tahun 1 – 3 - Sijil Vokasional Malaysia
b. Tahun 4 - Diploma Kolej Vokasional
2. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan program pendidikan teknikal peringkat Sijil Pelaran Malaysia (SPM).
3. Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan program pendidikan vokasional dan kemahiran.
a. Pendidikan Vokasional - Sijil Pelajaran Malaysia
b. Kemahiran - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan SPM.
CARA MEMOHON KE KOLEJ VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013.
Pengenalan.
1. Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional sedang melakukan proses transformasi, sejajar dengan agenda transformasi Negara.
2. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan sebahagian Sekolah Menengah Teknik(SMT) akan dinaik taraf secara berperingkat menjadi Kolej Vokasional (KV) manakala sepuluh Sekolah Menengah Teknik akan kekal menawarkan kursus teknikal.
3. Bermula pada tahun 2012, sebanyak 15 buah SMV akan menjadi rintis dan semua SMV akan menjadi KV pada tahun 2013.
4. Tempoh pengajian di KV ialah selama empat tahun (8 semester) manakala pengajian di SMV dan SMT ialah dua tahun.
5. Pelajar lepasan KV berpeluang menceburi alam pekerjaan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari atau melanjutkan pelajaran ke Institutit Pendidikan Tinggi Vokasional.
Aliran
Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
- Aliran Teknikal
- Aliran Vokasional
- Aliran Kemahiran
- Kolej Vokasional
Aliran
teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada
peringkat PMR.
Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan
tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan
(pertanian dan perdagangan).
Setelah tamat pengajian di Sekolah Menengah Teknik (SMT), pelajar
berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di
peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti),
kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran
teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal,
Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian
dan AgroTeknologi.
Aliran Vokasional
Penerangan Bidang
Bidang vokasional memberikan
peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam
akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational
(berkaitan pekerjaan).
Isi kandungan bidang vokasional mempunyai
komponen teori dan praktikal yang seimbang.
Objektif aliran ini adalah
untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu
teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Setelah
tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan
kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pakej yang ditawarkan:
- Automotif
- Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara
- Amalan Bengkel Mesin
- Kimpalan
- Elektrik & Elektronik
- Binaan Bangunan
- Pengurusan Teknologi Pejabat
- Pengurusan Perniagaan
- Fesyen
- Katering
- Seni Kecantikan
- Perkhidmatan & Perkembangan Kanak-Kanak
- Bakeri
- Pelancongan
- Hortikultur Hiasan & Landskap
- Teknologi Tanaman
- Agroindustri Tanaman
- Agroindustri Ternakan
- Pengaturcaraan Komputer
Penerangan Bidang
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan
dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau
membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga,
murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih
tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran
swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa.
Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid.
Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Program yang ditawarkan:
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa.
Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid.
Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Program yang ditawarkan:
- Pemesin Am
- Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
- Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
- Juruteknik Automotif
- Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Domestik)
- Furniture Maker
- Jurubina Bangunan
- Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
- Jurukerja Paip
- Pelukis Muda Pelan Senibina Bangunan
- Timber Processing and Finishing
- Juruteknik Elektrik Rendah
- Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan
- Pembantu Penyedia Makanan
- Pembuat Pakaian Wanita
- Pendandan Rambut Muda
- Jurukecantikan
- Juruteknik Rendah Akuakultur
- Pekerja Ladang Pertanian
- Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Penerangan Bidang
Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal.
Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.
Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal.
Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.
Pakej yang ditawarkan:
- Teknologi Automotif
- Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Pemesinan Industri
- Teknologi Kimpalan
- Teknologi Pembinaan
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Fesyen & Pembuat Pakaian
- Seni Kulinari
- Kosmetologi
- Hortikultur Hiasan
- Landskap
- Mekanisasi Agro
- Agroindustri Tanaman
- Agroindustri Ternakan Ruminan
- Agroindustri Ternakan Poltri
1. Kolej Vokasional
a. Tahun 1 – 3 - Sijil Vokasional Malaysia
b. Tahun 4 - Diploma Kolej Vokasional
2. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan program pendidikan teknikal peringkat Sijil Pelaran Malaysia (SPM).
3. Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan program pendidikan vokasional dan kemahiran.
a. Pendidikan Vokasional - Sijil Pelajaran Malaysia
b. Kemahiran - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan SPM.
CARA MEMOHON KE KOLEJ VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013.
Cara Memohon.
1. Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara
a. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my ATAU
b. Datang sendiri ke SMV atau SMT atau KV (walk-in)
c. Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu sekolah/kolej dan dua kursus sahaja.
Semakan Permohonan KV SMT SMV
a. Semakan
permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan
menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
b. Sila semak Laman web www.moe.gov.my untuk mengetahui tarikh permohonan ke KV, SMT dan SMV dibuka.
2. Kemudahan Asrama
a. Kemudahan asrama disediakan di semua SMV dan SMT kecuali SMV Kuching, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
3. Keputusan Permohonan
a. Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.Sila buat semakan dari semasa ke semasa di website www.moe.gov.my
4. Syarat Memohon.(Berdasarkan syarat permohonan tahun 2011)
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. PemohonPemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012. (tahun PMR semasa).
2. Kesihatan
a. Sihat tubuh badan.
b. Bebas daripada masalah penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.
c. Pemohon Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik dalam bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
5. Syarat Khusus.
1. Kolej Vokasional
a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian baik.
2. Bidang Teknikal
a. Peperiksaan PMR - Minimun B semua 8 mata pelajaran.
3. Bidang Vokasional
a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian sederhana.
4. Bidang Kemahiran
a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian rendah.
Rayuan Kemasukan
Bagi
permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus
melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah
Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.
INFO TAMBAHAN: SOALAN YANG SERING DITANYA:
1) Siapakah yang dipelawa untuk memohon ke SM Teknik & Vokasional?
Pelajar-pelajar yang
menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah dipelawa untuk memohon
ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.
2) Apakah aliran yang ditawarkan di SM Teknik & Vokasional?
Kementerian Pelajaran
Malaysia menyediakan tiga aliran Sekolah Menengah Teknik iatu Aliran
Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran. Manakala Sekolah
Menengah Vokasional terdapat dua aliran iatu Aliran Vokasional dan
Aliran Kemahiran.
3) Siapakah yang layak ke aliran teknikal dan apakah kursus yang ada di dalam aliran ini?
Aliran teknikal dikhususkan
kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR.
Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga
profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian,
perdagangan, ekonomi rumahtangga).
Aliran teknikal menyediakan 7
kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Elektrik, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, ERT Pengajian Pakaian dan
Pertanian.Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran
teras pada peringkat SPM di samping mata pelajaran elektif teknikal dan
sains.
4) Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran sekiranya memilih aliran teknikal?
Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
5) Siapakah yang layak ke aliran vokasional dan apakah kursus yang ada di dalam aliran ini?
Aliran vokasional memberikan
peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam
akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan
pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori
dan praktikal yang seimbang.
Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran vokasional menyediakan
18 kursus iaitu Pengaturcaran Komputer, Automotif, Elektrik &
Elektronik, Fesyen, Katering, Pelancongan, Pengurusan Teknologi Pejabat,
Pengurusan Perniagaan, Penyejukan & Penyamanan Udara, Amalan
Bengkel Mesin, Kimpalan, Binaan Bangunan, Seni Kecantikan, Perkhidmatan
& Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Hortikultur Hiasan &
Lanskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang.
Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras
yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional.
6) Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran sekiranya memilih aliran vokasional?
Setelah tamat pengajian,
pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam
dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
7) Siapakah yang layak ke aliran kemahiran dan apakah kursus yang ada di dalam aliran ini?
Pelajar aliran kemahiran
dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan
sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi
kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang
tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan
dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh
industri.
Pelajar akan dilatih
menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka
perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar
boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di
Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Aliran kemahiran menyediakan
19 kursus dalam 5 bidang yang berbeza iaitu Mekanikal [Pemesin Am,
Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Pelukis Pelan Mekanikal, Mekanik
Kenderaan Motor dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik],
Awam [Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan
Kayu, Jurukerja Paip dan Pelukis Pelan Senibina], Elektrik [Juruteknik
Elektrik Rendah, Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan dan
Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video], ERT [Pembantu Penyedia
Makanan, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut Muda dan
Jurukecantikan], Pertanian [Juruteknik Rendah Akuakultur dan Pekerja
Ladang Pertanian].
8) Apakah peluang yang ada sekiranya memilih aliran kemahiran?
Mulai tahun 2010, BPTV
memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka
berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan
pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari dan 2 hari di
tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat
kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama
industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat
pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Maklumat lanjut sila hubungi:
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan
menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN BOLEH DIRUJUK KEPADA
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya 03-88845154
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya 03-88845154
e-mel: info@bptv.edu.my
Artikel ini telah dipublish pada 14/9/2012 pada 2.30 pm.
Artikel ini telah dipublish pada 14/9/2012 pada 2.30 pm.
19 Comments:
macammana nak memohon untuk ikuti kursus kolej vok. Di institut pendidikan swastaiaitu kursus di MATA........anak saya amat berminat
jika seseorang itu ingin momohon sekolah menengah vokasional , berapakan percapaian PMR beliau yang perlu beliau ada untuk memasuki sekolah itu ?
jika seseorang itu ingin memohon memasuki sekolah menengah vokasional , berapakah nilai percapaian PMR yang perlu beliau ada untuk memasuki sekolah itu ?
boleh kah calon yg mempunyai b ddlm kptsan pmr memohon utk ke smt ??harap soaln sy nie akn djwb segera .....!
saya ingin memohon ke smt namun sy mdpat keputsan 6a2b ..adkah sya dpt dtrima di sana ??sya berharap ptyaan sya ini dpt dijwb dgn segera ...trima kasih...
maisarah bergantung kpd kursus yang dipohon. sekurang2nya C atau D.
Jika 6A2B insyaAllah layak tetapi bergantung kepada kekosongan tempat di sekolah yg anda pohon
saya tidak tahu puan, puan boleh rujuk ke website kem pelajaran malaysia utk informasi kolej vokasional MATA.
bagaimana pula jika kita mengambil aliran kolej vokasional iaitu teknologi pembinaan,,, ada x subjek tambahan yg perlu diambil seperti add math dan lain2 ????
_harap anda dapat membantu_
ada x subjek tambahan seperti add math atau lain2,jika kita menggambil aliran kolej vokasional iaitu teknologi pembinaan....
_harap dpt membantu_
anon jan 12
maaf saya tidak tahu dgn jelas
sila hubungi kolej vokasional berkenaan
Kebanyakan manusia terlena sehingga lupaBahwa maut ‘kan datang menjelang
Salam pada tahun in sy akan menjawab pmr sy in x lah pandai sangat untk dapat A kalau keputsan pmr sy ade B,C&D boleh ke sy msk sekolah in
boleh ke memohon ke kolej vokasional lagi walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..
boleh ke memohon ke KV walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..
boleh ke memohon ke KV walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..
boleh ke memohon ke KV walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..
Salam ,ingin bertnya....PMR tahun 2008 layak memohon atau tidak....
Dengan keputusan 3B5C ..sekolah manakah yang layak saya dapat..boleh kah saya mendapat sklh SMT ..tolong balas segera ..
Post a Comment