Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Cara Memohon Sekolah Menengah Vokasional, Teknik dan Kolej Vokasional

Cara Memohon Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik
 dan Kolej Vokasional 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat anak-anak pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Khususnya yang pernah di bawah seliaan saya...

Para pelajar Tingkatan 3 sekarang yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2012, diharapkan dan didoakan anda telah bersedia menempuhi peperiksaan yang amat penting dalam hidup anda. 

Kenapa saya katakan PMR penting? Sudah pasti ia penting, kerana dengan keputusan peperiksaan PMR nanti itulah, yang bakal menentukan anda layak mengambil aliran apa dan mata pelajaran apa. 

PMR sebenarnya berkait rapat dengan pemilihan mata pelajaran yang bersesuaian dengan cita-cita anda. Oleh itu pastikan keputusan peperiksaan anda nanti menepati piawaian keperluan kerjaya impian anda selepas tamat alam persekolahan.

Berkaitan hala tuju kerjaya selepas PMR, saya pernah tuliskan di blog ini, sebelum ini.

Antara bidang kerjaya yang banyak ditanyakan kepada saya dalam sesi bimbingan kaunseling samada secara individu dan berkelompok ialah pertanyaan pelajar berkaitan kerjaya vokasional dan teknikal.

Biasanya bidang ini  ingin diceburi oleh pelajar lelaki. Kecenderungan kerjaya mereka menunjukkan minat kerjaya dalam bidang kerjaya teknikal dan vokasional. 

Bagi pelajar Muslim, sebaiknya, mohonlah petunjuk Allah, apakah yang terbaik untuk anda. Ianya dengan mendirikan Solat Hajat dan Solat Istikharah apabila anda hendak membuat sesuatu keputusan hatta dalam pemilihan bidang atau aliran yang patut anda ambil selepas PMR.

Setelah membuat langkah yang sebaiknya, dan anda telah bulat hati, buatlah keputusan dengan bijaksana. Anda berhak membuat pilihan demi masa hadapan anda, namun sebaiknya biarlah di bawah petunjuk Ilahi.

Pengalaman sesi berkaitan kerjaya itu selalunya saya tuliskan di sebuah wordpress self hosting saya sejak 2009 lalu. Namun nampaknya, data-data dalam blog berkenaan telah 'hilang' dari syarikat server hosting setelah syarikat hosting berkenaan diserang hackers.

Bagaimanapun ada sedikit data berkaitan sekolah teknik dan vokasional yang dapat saya selamatkan, cuba saya pindahkan di blogspot ini.

Pada kali ini saya publishkan artikel berkaitan Sekolah Menengah Vokasional dan Kolej Vokasional  secara umum.

Permohonan memasuki Tingkatan 4  ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) biasanya dibuka pada pertengahan November. 

Update pada 24/9/2012;

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 dibuka mulai 24 September 2012. Sila klik di sini.

Memetik kata-kata Guru Kaunselor UBK SMK Kajang Utama;

"SESIAPA YANG PENCAPAIAN BAIK NAMUN SANGAT BERMINAT ALIRAN TEKNIKAL BOLEH LANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT KIRA MACAM DIPLOMA DI KOLEJ VOKASIONAL. SISTEM PEMBELAJARAN JUGA DIKATAKAN BERLAINAN. 

NAMUN KALAU RASA NAK SAMBUNG BELAJAR KE LUAR NEGARA MACAM KE JEPUN DALAM ALIRAN TEKNIKAL INI, KENALAH AMBIL SPM DI SM TEKNIK. KALAU RESULT CEMERLANG BOLEH DAPAT TAJAAN JPA DLL. LEPAS DAPAT RESULT PMR NANTI BOLEH PILIH KURSUS YANG PALING SESUAI. MINTA PENDAPAT CIKGU2. OK JOM KITA BUAT HOMEWORK SKET TENTANG PEMILIHAN KURSUS NI.."

Sumber: Blog UBK  SMK Kajang Utama, di sini.


Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 dibuka mulai 24 September 2012. 

Info Kemasukan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. 

Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.


Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. 

Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

 
Pengenalan.

1. Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional sedang melakukan proses transformasi, sejajar dengan agenda transformasi Negara.

2. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan sebahagian Sekolah Menengah Teknik(SMT) akan dinaik taraf secara berperingkat menjadi Kolej Vokasional (KV) manakala sepuluh Sekolah Menengah Teknik akan kekal menawarkan kursus teknikal.

3. Bermula pada tahun 2012, sebanyak 15 buah SMV akan menjadi rintis dan semua SMV akan menjadi KV pada tahun 2013.

4. Tempoh pengajian di KV ialah selama empat tahun (8 semester) manakala pengajian di SMV dan SMT ialah dua tahun.

5. Pelajar lepasan KV berpeluang menceburi alam pekerjaan bersesuaian dengan bidang yang dipelajari atau melanjutkan pelajaran ke Institutit Pendidikan Tinggi Vokasional. 

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional
Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR

Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). 

Setelah tamat pengajian di Sekolah Menengah Teknik (SMT), pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Penerangan Bidang

Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). 

Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. 

Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.  

Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

 Pakej yang ditawarkan:
  1. Automotif
  2. Penyejukanbekuan & Penyamanan Udara
  3. Amalan Bengkel Mesin
  4. Kimpalan
  5. Elektrik & Elektronik
  6. Binaan Bangunan
  7. Pengurusan Teknologi Pejabat
  8. Pengurusan Perniagaan
  9. Fesyen
  10. Katering
  11. Seni Kecantikan
  12. Perkhidmatan & Perkembangan Kanak-Kanak
  13. Bakeri
  14. Pelancongan
  15. Hortikultur Hiasan & Landskap
  16. Teknologi Tanaman
  17. Agroindustri Tanaman
  18. Agroindustri Ternakan 
  19. Pengaturcaraan Komputer
Aliran Kemahiran

Penerangan Bidang

Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. 

Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. 

Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. 

Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Program yang ditawarkan:
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara  (Domestik)
  6. Furniture Maker
  7. Jurubina Bangunan
  8. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  9. Jurukerja Paip
  10. Pelukis Muda Pelan Senibina Bangunan
  11. Timber Processing and Finishing
  12. Juruteknik Elektrik Rendah
  13. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan
  14. Pembantu Penyedia Makanan
  15. Pembuat Pakaian Wanita
  16. Pendandan Rambut Muda
  17. Jurukecantikan
  18. Juruteknik Rendah Akuakultur
  19. Pekerja Ladang Pertanian
  20. Operator Pengeluaran Pemprosesan Makanan
Kolej Vokasional


Penerangan Bidang

Bidang Kolej Vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana yang berminat kepada pembelajaran bercorak vokasional. Kandungan bidang Kolej Vokasional mempunyai 30% teori dan 70% praktikal. 

Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. 

Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS dan institut latihan kemahiran awam dan swasta atau terus ke alam pekerjaan.

Pakej yang ditawarkan:
  1. Teknologi Automotif
  2. Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  3. Pemesinan Industri
  4. Teknologi Kimpalan
  5. Teknologi Pembinaan
  6. Teknologi Elektrik
  7. Teknologi Elektronik
  8. Fesyen & Pembuat Pakaian
  9. Seni Kulinari
  10. Kosmetologi
  11. Hortikultur Hiasan
  12. Landskap
  13. Mekanisasi Agro
  14. Agroindustri Tanaman
  15. Agroindustri Ternakan Ruminan
  16. Agroindustri Ternakan Poltri
Pensijilan.

1. Kolej Vokasional

a. Tahun 1 – 3 - Sijil Vokasional Malaysia

b. Tahun 4 - Diploma Kolej Vokasional

2. Sekolah Menengah Teknik (SMT) menawarkan program pendidikan teknikal peringkat Sijil Pelaran Malaysia (SPM).

3. Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan program pendidikan vokasional dan kemahiran.

a. Pendidikan Vokasional - Sijil Pelajaran Malaysia

b. Kemahiran - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan SPM.

CARA MEMOHON KE KOLEJ VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL | SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013.

Cara Memohon.

1. Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara

a. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my ATAU

b. Datang sendiri ke SMV atau SMT atau KV (walk-in) 

c. Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu sekolah/kolej dan dua kursus sahaja.

Semakan Permohonan KV SMT SMV



a. Semakan permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.

b. Sila semak Laman web www.moe.gov.my untuk mengetahui tarikh permohonan ke KV, SMT dan SMV  dibuka.

2. Kemudahan Asrama

a. Kemudahan asrama disediakan di semua SMV dan SMT kecuali SMV Kuching, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

3. Keputusan Permohonan

a. Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.Sila buat semakan dari semasa ke semasa di website www.moe.gov.my


4. Syarat Memohon.(Berdasarkan syarat permohonan tahun 2011)

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. PemohonPemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012. (tahun PMR semasa). 

2. Kesihatan

a. Sihat tubuh badan.

b. Bebas daripada masalah penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja kursus dan amali.

c. Pemohon Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik dalam bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA


5. Syarat Khusus.

1. Kolej Vokasional

a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian baik.


2. Bidang Teknikal

a. Peperiksaan PMR - Minimun B semua 8 mata pelajaran.


3. Bidang Vokasional

a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian sederhana.

4. Bidang Kemahiran

a. Peperiksaan Percubaan PMR - Pencapaian rendah. 

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.

INFO TAMBAHAN: SOALAN YANG SERING DITANYA:

1) Siapakah yang dipelawa untuk memohon ke SM Teknik & Vokasional? 
Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

2) Apakah aliran yang ditawarkan di SM Teknik & Vokasional? 
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan tiga aliran Sekolah Menengah Teknik iatu Aliran Teknikal, Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran. Manakala Sekolah Menengah Vokasional terdapat dua aliran iatu Aliran Vokasional dan Aliran Kemahiran.

3) Siapakah yang layak ke aliran teknikal dan apakah kursus yang ada di dalam aliran ini? 
Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan, ekonomi rumahtangga).
Aliran teknikal menyediakan 7 kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, ERT Pengajian Pakaian dan Pertanian.Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran teras pada peringkat SPM di samping mata pelajaran elektif teknikal dan sains.

4) Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran sekiranya memilih aliran teknikal?

Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

5) Siapakah yang layak ke aliran vokasional dan apakah kursus yang ada di dalam aliran ini? 
Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang.

Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Aliran vokasional menyediakan 18 kursus iaitu Pengaturcaran Komputer, Automotif, Elektrik & Elektronik, Fesyen, Katering, Pelancongan, Pengurusan Teknologi Pejabat, Pengurusan Perniagaan, Penyejukan & Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Binaan Bangunan, Seni Kecantikan, Perkhidmatan & Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Hortikultur Hiasan & Lanskap, Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang. Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional.

6) Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran sekiranya memilih aliran vokasional?
Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

7) Siapakah yang layak ke aliran kemahiran dan apakah kursus yang ada di dalam aliran ini? 
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Aliran kemahiran menyediakan 19 kursus dalam 5 bidang yang berbeza iaitu Mekanikal [Pemesin Am, Jurukimpal Arka Logam Berperisai, Pelukis Pelan Mekanikal, Mekanik Kenderaan Motor dan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – Domestik], Awam [Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Jurukerja Paip dan Pelukis Pelan Senibina], Elektrik [Juruteknik Elektrik Rendah, Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan dan Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video], ERT [Pembantu Penyedia Makanan, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut Muda dan Jurukecantikan], Pertanian [Juruteknik Rendah Akuakultur dan Pekerja Ladang Pertanian].

8) Apakah peluang yang ada sekiranya memilih aliran kemahiran?
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN BOLEH DIRUJUK KEPADA 

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03-88845154

e-mel:  info@bptv.edu.my 

Artikel ini telah dipublish pada 14/9/2012 pada 2.30 pm. 

19 Comments:

Anonymous said...

macammana nak memohon untuk ikuti kursus kolej vok. Di institut pendidikan swastaiaitu kursus di MATA........anak saya amat berminat

Unknown said...

jika seseorang itu ingin momohon sekolah menengah vokasional , berapakan percapaian PMR beliau yang perlu beliau ada untuk memasuki sekolah itu ?

Unknown said...

jika seseorang itu ingin memohon memasuki sekolah menengah vokasional , berapakah nilai percapaian PMR yang perlu beliau ada untuk memasuki sekolah itu ?

Anonymous said...

boleh kah calon yg mempunyai b ddlm kptsan pmr memohon utk ke smt ??harap soaln sy nie akn djwb segera .....!

Anonymous said...

saya ingin memohon ke smt namun sy mdpat keputsan 6a2b ..adkah sya dpt dtrima di sana ??sya berharap ptyaan sya ini dpt dijwb dgn segera ...trima kasih...

Puan Ummi said...

maisarah bergantung kpd kursus yang dipohon. sekurang2nya C atau D.

Puan Ummi said...

Jika 6A2B insyaAllah layak tetapi bergantung kepada kekosongan tempat di sekolah yg anda pohon

Puan Ummi said...

saya tidak tahu puan, puan boleh rujuk ke website kem pelajaran malaysia utk informasi kolej vokasional MATA.

Anonymous said...

bagaimana pula jika kita mengambil aliran kolej vokasional iaitu teknologi pembinaan,,, ada x subjek tambahan yg perlu diambil seperti add math dan lain2 ????
_harap anda dapat membantu_

Anonymous said...

ada x subjek tambahan seperti add math atau lain2,jika kita menggambil aliran kolej vokasional iaitu teknologi pembinaan....
_harap dpt membantu_

Puan Ummi said...

anon jan 12
maaf saya tidak tahu dgn jelas
sila hubungi kolej vokasional berkenaan

Unknown said...

Kebanyakan manusia terlena sehingga lupaBahwa maut ‘kan datang menjelang

Unknown said...

Salam pada tahun in sy akan menjawab pmr sy in x lah pandai sangat untk dapat A kalau keputsan pmr sy ade B,C&D boleh ke sy msk sekolah in

Unknown said...

boleh ke memohon ke kolej vokasional lagi walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..

Unknown said...

boleh ke memohon ke KV walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..

Unknown said...

boleh ke memohon ke KV walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..

Unknown said...

boleh ke memohon ke KV walaupun tarikh permohonan tersebut da tamat ..

Anonymous said...

Salam ,ingin bertnya....PMR tahun 2008 layak memohon atau tidak....

please said...

Dengan keputusan 3B5C ..sekolah manakah yang layak saya dapat..boleh kah saya mendapat sklh SMT ..tolong balas segera ..

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .