SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT OLEH YPJ
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT
YAYASAN
PELAJARAN JOHOR (YPJ) MENYEDIAKAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI UNTUK AHLI KETUA ISI RUMAH KELUARGA MISKIN DAN MISKIN
TEGAR YANG BERDAFTAR DI E-KASIH.
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT Oleh
YAYASAN PELAJARAN JOHOR
YPJ
menyediakan bantuan pendaftaran ke IPT kepada pelajar-pelajar negeri Johor yang telah mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Ditawarkan kepada pelajar yang mula mendaftar di tahun pertama sahaja. Terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA sahaja. Kursus hendaklah diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
Syarat-syarat dan Borang Permohonan skim bantuan ini, sila muat turun maklumat berikut:-
- Syarat-syarat Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT
- Borang Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT
- Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga
Sila Hubungi:
Yayasan Pelajaran Johor
|
Latar Belakang
Kerajaan
negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui
Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan
pinjaman/biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan
melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam
dan di luar negeri. Usaha mewujudkan Yayasan Pelajaran Johor dengan objektif
tersebut pada ketika ini dirasakan amat perlu memandangkan jumlah
penuntut-penuntut negeri Johor yang berkeupayaan sedemikian kian bertambah
hingga memerlukan dibentuk sebuah badan khusus untuk mengelolakan bantuan
berupa pinjaman dan biasiswa bagi mereka.
Pembiayaan
bantuan yang berupa pinjaman dan biasiswa bagi penuntut negeri Johor mempunyai
sejarah yang panjang. Pada tahun 50an dan 60an dimana jumlah penuntut yang
melanjutkan pendidikan di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi adalah kecil,
kerajaan negeri meletakkan tanggungjawab mengelolakan pinjaman/biasiswa di
bawah pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Antara biasiswa-biasiswa
kerajaan yang pernah dikeluarkan pada waktu itu ialah Biasiswa Sultan Ibrahim,
Biasiswa Kenangan Dato' Onn, Biasiswa Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.
Apabila
jumlah penuntut berlipat kali ganda, Yayasan Pelajaran Johor telah diwujudkan
melalui Enakmen No 8 Tahun 1982. Urusan pengeluaran pinjaman/biasiswa masih
dikekalkan dibawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Hampir kesemua
pembiayaan bantuan tersebut diperolehi melalui hasil konsesi balak dan pinjaman
kerajaan negeri. Hanyalah pada tahun 1986 Yayasan Pelajaran Johor digerakkan
sebagai satu entiti dan dilepaskan daripada pentadbiran pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Johor. Awal kegiatan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang
dinyatakan, tertumpu kepada perolehan daripada konsesi balak disamping
perolehan-perolehan kecil daripada kegiatan ekonomi yang lain.
Bermula
daripada kegiatan ekonomi yang sederhana, Yayasan Pelajaran Johor telah berjaya
menggerakkan beraneka jenis projek-projek ekonomi yang lebih besar. Diantaranya
adalah termasuk hotel-hotel, pusat-pusat pelancongan, rancangan perumahan,
ladang-ladang dan pelaburan saham. Hasil pelaburan Yayasan Pelajaran Johor yang
sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun dalam tahun 1983 kini telah meningkat
kepada lebih RM25 juta untuk tahun 1993 dan Yayasan Pelajaran Johor dijangka
berupaya memperolehi lebih daripada RM35 juta pada tahun 1994.
Namun
demikian, kegiatan-kegiatan ekonomi Yayasan Pelajaran Johor tidak dapat
digerakkan dengan lancar memandangkan bagi sebuah agensi kerajaan, kegiatan-kegiatannya
serta peranan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya masih tertakluk kuat
kepada berbagai-bagai aturan dan peraturan kerajaan maka dengan itu Lembaga
Yayasan Pelajaran Johor telah bermesyurat bertarikh 26hb Mei 1992 untuk
mengambil keputusan dalam mengkaji semula kegiatan Yayasan Pelajaran Johor agar
dapat mencari jalan supaya ianya dapat beroperasi sebagai sebuah badan
komersil.
Objektif YPJ:
- Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri
- Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.
- Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi diserata dunia.
Fungsi YPJ:
- Mengurus pemberian biasiswa, pinjaman dan bantuan pelajaran kepada rakyat Negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di negeri ini melanjutkan pelajaran dari peringkat sekolah menegah hingga ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara;
- Menguruskan kutipan bayaran balik pinjaman daripada pelajar YPJ yang telah tamat pengajian;
- Mengadakan kemudahan bagi rakyat negeri Johor mengikut kursus atau latihan kemahiran untuk meningkatkan peluang kerjaya, perniagaan dan kemahiran.
Misi YPJ
Misi Yayasan Pelajaran Johor adalah untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam urusan Pemberian Pinjaman dan Biasiswa, Bayaran Balik Pinjaman dan Program Kecemerlangan Pelajaran.
Visi YPJ
Yayasan Pelajaran Johor berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam Pemberian Pinjaman dan Biasiswa, Bayaran Balik Pinjaman dan Program Kecemerlangan Pelajaran serta berazam untuk melahirkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Yayasan Pelajaran Johor ialah
sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan negeri Johor melalui Enakmen
No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam bidang pelajaran dan
pendidikan bagi pembangunan sosial.
Tujuan penubuhan Yayasan Pelajaran Johor
sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen No. 8, tahun 1982
adalah seperti berikut:
i. Untuk dengan aktifnya menaja membaikkan
peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia
amnya.
ii. Untuk memberi atau menguruskan pemberian
oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan kewangan atau pelajaran
kepada rakyat.
iii. Untuk meluaskan peluang bidang pelajaran
bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.
Dasar Ekonomi Baru
merupakan satu program pembangunan yang menyeluruh. Dasar Ekonomi baru muncul
sebagai satu penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang mempunyai punca
dan implikasi ekonomi. Dengan kesedaran bahawa pelajaran dan kemahiran adalah
kunci kepada kemajuan masyarakat, strategi-strategi Dasar Ekonomi Baru
dipertingkatkan bagi memberi penekanan ke atas bidang pendidikan dan pelajaran.
2 Comments:
kalau saya lahir di negeri johor, tapi menetap di selangor, adakah saya layak untuk memohon?
terima kasih
Saya lahir di johor, tetapi menetap di selangor. Jadi, adakah saya layak untuk memohon?
Post a Comment