UPU 2020
Bermula tahun hadapan, semua permohonan sama ada ke universiti awam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru dan ILKA akan disatukan dalam satu portal. Iaitu UPU.
Permohonan ini akan diselaraskan di bawah 'single window single offer'.
Apa itu 'single window single offer'?
Baik. Pelajar-pelajar dan ibu bapa, cuba hadam yang ingin kongsikan.
Kalau tahun sebelum ini, permohonan ke Asasi UA, Diploma UA, ILKA, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi adalah melalui portal yang berbeza. Tetapi, bila telah diselaraskan, maka semua permohonan itu menjadi satu.
Maksudnya, jika berjaya, pelajar hanya akan ditawarkan satu tawaran sahaja mengikut keutamaan. Kalau sebelum ini Pelajar boleh menerima tawaran daripada Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru mahu pun Universiti Awam serentak, tetapi bermula tahun hadapan tidak lagi.
Jadi para pelajar perlu memilih berdasarkan apa yang kalian minat. Tambahan pula, bermula tahun hadapan juga, pelajar akan ditawarkan kursus yang mereka layak sahaja. Ini bermakna, bidang pengajian yang layak dipohon di UPU nanti adalah berdasarkan keputusan yang kalian terima.
Namun, layak memohon belum tentu dapat. Kerana permohonan masih berteraskan sistem meritokrasi.
Nak tak nak, dia akan kembali semula kepada pelajar cemerlang akan diberi peluang terlebih dahulu.
Dari satu segi, nampak bagus juga. Sebab dapat membantu pelajar daripada pening kepala nak pilih yang mana.
Tapi dari satu segi lain, pelajar akan pening kepala lebih awal sebab nak pastikan permohonan yang dibuat adalah pilihan terbaik.
Nak tahu lebih lanjut, jumpa guru bimbingan dan kaunseling sekolah
# Untuk makluman pelajar semua, berdasarkan kenyataan media di atas, pelajar boleh menyemak data di sistem UPUOnline bermula 21 Okt 2019 tanpa membeli no pin.
Pelajar boleh membeli no pin di BSN pada minggu ke 4 Feb 2020 iaitu sebelum keputusan SPM dikeluarkan.
Pelajar hanya boleh memilih program hanya selepas 5 hari keputusan peperiksan diumumkan.
Pelajar hanya akan dapat memilih program yang layak berdasarkan keputusan SPM mereka. Permohonan akan ditutup pada minggu terakhir bulan Mac.
Keputusan akan diumumkan pada minggu ke 3 bulan Mei 2020.
Bedasarkan dasar single window single offer ini pelajar hanya akan menerima SATU tawaran sahaja sama ada daripada Matrikulasi/ IPG/ Asasi UA/ Diploma UA/ ILKA bagi Lepasan SPM.
Mohon dipanjangkan kepada guru bimbingan dan kaunseling dan pelajar berkenaan.
Maklumat daripada pegawai Bahagian Kemasukan Pelajar, JPT.
🌷Info Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau, 2019.🌷
Jemput layari http://cgkaunseling.blogspot.com/?m=0
#upu2020
#upu
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment