Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Solat Sunat Istikarah Meneladani Rasulullah





Solat Sunat Istikarah Meneladani Rasulullah 

Artikel pertama di bawah adalah huraian ringkas berkaitan Solat Sunat Istikharah

Solat Sunnat Istikharah

Hidup terlalu banyak pilihan sehingga kadangkala kita buntu untuk membuat keputusan. Tidak tahu pilihan yang mana lebih baik untuk kita. Kita rasa semua pilihan yang ada adalah terbaik. Baik pada pandangan kita belum tentu baik pada pandangan Allah.

Solat sunat Istikharah ini bukan sahaja perlu dilakukan ketika membuat pilihan jodoh, namun ia juga boleh dilakukan ketika membuat pilihan untuk memilih aliran apa selepas PMR Atau selepas UPSR, misalnya samada nak ke sekolah agama, atau sekolah harian, atau ke Sekolah Berasrama Penuh atau ke MRSM dan sebahainya. 
 
Begitu  juga ketika memilih sesuatu pekerjaan selepas peperiksaan SPM atau STPM atau STAM, misalnya samada lebih baik membantu ibu bapa di rumah atau keluar bekerja sementara keputusan peperiksaan keluar.
Penyelesaian terbaik di kala kebuntuan sebenarnya adalah menunaikan solat sunat Istikharah. Insya'Allah, Allah akan menggerakkan hati kita untuk membuat sesuatu keputusan dengan benar sebenar-benarnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Solat Sunnat Istikharah ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan Solat Sunnat Istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah Solat Sunnat Istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. 

Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan (BERSANGKA BAIK) kepada Allah.

WAKTU SESUAI MELAKSANAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Sunnat Istikharah ni Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam pada saat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.  

 Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi).

Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah. 

Di sini saya catatkan cara Solat istikarah yang paling mudah, yang biasa saya lakukan sebagaimana yang telah ustaz ustazah saya ajarkan sewaktu di alam persekolahan dulu. Jika ada khilaf, saya mohon maaf. 

Bagaimanapun mengikut adab untuk bagi individu yang biasa bangun malam bertahajud,

Selepas bangun malam, turutan mengikut sunnahnya adalah;

1. Solat Tahajjud
2. Solat Hajat
3. Solat Istikharah
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat Tahajjud sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”
 (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Iaitu hendaklah diutamakan solat sunat Tahajjud dahulu dan solat-solat sunat lain boleh dikemudiankan yang mana ianya diakhiri dengan solat witir.


Cara Melaksanakan Shalat  Istikharah

Cara menunaikan Solat Sunat Istikharah


Rakaat Pertama

1.  Niat Solat Sunat Istikharah. 

Lafaz niat:-

أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


2.     Takbiratul Ihram. Di dalam hati semasa takbiratul ihram itu, niatlah dalam bahasa Melayu;
                      
                              Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala


3.    Membaca surah al-Fatihah.


4.    Membaca Surah. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah membaca surah Al-Kafirun 1 kali atau
bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).    
 
Surah Al Kafirun
 

5. Rukuk 
 
6.  Iktidal 
 
7.   Sujud 
 
8.  Duduk antara dua sujud.
 
9.  Sujud kali kedua .
 
10.  Bangun untuk rakaat kedua 

Rakaat Kedua

1.  Membaca surah al-Fatihah
 
2.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah membaca Surah Al-Ikhlas 1 kali atau  membaca Surah Al-Ikhlas (11 kali).
 
3. Rukuk 
 
4.  Iktidal 
 
5.  Sujud 
 
6.  Duduk antara dua sujud. 
 
7.  Sujud kali kedua.
     Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali: 

 

8.  Duduk tahiyyat akhir.

9.  Memberi salam ke kanan dan ke kiri 

10.   Membaca doa selepas Solat Sunat Istikharah


Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Misalnya: “Ya Allah, jika hal ini…..(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik. Sebutkan hal apa, misalnya lebih baik ambil aliran agama atau aliran sains, atau jodoh dengan si A Atau dengan si B)”.

 
Doa selepas Solat Sunat Istikharah :
 
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
 

Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
 
 


" Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku, dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)
 
selepas solat, serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
 
Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
 
 
 
Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptaNya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.



Artikel kedua di bawah adalah huraian penuh berkaitan
 Hadith-hadith Rasululluah SAW tentang Solat istikharah

Solat Sunat Istikarah Meneladani Rasulullah 


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan mereka, dan supaya mereka memohon kebaikan didalamnya. 

Yaitu, dengan mengajarkan kepada mereka shalat istikharah sebagai pengganti bagi apa yang biasa dilakukan pada masa jahiliyyah, berupa ramal-meramal, memohon kepada berhala dan melihat peruntungan.

Shalat ini adalah seperti yang disebutkan di dalam hadits berikut.

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, dia bercerita ; 


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengajarkan istikharah kepada kami dalam (segala) urusan, sebagaimana beliau mengajari kami surat dari Al-Qur’an. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua rakaat di luar shalat wajib, dan hendaklah dia mengucapkan :


 (‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasan-Mu, dan aku memohon karunia-Mu yang sangat agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak kuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedang aku tidak, dan Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (kemudian menyebutkan langsung urusan yang dimaksud) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan, dan akhir urusanku” –atau mengucapkan : “Baik dalam waktu dekat maupun yang akan datang-, maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku” –atau mengucapkan: “Baik dalam waktu dekat maupun yang akan datang-, maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang ridha dengan ketetapan tersebut), Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Hendaklah dia menyebutkan keperluannya” 
                                                                                              Hadith  Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1).

Dapat saya katakan, di dalam hadits tersebut terdapat beberapa manfaat yang dapat dipetik, yaitu:

Pertama : Di dalam hadits ini, shalat istikharah disyariatkan. (2)

Kedua : Di dalamnya juga terkandung pengertian bahawa shalat istikharah itu disyariatkan dalam segala urusan, baik urusan itu besar maupun kecil, penting maupun tidak

Imam Nawawi rahimahullah mengatakan :”Shalat istikharah itu disunnatkan dalam segala urusan, sebagaimana yang secara jelas disampaikan oleh nash hadits shahih ini’ (3)

Juga perlu saya katakan, bahawa mengerjakan semua kewajiban dan meninggalkan semua yang diharamkan serta menunaikan semua yang disunatkan dan meninggalkan yang makruh tidak perlu shalat istikharah.

Memang benar, shalat istikharah ini mencakup yang wajib dan yang sunnat yang harus dipilih serta hal-hal yang waktunya cukup luas. (4)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan :”Shalat istikharah ini mencakup urusan-urusan besar maupun kecil. Berapa banyak masalah kecil menjadi sumber masalah besar?” (5)

Ketiga : Di dalamnya juga terdapat pengertian bahawa shalat istikharah itu dua rakaat di luar shalat wajib.

Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan :”Yang tampak bahawa shalat istikharah ini dapat dikerjakan dengan dua rakaat shalat sunnat rawatib, tahiyatul masjid, dan shalat-shalat sunnat lainnya. (6)

Perlu saya katakan, maksudnya –wallahu a’lam- jika ada keinginan untuk melakukan suatu hal, maka hendaklah segera mengerjakan shalat istikharah ini. Dan menurut lahiriyah ungkapan Imam An-Nawawi rahimahullah, sama saja shalat itu diniati dengan niatkan istikharah maupun tidak. Dan itu juga yang tampak pada lahiriyah hadits.

Al-Iraqi mengemukakan : jika keinginan melakukan sesuai itu muncul sebelum mengerjakan shalat sunnat rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan shalat dengan tidak berniat untuk beristikharah, kemudian setelah shalat muncul keinginan untuk memanjatkan do’a istikharah, maka secara lahir, hal tersebut sudah mencukupi. (7)

Keempat : Di dalamnya disebutkan : “Istikharah itu tidak mampu dilakukan pada saat ragu-ragu, kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda.

“Jika salah seorang di antara kalian mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu. Dan, kerana semua do’a menunjukkan kepada hal tersebut”.

Dan jika seorang muslim merasa ragu dalam suatu hal, maka hendaklah dia memilih salah satu dari kedua hal tersebut dan memohon petunjuk dalam menentukan pilihan tersebut dan setelah istikharah, dia biarkan semua berjalan apa adanya. 


Jika baik, mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan padanya dan memberikan berkah kepadanya dalam hal tersebut. Dan jika tidak, mudah-mudahan Dia memalingkan dirinya dari hal tersebut serta memudahkan kepada yang lebih baik dengan seizin-Nya yang Mahasuci lagi Mahatinggi.

Kelima : Selain itu, di dalamnya juga terkandung pengertian, tidak ada penetapan bacaan surah atau beberapa ayat tertentu pada kedua rakaat tersebut setelah bacaan Al-Fatihah. ( 8)

Keenam : Di dalamnya juga terkandung pengertian bahawa pemilihan itu terlihat dengan dimudahkannya urusan itu dan diberikannya berkah padanya. Dan demikian, maka orang yang beristikharah itu jika tidakakan dipalingkan darinya dan diberikan kemudahan padanya untuk memperoleh kebaikan dimana pun kabaikan itu berada.

Ketujuh : Selain itu, jika seorang muslim mengerjakan shalat istikharah, maka akan terlihat apa yang dia inginkan, baik dadanya lapang atau tidak. (9)

Az-Zamlakani mengatakan :”Jika seseorang mengerjakan shalat istikharah dua rakaat untuk suatu hal, maka hendaklah setelah itu dia melakukan apa yang tampak olehnya, baik hatinya merasa senang maupun tidak, kerana padanya kebaikan itu berada sekalipun jiwanya tidak menyukainya”. Lebih lanjut, dia mengatakan, “Di dalam hadits tersebut tidak ada syarat adanya kesenangan diri’ (10)

Kelapan : Saat pemanjatan do’a istikarah itu berlangsung setelah salam. Yang demikian itu didasarkan pada sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua rakaat di luar shalat wajib, dan hendaklah dia mengucapkan ..”

Kerana lahiriyahnya do’a itu dipanjatkan setelah mengerjakan shalat dua rakaat, yaitu setelah salam. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berpendapat bahawa do’a istikharah itu dipanjatkan sebelum salam. (11)





KESIMPULAN

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang   mengundang bahaya.

2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.

3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.

4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.

5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.

7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.

8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.

10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.

11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.

12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.

14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.


Anda juga boleh merujuk kepada Tulisan Dr Zaharudin di   http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=103&Itemid=95 
 
Sumber: (Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i)


sumber: Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin

Kaunseling:Gadis dikawal imaginasi



Gadis dikawal imaginasi

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia .Semoga kita mendapat manfaatnya

 

Metro,22.3.2009
SOALAN

SAYA gadis berusia 18 tahun. Masalah saya ialah sikap saya yang gemar bersendirian dan berimaginasi. Ketika berumur enam tahun, ibu bapa kerap bergaduh di depan saya. Sejak itu saya gemar bercakap dan ketawa seorang diri jika fikiran saya terlintas perkara lucu.

Masalahnya, sikap suka berimaginasi itu berlarutan hingga usia saya remaja. Pergaduhan ibu bapa yang paling teruk pernah saya lihat ketika usia saya 11 tahun.

Ayah mengamuk tidak tentu pasal dan dia menuduh ibu sembunyikan buku banknya. Ibu menafikan, tetapi ayah tidak puas hati.

Akibatnya, ayah mengangkat dan menghentak meja solek sehingga cermin meja itu lekang dan terkena tangan saya.

Darah mengalir keluar dari luka itu, tetapi rasa sakit dan pedih lebih terasa dalam hati saya.

Apatah lagi apabila melihat ayah memaki hamun ibu, menolak dahi ibu dengan jari telunjuknya dan menghamburkan perkataan ‘bodoh’ berulang kali. Saya takut dan geram dengan sikap ayah yang suka memarahi ibu.

Kadangkala ayah minta duit daripada ibu. Pernah sekali saya lihat dia ambil duit dari beg duit ibu. Satu lagi tabiat ayah ialah suka berhutang. Ibu yang bayar hutang dia.

Duit gaji selalu ayah gunakan untuk berjudi. Ayah juga tidak menunaikan solat fardu dan tidak pernah puasa penuh pada Ramadan.

Dang Setia, saya teringin mempunyai ayah yang rajin sembahyang dan baik. Saya cemburu melihat rakan lain kerana ayah mereka baik. Tempat paling aman bagi saya ialah masjid, surau, perpustakaan atau sekolah.

Ketika di sekolah rendah, saya pengawas perpustakaan yang aktif. Saya rapat dengan guru. Di sekolah menengah, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti, terutama berpersatuan. Bagi saya, dengan cara itu masalah di rumah dapat dilupakan seketika.

Guru ibarat ibu bapa kedua saya. Saya menjadi kuat kerana semangat diberikan guru. Kerana gurulah, saya lebih berkeyakinan.

Namun apabila pulang ke rumah, hati saya kembali serabut. Ibu dan ayah selalu bertengkar. Ayah membuatkan ibu menangis. Air mata ibu membuatkan jiwa saya turut sedih.

Saya mula berimaginasi seperti ada satu filem atau cerita di dalam kotak fikiran, seolah-olah saya pengarah filem.

Watak yang muncul dalam imaginasi saya reka sendiri. Kadangkala muka jiran turut ada dalam imaginasi saya. Memang pelik, tetapi itulah yang saya alami.

Jika bersedih, saya mula berimaginasi kerana cara itu dapat menenangkan saya. Kini, dunia imaginasi semakin sebati dalam hidup saya. Apabila berimaginasi, diri saya tenang sebab tidak perlu memikirkan masalah keluarga.

Malah ketika di sekolah, saya berimaginasi lebih kerap hinggakan tidak dengar apa yang dibualkan rakan.

Mereka mengatakan saya pekak, padahal saya dengar cuma fikiran saya dipenuhi imaginasi. Fikiran saya seperti sebuah layar, imaginasi pula cerita.

Saya bukan kaki wayang atau suka menonton cerita, tetapi imaginasi saya tercipta sejak kecil. Cerita imaginasi saya mengikut perasaan saya.

Jika saya sedih, situasi imaginasi saya cerita gembira. Apabila takut, saya berimaginasi cerita seram. Saya lebih seronok apabila diri saya ada dalam dunia imaginasi berbanding dunia nyata.

Sewaktu di tingkatan lima, guru meminta saya mengendalikan pementasan drama. Tugasan saya mendapat pujian dan guru kata saya boleh menjadi pengarah filem. Dalam penulisan pula, karangan saya selalu mendapat markah yang baik dan guru berkata saya boleh menjadi pengarang buku.

Saya juga minat melukis, malah ada koleksi cerita kartun yang saya lukis sendiri. Watak animasi itu semuanya hasil imaginasi saya. Masalahnya, kawan mula menjauhkan diri sebab saya gemar ketawa, menangis, termenung dan tersenyum seorang diri.

Saya cuba membuangkan imaginasi ini tetapi setiap kali saya berusaha membuangnya jauh-jauh, saya tidak tentu arah sehingga tidak beri reaksi apabila orang bercakap dengan saya.

Ketika kanak-kanak, imaginasi tidak memberi masalah kepada saya, tetapi apabila dewasa keadaan sebaliknya hingga ada kawan ingat saya ini tidak betul. Tolonglah saya, bagaimana saya hendak muncul dalam hidup realiti saya.

GADIS IMAGINASI


JAWAPAN


Terus terang, sepanjang hampir lima tahun Dang Setia mengendalikan ruangan ini, masalah adik antara yang pelik dan kali pertama seumpamanya sampai ke meja Dang Setia.

Banyak aspek perlu disentuh mengenai masalah adik kerana ia mengandungi gabungan pelbagai unsur, ada yang baik dan ada juga yang negatif.

Pertama sekali, pokok atau punca kepada segala masalah adik ialah kesan pergaduhan yang sering berlaku di antara ayah dan ibu.

Disebabkan ayah dan ibu selalu bergaduh di depan adik dan adik melihat bagaimana ibu menderita akibat pergaduhan itu, adik turut menderita atau menerima kesan negatif.

Dang Setia simpati kepada adik dan menyedari beban yang adik tanggung sangat berat dan masalah yang adik hadapi bukan mudah diselesaikan.

Nampaknya, jalan keluar atau cara yang adik pilih untuk menangani penderitaan adik ialah berimaginasi atau berkhayal. Di sini, wujud unsur negatif kerana di dalam Islam, berkhayal antara perbuatan yang dilarang.

Ini kerana, berkhayal boleh membuka pintu atau ruang kepada syaitan untuk mengganggu serta mempengaruhi pemikiran kita untuk hanyut dan seterusnya terjebak kepada tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, dalam kes adik, keadaan nampaknya sedikit berbeza kerana pada peringkat permulaan, perbuatan berkhayal menghadirkan impak positif kepada adik.

Ini kerana, dengan berkhayal, adik mampu menjadi insan kreatif iaitu mampu mengarang skrip dan mengarah drama, menghasilkan tulisan kreatif serta melukis komik dengan watak ciptaan sendiri.

Ini sesungguhnya boleh disifatkan sebagai kejayaan atau kemampuan luar biasa kerana adik berjaya menyerap segala kesukaran, penderitaan dan tekanan sebelum mengalirkannya keluar melalui karya seni atau kreatif.

Jika situasi kekal begitu, syukur alhamdulillah dan tiada apa perlu dibimbangkan. Malangnya, keadaan tidak sedemikian.

Apabila amalan suka berkhayal berterusan untuk jangka masa lama, terbukti ia memberi kesan negatif kerana adik tidak mampu mengawal khayalan itu.

Sebagai contoh, dua kesan negatif itu ialah adik gagal bertindak balas secara normal apabila orang di sekeliling berkomunikasi dengan adik sehingga ada rakan menganggap adik pekak dan lebih menakutkan, adik sering ketawa, menangis, termenung dan tersenyum seorang diri hingga ada yang menganggap adik kurang siuman.

Lebih daripada itu, adik kini sampai ke tahap tidak boleh mengawal diri daripada tidak berkhayal, malah sebahagian besar masa adik lebih banyak dihabiskan dengan dunia khayalan berbanding dunia realiti.

Apabila sampai ke tahap itu, jelas adik kini perlu mendapatkan bantuan pakar psikologi dan mungkin juga pakar penyakit mental. Dang Setia harap adik tidak terkejut, kecewa dan salah faham dengan kenyataan ini.

Ini kerana, apabila disebut sakit mental, masyarakat di negara ini sering cenderung mengaitkannya dengan gila. Tanggapan itu salah sama sekali. Orang yang menghidap sakit mental bukan tidak waras atau gila.

Sakit mental ada banyak peringkat serta kategori dan sebahagian besar daripada peringkat atau kategori itu, ada rawatan serta ubatan bersesuaian untuk membolehkan si penghidapnya pulih atau sekurang-kurangnya mengawal masalah yang mereka hadapi.

Sebagai contoh, pakar sakit mental mampu memberi latihan atau bimbingan bagaimana cara paling berkesan yang perlu adik lakukan untuk mengelak berkhayal, malah mereka ada ubat untuk adik makan bagi mengawal serta menenangkan fikiran apabila tertekan.

Dengan memahami kenyataan ini, Dang Setia berharap adik segera mendapat rawatan.

Jangan takut atau malu kerana semakin lewat menerima rawatan sesuai, masalah adik menjadi bertambah sukar.

Sebaliknya, jika adik mendapat rawatan di peringkat awal, insya-Allah peluang mengatasi masalah dihadapi sangat cerah.

Selain itu, wajib juga Dang Setia nyatakan di sini usaha atau ikhtiar adik untuk keluar daripada belenggu masalah tidak akan sempurna jika adik sekadar berjumpa doktor dan makan ubat.

Sebaliknya ia perlu disusuli dengan satu lagi amalan iaitu bersolat dan berdoa kepada Allah SWT.

Jangan sekali-kali lupa, apabila kita berdepan apa juga masalah, biar sehebat atau sebesar mana sekali pun, segera kembali kepada Allah.

Orang seperti Dang Setia, pakar kaunseling, pakar psikologi dan doktor sakit mental, semuanya sebahagian usaha, namun penawar atau ubat paling mujarab hanya ada pada Allah.

Jadi, wajib kepada Dia untuk kita merayu, berdoa dan memohon pertolongan.

Dang Setia percaya adik faham hakikat ini. Apabila adik mengatakan surau dan masjid adalah lokasi yang adik paling suka kunjungi kerana ia memberi ketenangan, itu menandakan adik berusaha mendekatkan diri dengan Allah serta memperoleh kenikmatannya.

Akhir sekali, tingkatkan amalan itu dan sempurnakan usaha atau tawakal adik dengan bertemu pakar perubatan supaya masalah adik dapat diatasi secepat mungkin, insya-Allah.



ulasan saya;
Saya tertarik dengan kes kaunseling ini. Impian seorang anak, tekanan keluarga yang dihadapinya,baiti jannati tiada. namun syukur Alhamdulillah remaja ini seorang yang kuat semangat dan bercita-cita tinggi. Klien ini rajin ke sekolah dan menjadikan sekolahku syurgaku. Klien mengalihkan permasalahannya kepada aktiviti berfaedah.

Semoga menjadi panduan besama dan semoga adik ini dapat dibantu. Sabar itu Iman,dik.

Syarat Cinta




Syarat cinta.... Saya tertarik dengan kata-kata di atas...dan ia ada kebenarannya.

Cinta pun kena ada syarat ke? Bukankah sesetengah orang berkata, cinta tak perlukan syarat?
Dan persoalan di atas seringkali diajukan kepada saya oleh mereka yang baru mengenali erti cinta. Terutamanya remaja yang baru merasai Indahnya alam persekolahan di peringkat menengah.

Sesungguhnya pengalaman mengajar kita erti dewasa. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Dan cinta, suatu perasaan anugerah Ilahi. Cinta adalah suatu yang indah. Dan berhati-hatilah agar cinta yang disemai tidak tersasar dari jalan yang diredhai Allah.

Cerpen Sahabat Sejati

Cerpen Sahabat Sejati



Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."

Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.

Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.


sumber: www.iLuvislam.com

dihantar oleh : pejai

Seminar Tingkatan Enam dilancar di IAB Caw Utara

Seminar Tingkatan Enam dilancar di IAB Caw Utara

Oleh Samsudin Oli Mohamed

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, baru-baru ini merasmikan Seminar Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Institut Aminudin Baki Cawangan Utara di Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Seminar selama tiga hari bermula 2 November lalu disertai 250 pegawai jabatan pelajaran negeri dan pengetua dari seluruh negara bertujuan membentangkan pelan strategik bagi meningkatkan mutu pelajar tingkatan enam.

Pada sesi taklimatnya, Alimuddin menjelaskan mengenai hala tuju dan visi kementerian dalam mencorakkan masa depan pelajar yang menuntut di tingkatan enam.

Alimuddin berkata, pihaknya turut membincangkan polisi yang diguna pakai untuk menarik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia memasuki ke tingkatan enam, sekali gus layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

“Kementerian Pelajaran sudah melakukan penjenamaan semula dan menerusinya guru yang mengajar di tingkatan enam tidak akan dibenarkan mengajar kelas lain, selain gred gaji lebih baik.

“Tingkatan enam akan berada pada kelompok tersendiri dan tahapnya berbeza berbanding sebelum ini,” katanya.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim.

Sementara itu, bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Melaka, Muhamad Adam, melahirkan rasa bangga kerana kementerian telah berusaha memperkasa tingkatan enam, sekali gus menjadi pilihan utama bagi pelajar yang ingin ke institusi pendidikan tinggi (IPT) pada masa depan.

Beliau berharap, menerusi penjenamaan ini lebih ibu bapa menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di tingkatan enam.

Bagi Nubah Aton, Pengetua Kanan SMK Ghafar Baba, Melaka, berpendapat kehidupan pelajar tingkatan enam lebih menyeronokkan dan berbeza dengan mereka yang menuntut di IPT atau matrikulasi.

“Murid yang belajar di tingkatan enam akan melalui kehidupan yang matang dan mampu berdikari walaupun tidak semuanya berjaya melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya.

Berita Harian Online: 15 Disember 2008

Muzium pelajaran iktiraf peranan guru

Muzium pelajaran iktiraf peranan guru

INISIATIF kerajaan mahu menubuhkan Muzium Pelajaran Negara (MPN) perlu disokong semua pihak. Menurut tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim "kewujudan Muzium Pelajaran Negara hendaklah disegerakan sebagai pusat sehenti untuk pameran alam pendidikan negara". Ia dilihat bersesuaian dengan aspirasi negara yang ingin melonjakkan pendidikan negara ke tahap dunia.

Kewujudan MPN ini bukan sahaja sebagai sebuah tempat pameran, malah ia boleh dimartabatkan sebagai pusat sumber rujukan keguruan kebangsaan di mana tersimpan hasil penyelidikan dan rekod berkaitan Guru Cemerlang bagi peringkat negeri, Guru Gemilang dan Guru Terbilang.

Muzium merujuk kepada bangunan tempat menyimpan khazanah sejarah lampau atau yang lalu. Muzium penting sebagai tempat kita merujuk sekiranya kita ingin mengetahui sejarah lampau. Dengan merujuk takrifan muzium itu, secara tidak langsung membantu kerajaan memupuk nilai patriotik dalam diri pelajar khususnya dalam bidang pendidikan apabila wujudnya MPN.

Bagi warga pendidik, MPN boleh dianggap sebagai suatu inspirasi untuk terus iltizam dalam mendidik anak bangsa apabila melihat sejarah atau dokumentasi guru cemerlang yang berjaya membantu negara melahirkan modal insan berkualiti dan berguna kepada negara. Warga pendidik juga boleh menjadikan MPN ini sebagai pusat percambahan ilmu dengan mengadakan aktiviti seminar, bengkel dan ceramah yang berkaitan dengan MPN pada peringkat dalam dan luar negara.

Dengan adanya MPN, masyarakat akan lebih mengenali dan memahami sistem pendidikan negara seterusnya menjadi pendorong kepada masyarakat untuk mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, masyarakat juga boleh menyumbangkan idea atau saranan kepada warga pendidik memperbaiki sistem pendidikan yang sebelum ini dilihat agak eksklusif .

Justeru, dengan kehadiran MPN ini diharap dapat menjadi satu daripada faktor utama penyumbang kejayaan pembinaan negara bangsa selaras hasrat Kementerian Pelajaran yang ingin melahirkan masyarakat Malaysia mengamalkan sikap bersatu padu, harmoni, dan cinta akan negara.

MOHD KHAIRUL HIDAYAT BERAHIM,
Presiden Persatuan Mahasiswa Melaka,
Universiti Malaya.


Berita Harian Online: 1 Disember 2008













KIST mula melangkah jauh

KIST mula melangkah jauh


Berjaya... Pelajar KIST Bachok bangga dengan pencapaian kolej mereka.


BACHOK 22 Ogos - Ia hanya bermula dengan tujuh pelajar, tetapi dalam tempoh tiga tahun, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di sini tidak lagi merangkak, malah mula melangkah jauh dan berada pada kedudukannya tersendiri dalam industri pendidikan di Pantai Timur.

Dengan menampung lebih 2,000 pelajar dari segenap pelosok negara pada satu-satu masa yang kini mengikuti 11 kursus pengajian di peringkat diploma, ia membuktikan keupayaan KIST yang meyakinkan mengenai apa yang mampu ditawarkan.


Pendidikan vokasional strategi elak keciciran

Pendidikan vokasional strategi elak keciciran

Oleh Zakaria Mohd. Yusof


KENYATAAN oleh Menteri Pelajaran untuk merombak semula sistem pendidikan vokasional seperti yang dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia (21 Mei 2008) menarik untuk dibincangkan. Me- nurut kenyataan tersebut, inisiatif ini bagi memberi peluang kedua kepada pelajar- pelajar yang tidak berminat dalam akademik tetapi mempunyai potensi dalam bidang vokasional serta kemahiran, seterusnya mengurangkan keciciran di kalangan pelajar.


Turut disebut ialah inisiatif ini yang akan digembleng dengan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Sumber Manusia yang mempunyai institut kemahiran ma- sing-masing.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Men- teri turut melahirkan rasa bimbang dengan lebih 83,000 pelajar daripada sekolah rendah hingga tingkatan lima didapati mengalami keciciran daripada sistem persekolahan negara, ia tentu sekali suatu perkara yang tidak seharusnya di- pandang remeh.
Angka ini amatlah besar bilangannya dan jika dikira keciciran ini berlaku se- panjang 11 tahun tempoh persekolahan iaitu di sekolah rendah dan menengah, bermakna setiap tahun seramai 7,545 pelajar didapati tercicir daripada arus pendidikan.
Walaupun nampak kecil peratusannya, yang pasti ia tidak seharusnya berlaku sekiranya semua pihak mengambil langkah-langkah pemulihan awal yang sewajarnya setiap tahun. Malangnya, ti- ada usaha yang serius untuk menanganinya dan menganggap ia sebagai suatu fenomena yang biasa dalam pendidikan.
Justeru cadangan kerajaan untuk mem- buat rombakan ke atas sistem pendidikan vokasional tersebut amatlah bertepatan dengan keperluan semasa. Adalah suatu yang mendukacitakan sekiranya kita masih beranggapan bahawa, ha- nya pencapaian cemerlang dalam akademik sahaja sebagai penentu kepada kecemerlangan dalam kehidupan.
Begitu juga, adalah suatu yang amat tidak tepat sekiranya hanya kumpulan yang cemerlang dalam akademik sahaja yang mampu menjadi warga yang berguna. Jika persepsi ini tidak berubah, usaha kerajaan untuk memastikan pembangunan modal insan berjalan dengan sempurna tidak mungkin akan tercapai. Seterusnya, bilangan keciciran seperti yang dilaporkan itu tidak akan mempunyai jalan penyelesaian.
Pendidikan vokasional yang menitik beratkan latihan untuk pekerjaan mampu membentuk individu agar mampu berdikari dan lebih berkeyakinan dalam menempuh kehidupan tanpa mengambil kira kecemerlangan akademik sebagai ukuran.
Ini menjadikan ia sebagai pilihan terbaik untuk mereka yang telah dikenal pasti tidak berkemampuan untuk meneruskan sistem pendidikan berasaskan akademik semata-mata.
Justeru, berikut merupakan beberapa cadangan untuk difikirkan oleh pihak pe- laksana dasar dalam merangka strategi terbaik ke arah mana rombakan ke atas sistem pendidikan vokasional itu perlu di halakan.
Apa yang penting ialah rombakan tersebut mestilah mampu memastikan setiap insan akan mendapat pembelaan se- wajarnya untuk kepentingan negara di masa depan, tanpa
l Pendidikan vokasional, jika dimulakan di peringkat sekolah rendah seperti yang di sebut oleh Timbalan Perdana Menteri, perlulah menjurus kepada eksplorasi minat pelajar-pelajar. Guru-gu- ru, di samping memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, harus juga berusaha untuk mengenal pasti kecenderungan dan minat pelajar. Jika perlu 'kad minat pelajar' perlu diwujudkan untuk setiap pelajar.
l Setiap pelajar hendaklah dipastikan tidak harus merasa tersisih atau disisihkan hanya disebabkan oleh pencapaian akademik yang tidak memuaskan. Oleh itu, anugerah penghargaan juga harus diberikan setiap tahun di hari penyampaian hadiah kepada mana-mana pelajar yang didapati mempunyai kelebihan, bakat dan kreativiti dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti.
l Mata pelajaran 'Kerjaya' harus diperkenalkan seawal di tingkatan satu de- ngan memperkenalkan bentuk-bentuk pekerjaan dan kepentingannya berdasarkan keperluan negara. Bentuk pekerjaan tersebut meliputi tenaga kerja am, tenaga kerja mahir, tenaga kerja semi profesional dan tenaga kerja profesional. Ini akan memberi gambaran awal bahawa keperluan tenaga kerja negara tidak hanya tertumpu kepada tahap pencapaian akademik yang cemerlang.
l Dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, pihak sekolah harus mengenal pasti kumpulan yang benar-benar tidak berkemampuan dalam akademik. Kumpulan ini harus dibimbing dan didorong untuk mengenal pasti pilihan bidang kemahiran yang diminati berdasarkan kepada corak keperluan tenaga kerja negara pa- da masa depan mengikut sektor.


l Laluan kerjaya bagi setiap bidang kemahiran harus diberi gambaran dengan lebih jelas dalam mata pelajaran kerjaya yang diperkenalkan dalam tempoh tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Ini bertujuan untuk memberi harapan kepada pelajar-pelajar yang memilih bidang kemahiran tertentu bahawa, di sana masih terdapat peluang yang luas untuk mereka meningkatkan tahap kerjaya masing-masing dari semasa ke semasa.



Bagi menarik minat pelajar, seterusnya meyakinkan masyarakat keseluruhannya untuk memilih pendidikan vokasional, tiada jalan lain melainkan berusaha untuk memperkasakan dan memartabatkan kembali pendidikan vokasional ini. Kerajaan sedaya upaya perlu memastikan pendidikan vokasional tidak menjadi bentuk pendidikan kelas dua.


Moga usaha mengelakkan keciciran dalam pendidikan akan disusuli dengan usaha untuk memastikan tidak berlakunya 'keciciran kemahiran' pula selepas itu.


Utusan Malaysia Online: 24 Mei 2008



Akta Pencen (pindaan) 2008 Diluluskan, Pencen Dilanjut Kepada 58 Tahun

Akta Pencen (pindaan) 2008 Diluluskan, Pencen Dilanjut Kepada 58 Tahun

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008 yang membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Akta berkenaan membabitkan pegawai dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa, bagaimanapun pegawai yang berkenaan diberikan pilihan untuk bersara pada umur persaraan wajib pada umur 55 atau 56 tahun seperti yang dipilihnya sebelum 1 Julai.

Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2008.

Rang Undang-undang itu akan membabitkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan tetapi jumlahnya belum lagi dapat ditentukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharum berkata berdasarkan kajian terperinci yang dilaksanakan pada 2001 apabila umur persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, lanjutan umur berkenaan tidak memberi kesan kepada pengangguran.

"Pelaksanaan ini juga tidak ada tujuan politik. Kalau ada tujuan politik kita dah lakukan sebelum pilihan raya. Lagipun ia hanya membabitkan 31,000 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam sedangkan jawatan kosong yang ada ialah sebanyak 200,000. Peluang pekerjaan tidak terjejas," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di sini, Khamis.

Beliau berkata kerajaan juga akan menimbangkan umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun secara berperingkat.

Katanya umur persaraan berkenaan dianggap tidak menimbulkan masalah kerana ramai lagi kakitangan yang boleh bertugas dengan umur berkenaan dan terdapat anggota polis yang dipanggil semula untuk bekerja kerana mereka mempunyai kepakaran yang tidak ada pada pegawai yang sedia ada.

"Pada sesi akan datang saya akan buat taklimat khas dengan pegawai pencen dengan Anggota Parlimen dan Yang Berhormat boleh cadangkan yang lebih baik pada masa akan datang. Saya telah menjelaskan harapan supaya tidak menghampakan hasrat kerajaan di sebalik keputusan melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka”.

Beliau berkata anggaplah ini bukan tempoh makan gaji tetapi peluang keemasan untuk memberi jasa kepada rakyat dan negara.

Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum menangguhkan persidangan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan dewan dan ia boleh dipertingkatkan lagi sekiranya beberapa insiden yang Anggota Parlimen sendiri maklum tidak berlaku.

"Berdasarkan pandangan kita bersama, saya menaruh harapan yang menggunung tinggi supaya pada masa akan datang kita akan dapat memperbaiki kelemahan. Kalau ada jarum yang patah jangan simpan dalam peti, kalau ada silap dan salah marilah sama-sama kita perbaiki," katanya.

Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Kaamatan terutamanya kepada Anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Tiga Rang Undang-undang diluluskan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang bermula 28 April lepas dan tamat hari ini.

Sidang dewan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


BERNAMA:29 Mei 2008

Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006

Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006

CEMERLANG... Nadiah Amirah Jamil yang memperoleh 19 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 menunjukkan 19 kertas soalan mata pelajaran yang diambilnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu Pahat, Johor, semalam. – Gambar Ishak Rahmad.

BATU PAHAT 4 Mac 2007; – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan diumumkan pada 12 Mac ini dijangka menyaksikan satu lagi rekod baru dilakarkan apabila seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Pekan Rengit dekat sini berjaya memperoleh 19 1A.



Pelajar pintar itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon.


Berita kejayaan itu dibayangkan kepada Nadiah Amirah oleh pegawai Kementerian Pelajaran yang menghubunginya pada 24 Januari lalu bagi mendapatkan biodatanya.
Pengumuman kejayaan itu kelak, jika benar, akan memadamkan rekod Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram dekat Johor Bahru yang mendapat 17 1A dalam SPM 2004.



Nadiah Amirah, anak sulung daripada tiga beradik, mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi (EST).



Dia juga mengambil subjek Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Tasaur Islam, Pendidikan Al-Quran dan Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains Teras, Geografi dan Sastera.
Gadis ini sememangnya pelajar pintar sejak di sekolah rendah lagi apabila mencatatkan keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, Rengit.
Keputusan itu melayakkannya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kluang dan dia sekali lagi mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Demi cita-citanya untuk memadamkan rekod Nur Amalina yang menjadi idolanya, Nadiah Amirah sanggup meninggalkan segala kemudahan di sekolah berasrama penuh untuk kembali menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
Tanpa had
Ketika ditemui Utusan Malaysia, Nadiah Amirah berkata, hanya di sekolah biasa sahaja seseorang pelajar dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tanpa had dalam peperiksaan SPM.
Katanya, jika dia hendak menyaingi Nur Amalina, dia kena bertukar ke sekolah biasa.
Usaha dan pengorbanannya itu berbaloi dengan kejayaan cemerlang sebagai pelajar tunggal yang memperoleh 19 1A.
Namun apa yang pasti, Johor sekali lagi bakal melahirkan seorang pelajar pintar daripada keluarga sederhana.
Kata Nadiah Amirah: “Keazaman dan cita-cita mengatasi segalanya.”
Bapa Nadiah Amirah, Jamil Omar, 55, ialah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon manakala ibunya, Zakiah Zakaria, 51, mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Rengit.
Sumber; Utusan Malaysia 5/3/2007

Perbaiki kualiti hidup anak terlantar di hospital

Perbaiki kualiti hidup anak terlantar di hospital

 

Siri Akhir

BAGI Tasnim, pergi ke hospital sungguh tidak menggembirakan. Sudah cukup teruk baginya menanggung segala macam kesakitan, ramai pula orang yang sibuk ke sana ke mari tanpa sesiapa pun memberitahunya apa yang sedang berlaku. Setelah tiba, dia dipaksa berbaring di atas katil, dan dilarang bergerak sementara dirinya dicucuk dan ditujah. Sebilah jarum dicucuk ke lengannya dan sekampit air yang besar menitiskan sesuatu yang dingin menerusi jarum ke dalam lengannya.

Setiap beberapa minit mesin di sisi katilnya menghasilkan bunyi bip yang pelik, garisan merah melompat ke atas dan ke bawah pada skrin mesin itu. Tidak cukup dengan itu, seorang wanita berpakaian biru sesekali akan datang dan menyumbat termometer ke dalam mulutnya.
Pada hari-hari yang berlalu, Tasnim mendengar doktor yang datang melawatnya bilabila sahaja dia suka, menyebut sesuatu mengenai leukemia. Hidup di hospital sungguh membosankan. Tiada rakan untuk bermain. Untuk tidur agak sukar kerana keadaannya bising dan yang paling teruk, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku kerana tidak ada sesiapa pun yang memberitahunya.
Yang dia tahu pelbagai orang akan muncul di sisi katilnya tanpa sebarang pengumuman, dan kemudian sama ada mencucuk atau menusuk sebilah lagi jarum kepadanya. Ia bukan sahaja menyakitkan, tetapi pengalaman yang membosankan.
“Patutlah rakan-rakan saya kata orang yang pergi ke hospital akan mati,” Tasnim memberitahu ibunya.
Pemergian ke hospital sering kali menjadi pengalaman yang melemahkan semangat bagi ramai kanak-kanak. Mereka hilang kawalan ke atas kehidupan sendiri disebabkan rutin yang tidak dapat diramal dan kekhuatiran mengenai sesuatu yang tidak diketahui.
Hasilnya, ramai kanak-kanak benci ke hospital. Bagaimanapun, kanak-kanak yang sakit akhirnya terpaksa juga ke hospital dan ada banyak perkara yang ibu bapa, jururawat dan doktor boleh lakukan untuk membuat keadaannya lebih gembira.
Apabila seseorang anak masuk ke hospital untuk kali pertama, ia adalah perjalanan yang tidak diketahui. Kita mengandaikan kanak-kanak tahu bahawa orang pergi ke hospital untuk menjadi sihat. Sebaliknya, yang mereka ingat ialah masa penantian yang lama, prosedur yang menyakitkan dan kesakitan. Ini bukan pengalaman yang disenangi dan akibatnya, kanak-kanak berasa risau dan takut untuk tinggal di hospital.
Hidup dalam wad sering kali menyebabkan mereka cepat marah, bosan, rindukan rakan-rakan dan sering bimbang bila seseorang kakitangan perubatan masuk ke dalam bilik. Akibat semua ini, kualiti kehidupan seseorang anak sering menurun apabila memasuki hospital. Kualiti kehidupan seseorang boleh diterangkan sebagai tahap kepuasan emosi, sosial dan fizikal dengan kehidupan.
Situasi hospital tempat kanak-kanak berada sering kali menjadi lebih teruk apabila melihat ibu bapa mereka bimbang. Umumnya, ibu bapa yang membawa anak mereka ke hospital selalu risau, bimbang dan khuatir mengenai diagnosis dan hasil rawatan. Mereka sangat risau mengenai kesihatan anak mereka dan menyerahkan hidup anak itu dengan penuh kepercayaan ke tangan kakitangan perubatan.
Ketika di hospital, seorang ibu atau bapa selalu menemani anak. Ibu atau bapa yang berada di hospital terpaksa mengambil cuti dan mengorbankan masa yang dahulunya diluangkan dengan ahli keluarga lain. Ketika cuba menyesuaikan diri dengan rutin wad yang seolah-olah tidak dapat diramal di mana ibu atau bapa selalu tidak pasti apa yang doktor dan jururawat akan katakan selepas itu, ibu bapa menjadi keletihan di segi fizikal dan emosional. Kualiti kehidupan mereka juga merosot. Anak yang melihat tingkah laku dan emosi ibu bapa mereka mula berasa tidak berupaya.
Memang malang kualiti kehidupan kanak-kanak sering menurun ketika berada lama di hospital. Dalam proses ini, ramai yang berasa tidak berupaya kerana seluruh hidup dan rutin adalah dalam tangan kakitangan wad. Kunjungan untuk prosedur yang menyakitkan dan terpaksa memakan ubat yang rasanya tidak disukai tidaklah dapat diramalkan dan ini mengukuhkan lagi perasaan tidak berupaya itu. Penyelidikan menunjukkan, apabila seseorang berasa tidak berupaya akibat penurunan kualiti kehidupan, sistem imun mereka lemah dan menjadi terdedah terhadap penyakit. Ini melambatkan kadar penyembuhan dan kanak- kanak itu mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Ini bukan berita baik memandangkan kanak-kanak sepatutnya ke hospital untuk menjadi lebih baik.
Ada beberapa perkara yang kakitangan perubatan boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan anak yang tinggal di wad. Seseorang manusia bukan setakat entiti fizikal, tetapi juga dipenuhi dengan emosi dan perasaan. Penjagaan perubatan perlu mempertimbangkan kedua-dua aspek ini dalam seni penyembuhan. Ia bermula dengan penerangan mengenai masalah perubatan dan prosedurnya dalam istilah yang mudah difahami oleh ibu bapa.
Seseorang profesional perubatan yang empatik memang meluangkan masa untuk pesakitnya. Dalam bidang psikologi klinikal, adalah menjadi falsafah bahawa rawatan ke atas anak turut memasukkan unsur yang membantu ibu bapa yang menjaga anak itu. Selain itu, sesetengah struktur dalam sesuatu hari yang patut diberikan pada anak itu ialah jangkaan masa makan, masa prosedur dijalankan, dan masa doktor dan jururawat melawat. Ini menimbulkan suasana yang boleh diramal yang mana akan membuat pesakit dan keluarganya berasa lebih selesa.
Akhir sekali, hidup seseorang anak di wad juga memerlukan sedikit persamaan dengan kehidupan di rumah. Rutin wad boleh diwujudkan dan ini termasuk masa bermain, bersosial, makan, berehat, menonton televisyen, membaca, melawat, prosedur dan belajar. Sesetengah wad kanak-kanak malah mempunyai sekolah hospital di mana kanak-kanak yang tinggal lama dikehendaki terus belajar dengan jumlah kerja akademik yang terhad.
Penyelidikan menunjukkan bahawa rutin dapat membantu mewujudkan penetapan jangka waktu dan ini mengurangkan tahap perasaan murung dalam kebanyakan kanak- kanak yang tinggal di wad.
Kebanyakan tanggungjawab menjaga anak di wad tetap menjadi tanggungjawab kakitangan perubatan. Bagaimanapun, ada banyak perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk menyokong usaha mereka. Sesetengah cadangan yang boleh membantu termasuk membentuk suatu struktur dan jadual waktu ketika anak berada di wad. Ini perlu dilakukan secara bekerjasama dengan kakitangan perubatan dan harus perlu memasukkan masa untuk bermain, belajar dan berehat, di samping aktiviti perubatan dan pengemasan yang perlu.
Ibu bapa patut membawa buku-buku, alatan dan permainan bagi mewujudkan aktiviti untuk anak itu. Di mana yang boleh, cuba ikhtiarkan supaya anak itu berinteraksi dengan kanak-kanak lain di dalam wad. Mempunyai rakan bermain dan berbual dapat membantu meningkatkan semangat anak itu. Sebagai sebahagian daripada struktur, ibu bapa boleh membantu menguruskan lawatan oleh saudara-mara dan rakan-rakan pada waktu yang ditetapkan.
Semua ini memeras kesihatan dan emosi ibu bapa. Oleh itu sebahagian besar dalam menjamin kualiti kehidupan anak ialah untuk memastikan ibu bapanya sihat. Ibu bapa boleh mencapai ini dengan cuba bersikap optimis dan ceria, berhenti seketika untuk berehat sesekali dan saling menyokong satu sama lain dalam masa krisis.

Sumber; Utusan online

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .