Jerebu di Muar dan Ledang Darurat diisytiharkan
Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan
By Puan Ummi Monday, June 24, 2013
berita sekolah, dunia pendidikan, kisah motivasi, Motivasi, SMK Lepar Hilir, Unit HEM No comments
Ceramah Motivasi Pak Engku Yang Menyentuh Perasaan
Secara peribadi, ini adalah pengalaman kedua saya bersama Ceramah Motivasi Pak Engku,. Kali pertama sewaktu saya di SMK Jengka Pusat 2, sila klik di sini.
Ceramah motivasi oleh YM Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Engku'. Motivasi yang di sampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di negeri Pahang iaitu Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan Beliau adalah pengerusi rumah anak-anak yatim Tengku Ampuan Fatimah di Kuantan.
Pak Engku memaparkan video anak-anak yatim di bawah jagaannya. Cerita tentang anak yatim. Beliau ada membuka sebuah rumah anak yatim. Di situ, ada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat HIV. Budak itu juga menghidap penyakit yang sama.
Ceramah Isra' Mikraj Suatu Iktibar
By Puan Ummi Monday, June 24, 2013
berita sekolah, Kuantan, Pahang, SMK Lepar Hilir, Unit HEM No comments
Ceramah Isra' Mikraj Suatu Iktibar

Gambar Program Ceramah Isra' Mikraj, Semua Guru, Staf dan Pelajar...
Pada Hari Jumaat, 21/6/2013, Unit Bina Insan SMK Lepar Hilir telah menjemput Ustaz Mohd Sufian bin Majid dari KIPSAS untuk menyampaikan Ceramah Isra' Mikraj.
Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013 Datuk Abdul Hamid Md Shah
By Puan Ummi Sunday, June 23, 2013
Aplikasi Untuk Guru, dunia pendidikan, Hari Guru, kerjaya perguruan, Pahang, personaliti, Sejarah Pendidikan, tokoh No comments
Tokoh Hari Guru Negeri
Pahang 2013
Datuk Abdul Hamid Md Shah
Datuk Abdul Hamid Md Shah dianugerahkan Tokoh Hari Guru Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Diraja Haji Adnan Yaakub.
Sumber; http://abihulwa.blogspot.com/
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan Untuk Lepasan SPM
By Puan Ummi Sunday, June 23, 2013
Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerja Kerajaan, Kerjaya Kesihatan, kerjaya separa perubatan, selepas SPM 17 comments
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan Untuk Lepasan SPM
Ikuti Kursus di Kementerian Kesihatan Malaysia
Penolong Pegawai Perubatan sebagai kerjaya pilihan buat lepasan SPM yang melepasi syarat kelayakan kredit dalam beberapa matapelajaran seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Salah satu bidang kerjaya di sektor awam, iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma – Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penolong Pegawai Perubatan sebagai kerjaya pilihan buat lepasan SPM yang melepasi syarat kelayakan kredit dalam beberapa matapelajaran seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Salah satu bidang kerjaya di sektor awam, iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memerlukan ramai calon ialah program Latihan Separa Perubatan Betaraf Diploma – Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Program ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 17 hingga 24 tahun yang berkelayakan dan berminat menceburi bidang kerjaya di
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dahulu waktu kecil, penulis cikgukaunseling.com pernah mendengar arwah atuk beritahu dapatkan rawatan dengan dresser di poliklinik kerajaan terdekat bila semputnya datang. Kemudian apabila penulis cikgukaunseling.com meningkat remaja, ada juga mendengar orang-orang tua mengatakan jumpa HA atau sesekali ada yang mengatakan berjumpa Dresser di poliklinik.
Pening juga memikirkan apa maksud dresser atau HA itu. Apabila ke Poliklinik, nampaklah lelaki berpakaian putih berseluar hitam bertanya, "Adik sakit apa?" Nak juga bertanya dengan pegawai itu, adakah tuan ini Dresser atau tuan ini doktorkah? Tapi tak terkeluar dek segan takut dianggap kurang ajar pula. :).
Takdir Allah Taala, ketika Tingkatan 1 semasa dalam perjalanan balik dari sekolah di Perlis ke rumah orangtua saya di selatan tanahair, ada satu pengalaman yang manis bagi saya. Sebaik bas Ekspres PPMP meninggalkan Stesen Bas Kangar, bas yang dingin hanya dinaiki beberapa penumpang memandangkan pada masa itu UITM Arau tidak cuti lagi.Jadi 2 seat bas tu saya yang 'punya' , he he.
Mata saya asyik memandang ke petak-petak sawah padi. Kelihatan para petani menggemburkan tanah dengan traktor. Padi belum tumbuh masa itu. Ada juga kerbau yang tolong petani itu. Pokok mempelam, pokok pisang, jagung dan pelbagai tanaman kontan lain ada di tepi sungai yang mengairi air ke sawah yang saujana mata memandang. Subhanallah. Pemandangan yang tiada di negeri saya.
Bas berhenti di bahu jalan tidak berapa lama kemudian. Bangku yang kosong di sebelah saya bagai menggamit penumpang.
"Adik, ada orang duduk tak di tepi adik?" tanya seorang gadis dalam akhir belasan tahun dengan senyum manisnya dilemparkan kepada saya.
Akhirnya saya duduk bersebelahan dengan seorang gadis manis bertudung coklat oren. Kakak ini naik bas ekspres ketika bas melewati Simpang Empat, Perlis. Kami ralit bersembang. Perjalanan berbelas-belas jam tidak sedar sudah berlalu.
Di Kuala Lumpur, kami berpisah destinasi. Daripanyalah saya dapat penjelasan apa itu Dresser dan HA itu. Ini kerana kakak ini sendiri sedang belajar dalam bidang perubatan pada masa itu. Baiklah itu intro saya. Maaf agak berjela-jela.
Untuk nak tahu apa itu Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan macam mana nak ceburi kerjaya ini, silakanlah ya baca entry ini sampai habis. Kalau ada para pengunjung blog ini, labih-lebih lagi mereka yang memang terlibat dalam bidang perubatan dan separa perubatan serta nak tolong tambah, dipersilakan ya. Kecil tapak tangan, blog ini saya tadahkan.
KERJAYA Penolong Pegawai Perubatan atau MEDICAL ASSISTANT
KERJAYA Penolong Pegawai Perubatan atau MEDICAL ASSISTANT adalah salah satu prospek kerjaya yang amat baik. Tidak semua orang tahu akan kewujudan MA di pusat-pusat kesihatan kerana MA sering juga dianggap sebagai salah seorang doktor.
Pada waktu dulu PPP dikenali juga sebagai MA(medical Asisstant atau Pembantu Perubatan), HA(Hospital Asisstant atau Pembantu Hospital) dan pada waktu British dulu dikenali sebagai Dresser.
Namun, MA juga sebenarnya adalah doktor yang merawat pesakit dalam kes-kes umum. Kerjaya MA menjanjikan kepuasan bagi mereka yang berminat dalam menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit dan berinteraksi secara kerap dengan pesakit.
Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
By Puan Ummi Sunday, June 23, 2013
Berita Dunia, Pelajar Malaysia di Luar Negara, prihatin No comments
Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
Cikgukaunseling.com menerima berita sedih ini semalam petang namun hanya pada pagi ini dapat mempublish di blog ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan
takziah kepada ibu-bapa, saudara-mara serta sahabat-sahabat
Allahyarhamah di atas kententuan dan dugaan daripada Allah ini.
Semoga
roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang sentiasa
disayangi Allah. Marilah kita hadiahkan Al-fatihah ke atas roh Sumaiyah Binti Romli dan semoga mangsa-mangsa kemalangan jalan raya di Jordan yang lain selamat. Amin.
Pelajar University College London Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.
Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013
By Puan Ummi Sunday, June 23, 2013
berita sekolah, dunia pendidikan, Koperasi, Kuantan, SMK Lepar Hilir No comments
Hari Koperasi SMK Lepar Hilir 2013
Koperasi SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang Darul Makmur
akan mengadakan Hari Koperasi pada Rabu, 26 Jun 2013 ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan.
Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati Di Pahang
By Puan Ummi Saturday, June 22, 2013
Bidang Perkhidmatan UBK, bimbingan dan kaunseling, Institusi Beraja Malaysia, JPN Pahang, Pahang, PERHATI, prihatin, Program Anak Yatim Permata Hati, Sejarah PERHATI, Yayasan Pahang No comments
Sejarah PERHATI Program Anak Yatim Permata Hati
Di Pahang
Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat
perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu
menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa,
dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan
katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling
membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari
kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya.
Surah Al Baqarah, Ayat 83
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah
al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEMASYARAKATAN
Program Anak Yatim Permata Hati (PERHATI)
Idea Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah, Tengku Mahkota Pahang. Majlis Penyampaian Hadiah dan Bantuan Tautan
Kasih anjuran Yayasan Pahang pada bulan Ramadhan 1429H
Program Anak Yatim Permata Hati merupakan program kebajikan dan kemasyarakatan Yayasan Pahang
Penemuan Arkeologi Maya Purba di Mexico
Penemuan Arkeologi Maya Purba di Mexico
Kesan runtuhan yang ditemui pakar arkeologi di bandar Chactun
di Semenanjung Yucatan di Mexico.
Bandaraya Mexico: Sepasukan pakar arkeologi menemui sebuah bandar
purba kaum Maya yang tersembunyi di dalam hutan hujan di timur Mexico
sejak beberapa kurun, penemuan yang diharap dapat membongkar punca
kejatuhan tamadun mereka 1,000 tahun lalu.
Ketua pasukan itu, Profesor Madya Ivan Sprajc dari Akademi Sains dan Kesenian Slovania, berkata pihaknya menemui 15 piramid termasuk satu daripadanya setinggi 23 meter, gelanggang bola, plaza dan tiang batu berukir dikenali stelae.
Sedih bayi dibuang di lubang tandas akhirnya selamat
Sedih bayi dibuang di lubang tandas akhirnya selamat
Anggota bomba berjaya mengeluarkan bayi yang
dibuang ibunya ke dalam lubang tandas
di wilayah Zhejiang di timur China semalam. Gambar kecil, anggota bomba
cuba memecahkan sebahagian saluran paip untuk mengeluarkan bayi
berkenaan.
Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat
Bomba China guna gergaji, pelayar keluarkan budak tersekat dalam paip kumbahan
Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan 28/5/2013 lalu.
Bencana Jerebu Jun 2013
By Puan Ummi Saturday, June 22, 2013
ASEAN, Bencana Alam, general knowledge, Geografi, Haze, Jerebu, Kesihatan 4 comments
Bencana Jerebu Jun 2013
Pekerja-pekerja binaan melakukan kerja seperti
biasa berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas yang di selaputi
jerebu ketika tinjauan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KEADAAN jerebu yang teruk melanda bandar Muar
sejak awal pagi sehingga menjejaskan penglihatan pemandu kenderaan.
Beberapa kenderaan memasang lampu berikutan jarak penglihatan yang
terhad. - Foto Shahrul M Zain
RUANG udara Pasir Gudang yang diselubungi jerebu teruk sepertimana yang
dirakam jurugambar dari tingkat 20 Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor
pagi semalam.
Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita, klik di sini
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu, klik di sini.
Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita, klik di sini
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu, klik di sini.
Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373
ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu
PBB prihatin kemerosotan kualiti udara di Asia Tenggara
Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.
SEMSAS Kuantan Raih Emas di International Environment Project Olympiad Turki
By Puan Ummi Saturday, June 22, 2013
dunia pendidikan, kisah kejayaan, Kuantan, Pahang, Pelajar cemerlang, Sains dan Inovasi, Sekolah Berasrama Penuh No comments
SEMSAS Kuantan Raih Emas di International Environment Project Olympiad Turki
EMPAT orang murid daripada pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Semsas) Young Scientist dari Kuantan, Pahang berjaya menempa nama sebagai pemenang pingat emas pertama dari Malaysia di pertandingan International Environment Project Olympiad (INEPO) edisi ke-21 di Istanbul, Turki, baru-baru ini.
MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)
By Puan Ummi Wednesday, June 19, 2013
biasiswa dan pinjaman pelajaran, Biasiswa Kerajaan, Malaysia International Scholarship No comments
MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)
The Malaysia International Scholarship (MIS) is an initiative by the
Malaysian Government to attract the best brain from around the world to
pursue advanced academic studies in Malaysia. This scholarship aims to
support Malaysian Government's effort to attract, motivate and retain
talented human capital from abroad.
Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities. This scholarship is divided into two (2) categories of study: Postgraduate and Post-doctoral Studies
ELIGIBLITY CRITERIA
Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities. This scholarship is divided into two (2) categories of study: Postgraduate and Post-doctoral Studies
ELIGIBLITY CRITERIA
Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu
By Puan Ummi Wednesday, June 19, 2013
dunia pendidikan, Guru OKU, Jengka, kerjaya perguruan, Maran, memoir seorang guru, Pahang, PPD Maran No comments
Sir Ramli Abdul Hamid Guru OKU Terharu Pengurusan Sekolah Prihatin
Ramli menerima sumbangan disampaikan Mohd Rodzik (dua, kanan) mewakili PPD Maran.
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Keprihatinan pengurusan Sekolah Menengah (SM) Jengka Pusat menyediakan kemudahan untuk golongan OKU menggembirakan guru sekolah itu.
Guru terbabit, Ramli Abdul Hamid, 55, berkata, dia mula menggunakan kerusi roda pada 2010 kerana mengalami kecacatan pada kaki kanan dan sejak itu, dia menerima pelbagai kemudahan daripada pihak sekolah.
Katanya, penyediaan kemudahan itu menggembirakannya apabila hasrat untuk terus menyumbangkan ilmu dipermudahkan pengurusan SM Jengka Pusat.
“Kali ini, pengetua, Mohd Rafib Fateh Mohammad menyediakan kemudahan laluan khas bagi memudahkan saya ke kelas, selain turut memberi kelonggaran masa mengajar.
"Malah, tandas untuk golongan OKU turut disediakan berdekatan bilik tempat saya berehat,” katanya.
Sehubungan itu, Ramli bukan sahaja berterima kasih kepada pengetua, malah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran kerana prihatin dengan nasib guru OKU sepertinya.
Ramli menerima sumbangan disampaikan Mohd Rodzik (dua, kanan) mewakili PPD Maran.
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Keprihatinan pengurusan Sekolah Menengah (SM) Jengka Pusat menyediakan kemudahan untuk golongan OKU menggembirakan guru sekolah itu.
Guru terbabit, Ramli Abdul Hamid, 55, berkata, dia mula menggunakan kerusi roda pada 2010 kerana mengalami kecacatan pada kaki kanan dan sejak itu, dia menerima pelbagai kemudahan daripada pihak sekolah.
Katanya, penyediaan kemudahan itu menggembirakannya apabila hasrat untuk terus menyumbangkan ilmu dipermudahkan pengurusan SM Jengka Pusat.
“Kali ini, pengetua, Mohd Rafib Fateh Mohammad menyediakan kemudahan laluan khas bagi memudahkan saya ke kelas, selain turut memberi kelonggaran masa mengajar.
"Malah, tandas untuk golongan OKU turut disediakan berdekatan bilik tempat saya berehat,” katanya.
Sehubungan itu, Ramli bukan sahaja berterima kasih kepada pengetua, malah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Maran kerana prihatin dengan nasib guru OKU sepertinya.
SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014
By Puan Ummi Tuesday, June 18, 2013
Halatuju, kaunseling kerjaya, pra-U, selepas SPM, STPM, Tingkatan 6 No comments
SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014
Pendaftaran Kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2013/2014 pada 8 Mei 2013 yang lalu.
Semakan Ke ILP 2013 Diploma Vokasional Malaysia Lepasan PMR 2012
By Puan Ummi Tuesday, June 18, 2013
Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP, Halatuju selepas PMR, Institut Latihan Kemahiran Awam, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas PMR No comments
Semakan Ke ILP 2013 Diploma Vokasional Malaysia Lepasan PMR 2012
APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Tawaran ke Institut Latihan Perindustrian, Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 18 Jun 2013 (Selasa) sehingga 31 Julai 2013 (Rabu).SEKAM PADI RAWAT GIGI TAHNIAH HUSM
By Puan Ummi Tuesday, June 18, 2013
HUSM, Kerjaya Aliran Sains, Kerjaya Kesihatan, Kesihatan, Sains dan Inovasi, USM No comments
SEKAM PADI RAWAT GIGI TAHNIAH HUSM
bal-exercise.blogspot.com
Universiti Sains Malaysia mencatat sejarah dunia dalam kaedah rawatan gigi apabila berjaya mencipta bahan tampalan gigi yang dihasilkan daripada sekam padi.
Ciptaan yang dikenali Namokomposit Pergigian itu, adalah antara dua inovasi universiti berkenaan yang berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013), baru-baru ini.
bal-exercise.blogspot.com
Universiti Sains Malaysia mencatat sejarah dunia dalam kaedah rawatan gigi apabila berjaya mencipta bahan tampalan gigi yang dihasilkan daripada sekam padi.
Ciptaan yang dikenali Namokomposit Pergigian itu, adalah antara dua inovasi universiti berkenaan yang berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX 2013), baru-baru ini.
Selain
bahan tampalan gigi, pensyarah USM juga berjaya menghasilkan kerusi
terapi bagi pesakit yang mengalami maslah pening kepala. Penemuan
tampalan gigi dari sekam padi dihasilkan sepasukan pensyarah dari Unit
Bio Bahan dan Audiologi USM sekali gus menjadikan ciptaan berkenaan yang
pertama di Malaysia dan dunia.
SENARAI IKBN DI MALAYSIA
By Puan Ummi Tuesday, June 18, 2013
belia, Halatuju, IKBN, ILKA, Institusi Kemahiran, Institut Latihan Kemahiran Awam, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas SPM, Senarai IKBN No comments
SENARAI IKBN DI MALAYSIA
SENARAI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA
• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-87061720 & 8461722 Faks : 03-87061725
Portal Rasmi : www.iktbnsp.gov.my
E-mel : iktbn_sepang@kbs.gov.my
Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Kuala Lipis
By Puan Ummi Sunday, June 16, 2013
Kuala Lipis, Pahang, sejarah, Sejarah arkeologi, Sejarah Malaysia, Sejarah Pahang No comments
Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Kuala Lipis
ANTARA fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pahang sangat kaya dengan sejarah termasuk sejarah arkeologi. Contohnya di Tasik Chini. Anda boleh baca berkaitan Sejarah Tasik Chini, klik di sini.
Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Merapoh
KUALA LIPIS 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.Hasil kajian ke atas fosil itu mendapati ia lebih tua berbanding fosil yang ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis pada 2011 lalu yang berusia 230 juta tahun.
Ahli Paleontologi itu, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman prasejarah.
"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaik taraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.
Wanita 114 Tahun Dedah Rahsia Kekal Sihat
Wanita 114 Tahun Dedah Rahsia Kekal Sihat
Rahsia wanita tertua Padang Terap
KUALA NERANG - Mengamalkan makan ulam serta selalu melakukan kerja sejak muda adalah rahsia seorang warga emas yang kini umurnya mencecah 114 tahun kekal sihat.
Rahsia wanita tertua Padang Terap
KUALA NERANG - Mengamalkan makan ulam serta selalu melakukan kerja sejak muda adalah rahsia seorang warga emas yang kini umurnya mencecah 114 tahun kekal sihat.
Subhanallah Ribut di Pulau Pinang Takziah
By Puan Ummi Saturday, June 15, 2013
alam, Alam di Malaysia, Bencana Alam, Geografi, Malaysia, prihatin No comments
Subhanallah Ribut di Pulau Pinang Takziah dan Simpati buat keluarga mangsa
Video Ribut di Pulau Pinang
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
Ribut di Pulau Pinang Takziah dan Simpati buat keluarga mangsa
Gambar-gambar selepas ribut di Pulau Pinang. (sumber; google)
BUMBUNG dan siling rumah di Flat Hamna, Sungai Dua, George Town tercabut diterbangkan ribut di Pulau Pinang (Kosmo)
Gambar selepas ribut (Utusan Malaysia)
(Kereta yang musnah aklibat ditimpa menara antena di atas Menara Umno yang tumbang)
Video Ribut di Pulau Pinang
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,
segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah
melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar
kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan
besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan.” (An-Nahl:53)
Hidup di dunia adalah penuh dengan ujian. Kaya atau miskin, senang atau
susah, kenyang atau lapar, sihat atau sakit, suka atau gembira adalah
termasuk ujian-ujian Allah. Ujian-ujian ini, yang diberikan oleh Allah
perlu kita hadapi dan terima sama ada dengan bersyukur (berterima kasih)
atau dengan sabar. Kita bersyukur di saat diberi kaya, senang, sihat
dan kegembiraan.
Sebaliknya kita hendaklah bersabar jika diuji miskin,
sakit, lapar dan kesusahan-kesusahan yang lain. Hidup ini adalah
gabungan antara ada masa kita bergembira lalu bersyukur atau ada ketika
kita bersedih lalu bersabar.
Di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan, di sini.
Mengucup Ujian Allah, di sini.
Pulau Pinang dilanda ombak kuat
setinggi 3.5 meter - Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter
melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang
pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .























































