Bayi ditikam ibu 90 kali masih hidup
Allah Maha Kuasa...
Tidak Mengira Ruang dan Masa...
Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa...
Walau Di Mana Jua...
Allah Maha Penyayang Di Bulan Ramadhan.
Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.
Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,
maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.
Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.
Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.
Hayati satu cerita.
Suatu ketika Siti Aisyah rha. menceritakan kepada Rasulullah saw sebuah
peristiwa yang baru dilihatnya mengenai seorang ibu dengan dua anaknya
yang sedang kelaparan. Seorang yang bersimpati memberikan tiga potong
roti kepada keluarga tersebut. Si ibu memberikan seorang sekeping kepada
anak-anaknya dan sekeping untuk dirinya yang juga lapar. Kerana
kelaparan si anak dengan cepat menghabiskan roti masing-masing. Atas
belah kasih sayang sebagai seorang ibu, dia tidak sampai hati memakan
roti yang dihajatkan untuk dirinya, lalu roti yang sekeping itu dibelah
dua dan diberikan kepada anak-anaknya. Si ibu sanggup kelaparan demi
anak-anaknya. Setelah mendengar cerita Aisyah, Rasulullah saw bersabda:
“Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu itu.”
BAYI berusia lapan bulan, Kio Bao bernasib baik kerana masih hidup selepas ditikam 90 kali oleh ibunya.
Semoga anak kecil ini mendapat tempat perlindungan sewajarnya.
Sebarkan kasih sayang sesama manusia agar kita turut menerima kasih sayang dari-Nya!
Bayi gigit puting ibu ditikam 90 kali