Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada Lepasan SPM 2012 DAN setaraf, yang belum lagi melanjutkan pengajian ke mana-mana IPTA, Dimaklumkan permohonan ke UITM Ambilan Disember 2013 sedang dibuka.
Khususnya kepada lepasan SPM SMK Lepar Hilir, SMK Jengka Pusat 2, SMK Jengka 2, rebutlah peluang ini segera.
(Artikel ini telah disiarkan pada 14 Julai 2013 dan akan menjadi entry utama blog ini sehingga 15 OGOS 2013 bagi memudahkan pelajar saya membuat rujukan)
PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM DIPLOMA/ASASI UNDANG-UNDANG/SARJANA MUDA
SAINS (KEPUJIAN) SENIBINA SESI AKADEMIK 2 2013/2014 TELAH MULA DIBUKA
MULAI 01 JULAI 2013 (ISNIN) PADA JAM 10.00 PAGI. PANDUAN PERMOHONAN
Al fatihah kita hadiahkan kepada semua saudara SeIslam kita yang telah meninggal dunia...
Penaja swasta diminta tangguh hantar pelajar ke Mesir
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak swasta yang menaja pelajar baharu untuk
melanjutkan pelajaran ke Mesir diminta supaya menangguh penghantaran
pelajar berkenaan demi keselamatan mereka berikutan pergolakan yang
semakin memuncak di negara itu.
Banyak jenazah masih belum dikenalpasti
KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan
keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama
penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan
menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini
meratapi kematian mangsa.
ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013
Sebagai pecinta ilmu dan inovasi, walaupun saya tidak terlibat dalam invovasi berkenaan, saya memuatnaik 4 artikel berkaitan Pemenang Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) iaitu USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013, UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013, Penyelidik UTHM cemerlang di ITEX’ 2013dan ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013).
ADTEC Kulim menang pingat emas dan Russian Award ITEX 2013
USM capai kejayaan cemerlang di ITEX 2013
DR. OMAR Osman (kiri) bermesra dengan pemenang-pemenang pingat emas pada
pameran ITEX 2013 di ibu negara pada 9 - 11 Mei lalu. USM mencapai
kejayaan cemerlang dalam ITEX 2013 dengan memenangi 13 pingat emas dan 2
pingat perak. - BERNAMA
PROF. Hanafi Ismail (kiri) dan pembantu penyelidik, Indrajit Rathnayake menunjukkan produk yang direka iaitu r-RubFoam-A Novel Solution for Global Oil Spills
yang memenangi anugerah khas diiktiraf oleh negara Korea dan pingat
emas pada pameran ITEX 2013 yang berlangsung di ibu negara pada 9 - 11
Mei lalu. - BERNAMA
UMP Rangkul 18 Pingat dan Anugerah Khas Dalam ITEX 2013
ADTEC Kulim menang kali kedua Pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013)
Kolej ADTEC Kulim, Kedah buat kali keduanya
memperoleh pingat emas dan Russian Award dalam pertandingan dan pameran
Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013), baru-baru
ini.
KUALA LUMPUR - Universiti Multimedia menawarkan biasiswa penuh
kepada 10 pemohon terbaik yang bakal mengikuti pengajian sarjana muda
dalam bidang kejuruteraan, sains komputer, teknologi maklumat (IT) dan
bioinformatik bagi pengambilan Oktober ini.
Presiden MMU, Prof. Datuk Dr. Muhamad Rasat Muhamad berkata, biasiswa itu membabitkan nilai keseluruhan RM600,000.
"Kami ditugaskan untuk mengupayakan negara ke arah ekonomi berasaskan
pengetahuan dan IT, sekali gus membolehkan kami mempertingkatkan
inisiatif ini. "Biasiswa ini akan membolehkan kami menarik bakat terbaik mengikuti
pengajian dalam disiplin teras kami,” katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Untuk layak memohon biasiswa itu, pelajar mesti mempunyai
sekurang-kurangnya Purata Penilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 dalam
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
dan A-level.
"Selain kelayakan akademik, pelajar juga akan dinilai berdasarkan
ciri-ciri kepimpinan serta latar belakang sosioekonominya selain rekod
baik dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti sukarelawan,” katanya.
Tarikh akhir permohonan ialah 18 September dan mereka yang berminat
boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi www.mmu.edu.my. - Bernama
Mesir Bergolak Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin
Gambar-gambar situasi di Mesir
Gambar perhimpunan besar-besaran yang dilancarkan dari Masjid Al
Sharbiny, di Jalan Abaas El Aqad, Madinah Nasr. Orang ramai semakin
meningkat dan mereka menjangkakan ada perhimpunan lain akan menyertai
mereka. - Sumber: Rabaa Today
Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas
tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka
syahid. - Sumber : masr25channel
Muslim Brotherhood supporters carry a
wounded protester in Cairo's Ramses square on Aug.
16, after clashes
broke out with police during a demonstration in support of ousted
president Mohammed Morsi. Sumber; NBC News
Sedih tengok gambar jenazah bergelimpangan, seolah-olah nyawa manusia tak bernilai. Ada anak kecil, ada gadis. Allah, Kuatkan lah hati mereka ya Allah. Kuatkan lah hati mereka ya Allah. kuatkan lah hati mereka ya Allah. Al Fatihah buat saudara seIslam yang telah meninggal dunia walau di mana mereka berada..... Al Fatihah
Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini,
bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh
dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel:
egypterisis@mohe.gov.my dan facebook:
www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425.
Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin
Anugerah
tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah ini menjadi
lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta
sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu,
seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat
tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan. Antara
kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di
bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan
pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta
khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.
Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang
Kiri Syazwan Rizaudin, Syahir Syafi, Syauratul Syafiyah
Misteri kehilangan 3 beradik
Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang
KUALA LUMPUR 15 Ogos -Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah
ibu mereka di Ipoh Selasa lepas ditemui selamat di Lembah Klang malam
tadi dan telah dituntut bapa mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
dekat sini hari ini.
Taman Laut Sultan Iskandar Kepulauan Mersing Johor
Taman Laut Sultan Iskandar nama baru Kepulauan Mersing
JOHOR BAHRU 15 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
telahpun memperkenankan penjenamaan semula Taman Negara Johor
Kepulauan Mersing dengan nama baru iaitu Taman Laut Sultan Iskandar
(TLSI) berkuat kuasa hari ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai seorang guru, antara gadjet impian saya ialah Portable Mini Projector. Ini bagi memudahkan saya melaksanakan tugas-tugas saya sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling dan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah seperti Kelas Relief, pnp dan lain-lain. Maklumlah bila ada portable mini projector ni, selain mudah nak buat presantation on the spot, ianya juga ringan. Bagi saya yang OKU ni, kalau boleh nak bawa benda yang ringan-ringan je. :). Salah satu yang menarik perhatian saya ialah .....
Kerani Sekolah Terbunuh Bungkusan atas kenderaan meletup
Kes bungkusan meletup: TPM ucap takziah
Al Fatihah untuk Allahyarham Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.
Mangsa berasal dari Kg. Kenor, Kuala Krai, merupakan kerani di Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Allahyarham maut terkena letupan bom setelah cuba
mengalihkan objek yang tidak dapat dikenalpasti dari atas keretanya pagi
ini. Kejadian berlaku di Taman Sri Periok, Cabang Empat, Tumpat,
Kelantan.
Pada lebih kurang jam 11 pagi Ahad, 11 Ogos 2013 mangsa dikatakan
ternampak sebuah objek di atas kereta jenis Naza Citra di hadapan
rumahnya. Beliau dikatakan telah cuba mengalihkan objek berkenaan dan
sebuah letupan kuat berlaku.
Aplikasi telefon pintar Islam ciptaan penceramah terkenal Dr Zakir Naik yang dilancarkan minggu lalu.
Bantu amal budaya Islam dalam kehidupan
RIYADH: Satu
telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada
minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang
menggabungkan al-Quran dengan sains moden.
Telefon pintar itu
dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan
agama terkenal di peringkat antarabangsa.
Permohonan ke Institut Penilaian Negara Julai 2013
Lepasan SPM Peluang Lanjutkan Pengajian ke
Institut Penilaian Negara
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM, terutamanya lepasan SPM SMK LEPAR HILIR, SMK
Jengka 2 dan SMK Jengka Pusat 2, anda boleh memohon melanjutkan
pengajian anda ke Institut Penilaian Negara.
Pernah tak dengar tentang
institusi ini? Mesti pernah dengar kan? Bagi pelajar yang pernah
berjumpa saya dan meminati bidang kerjaya pengukuran dan penilaian harta
tanah, ada saya jelaskan Institusi Awam ini.
Peta INSPENS
Permohonan secara ‘On-Line’ untuk pengambilan Sijil
Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah
(SPGT) sudah DIBUKA. Program Akademik Yang Ditawarkan INSPEN menawarkan tiga (3) program peringkat sijil iaitu:
Program akademik ini (SPHT dan SPGT) ditawarkan kepada
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara sepenuh masa selama dua tahun
termasuk Latihan Industri di organisasi berkaitan. Program akademik lain akan
diperkenalkan dari semasa ke semasa. Pengiktirafan Kelayakan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434Hijrah bersamaan 2013 Masihi diucapkan kepada semua pembaca blog cikgukaunseling.com.. Saya mohon maaf jika ada tersilap perkataan semasa saya
mencoret perkongsian ilmu, perkongsian pengalaman dan perkongsian perasaan saya sepanjang saya menulis dan membangunkan blog pendidikan di http://www.cikgukaunseling.com/
Pagi ini, Pagi 27 Ramadhan 1434 Hijrah. Hujan renyai membasahi bumi seawal Azan Subuh berkumandang dari surau berdekatan. Terasa sayu dan hibanya hati pabila Ramadhan kian meninggalkan kita. Apakah tahun depan dapat ku bertemu lagi ramadhan?
Kerja Kosong Sektor Awam Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM tidak mengira tahun bila janji menepati syarat kelayakan kemasukan, silalah mohon ya. Ada elaun lagi semasa lanjutkan pelajaran di Institusi Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 2360 kekosongan jawatan di Suruhanjaya perkhidmatan Awam
Malaysia (SPA).
Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari
individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya
tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi
untuk menyertai perkhidmatan awam:
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada
penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti
kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman
kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh
penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara.
"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu
kenyataan hari ini berkata tema tersebut telah dipersetujui Jemaah
Menteri.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .