SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014
Sila Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat NO. KAD PENGENALAN calon sama seperti yang tercatat dalam KAD PENGENALAN calon.
TINDAKAN :
Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran
MESTI DICETAK SEGERA
dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 MEI 2014.
#PrayforMH370 Doa buat MH 370 oleh Habib Ali Zaenal Abidin
Ya Allah, Limpahkanlah Selawat dan Salam Ke atas Junjungan
baginda Muhammad dan Keluarga serta para sahabatnya.
Ya Allah, kami memohon keampunan dan keselamatan yang
berterusan dalam urusan agama kami dan di dunia mahupun di akhirat...
Ya Allah berilah ganjaran baik kepada kami atas kesabaran
kami terhadap musibah yang menimpa dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik
daripada itu.
Ya Allah, berikanlah sebaik-baik ganjaran ke atas keluarga
yang ditimpa musibah dari kalangan hambaMu wahai Tuhan sekalian alam...
Ya Allah, Rahmatilah orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kami.
Ya Allah, ampunilah dosa orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kami.
Ya Allah, tinggikanlah darjat orang yang telah meninggal
dunia di kalangan kami.
Ya Allah, ampunilah dosa mereka, rahmatilah mereka dan
kasihanilah mereka...
Hapuskanlah keburukan-keburukan mereka dan gantikannya
dengan kebaikan dan kemuliaan serta kurniaanMu yang baik wahai Tuhan sekalian
alam.
Ya
Allah permudahkanlah usaha kami, Engkau Maha Besar ya Allah, hanya pada
engkau kami sembah dan hanya pada engkau kami mohon pertolongan,
tolonglaa Ya Allah kami untuk menemui #MH370 serta penumpang dalam keadaan selamat dan dipertemukan dengan mudah dan cepat ... aamiiin
Dan Limpahkanlah Selawat dan salam ke atas Junjungan
Muhammad, keluarga dan para sahabat serta segala puji bagiMu wahai Tuhan
sekalian alam.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalamin wassalatuwassalamuala ashrafil
mursalin sayyidina muhammadin waala alihi wa sahbihi ajmain.
PETIKAN KENYATAAN AKHBAR TARIKH KEPUTUSAN SPM 2013 DIUMUMKAN
Halatuju Selepas SPM, Antara bahan yang dikongsikan di blog ini, sila klik 1) Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, sila klik di sini. 2) Selepas SPM, Klik di sini
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014
Assalamualaikum Dan selamat sejahtera. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014 akan dibuka permohonannya pada 10 Mac 2014.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk
mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) seperti yang berikut: Kerjaya guru merupakan kerjaya mulia. Mendidik merupakan perjuangan yang mempengaruhi hidup manusia tanpa noktah. Permohonan ini adalah bagi bakal calon guru yang benar-benar berminat meyertai bidang keguruan Dan pendidikan. Anda boleh klik kerjaya perguruan atau kerjaya pendidikan di butang search di blog INI. Permohonan tutup pads 30 Mac 2014.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS PEMOHON PISMP AMBILAN JUN 2014
1. Warganegara Malaysia. 2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994. 3. Calon mesti sihat tubuh badan 4. Calon mesti aktif kegiatan kokurikulum 5. Calon mendapat gred cemerlang dalam lima matapelajaran di peringkat SPM. 6. Sekurang-kurangnya kepujian bagi BM dan Sejarah. 7. Lulus BI Kursus:
Lepasan SPM/STPM yang berminat menjadi tenaga pengajar
Vokasional boleh mencapai impian anda melalui laluan alternatif seperti
gambarajah diatas. Artikel ini telah saya draft pada tahun 2013 lalu. Jadi berkemungkinan ada info yang semakin bertambah. Hanya pada hari ini ketika saya sedang diuji Allah di ketika mana jari-jari saya masih berkemampuan menulis dan menaip, inshaAllah saya cuba kongsikan info berkaitan kerjaya ini. Jika ada yang ingin menambah info dipersilakan. Cara Menjadi Tenaga Pengajar Kemahiran Anda berminat menjadi GURU / PENDIDIK? Mesti ramai yang
kecewa kerana KPLSPM yang popular dahulunya maktab perguruan, bermula
untuk pengambilan 2013 permohonan tidak lagi diiklankan dan dimohon.
Permohonan KPLSPM atau Kursus Perguruan lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia sebaliknya dibuka kepada semua lepasan SPM dengan memberi
peluang kepada semua pelajar SPM menjawab soalan M-Test. Bagi lepasan STPM dan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, laluan menjadi guru masih ada dengan melalui Ujian MEdsi. ALTERNATIF LAIN UNTUK MENJADI GURU Bagi yang
masih berminat menjadi guru, jika tidak berjaya mendapat kursus
pendidikan di universiti tempatan, ataupun anda langsung tidak mendapat
tawaran pengajian, mungkin anda patut pertimbangkan memasuki bidang lain
yang boleh membawa anda kepada bidang pendidikan dengan mengikuti
program kemahiran dan seterusnya menjadi pengajar Vokasional ( VTO ).
MAKLUMAN AWAL MENGENAI NO UNIK ID/NO. PIN BG SESI AKADEMIK 2014/2015 :
1. Mulai Sesi Akademik 2014/2015 TIADA lg penjualan Nombor Unik ID
secara Pukal. Pihak BPKP JPT akan menghantar pekeliling makluman kepada
pihak sekolah.
2. Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli
terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan
ke IPTA/Politeknik/ILKA dibuka untuk capaian (**Tarikh tepat permohonan
akan dimaklumkan kemudian).
2. Penjanaan Nombor Unik ID dikemaskini dengan penambahbaikan menggunakan hanya kategori bagi mengelaskan
Lepasan PMR Kerjaya Minyak Gas oleh Peneraju dan Prestariang
Gambar sekadar hiasan.
Kursus
Latihan serta Aliran Kerjaya di dalam Industri Minyak & Gas.
Kepada pelajar yang berumur antara 17-19 tahun, yang tidak dapat
melanjutkan pelajaran, kami memberi peluang untuk menyertai Kursus
Latihan serta Aliran Kerjaya di dalam Industri Minyak & Gas. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Peneraju Bumiputera Berhad. Sesiapa berminat untuk memohon biasiswa, hendaklah menyediakan dokumen-dokumen (fotokopi) seperti berikut:
1. IC pemohon 2. Surat beranak pemohon 3. Akaun bank pemohon 4. Sijil PMR atau SPM 5. Surat berhenti sekolah, surat akuan sekolah dan testimonial sekolah 6. IC bapa 7. Surat beranak bapa 8. IC ibu 9. Surat beranak ibu 10. Penyata gaji bapa 11. Penyata gaji ibu 12. Sekira ibu bapa tidak bekerja.
*Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung. Perlu
untuk kedua-dua ibu dan bapa. Sekiranya ibu surirumah pengesahan ibu
sebagai suri rumah. 13. Sekiranya ibu bapa sudah bercerai - perlu surat cerai 14. Sekiranya ibu bapa meninggal - perlu surat mati 15. IC adik beradik dibawah tanggungan ibu bapa
KERJAYA GURU ATAU TENAGA PENGAJAR BIDANG PENDIDIKAN VOKASIONAL Sarjana Muda
Pendidikan Vokasional (SMPV) dengan kepujian
Untuk
makluman anak-anak SMKLH yang meminati bidang sebagai tenaga pendidik atau tenaga pengajar bidang vokasional. Di sini saya muat naik berita berkaitan kursus ini di UTHM.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) TELAH
membuat pengambilan secara tertutup pelajar bagi kemasukan Februari
2014, Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (SMPV) dengan kepujian.
Keputusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
DG41 - MENENGAH (AMBILAN KHAS DPLI – GSTT) BIL 3/2014
Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
DG41 - MENENGAH (AMBILAN KHAS DPLI – GSTT) BIL 3/2014 Penempatan 17
Februari 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41 - MENENGAH (AMBILAN KHAS DPLI – GSTT) BIL 3/2014 yang telah diperaku boleh disemak di Portal KPM (ruangan Perkhidmatan Berkala) bermula 7 Februari 2014 jam 7.00 petang.
Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
KEMASKINI PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015
Sukacita dimaklumkan bahawa proses kemaskini maklumat bagi pelajar yang
mengambil SPM tahun 2013 yang telah membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, KLIK DI SINI sesi 2014/2015 akan dibuka mulai 10 Februari 2014 sehingga 22 Februari
2014. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi
BMKPM di 03-88844083/4036/4040 atau layari laman Portal KPM.
PERMOHONAN PROGRAM KEMAHIRAN PERCUMA UNTUK LEPASAN PMR FEB 2014 PROGRAM PERANTIS BAGI PROGRAM SLDN BERINSENTIF 2014
PERMOHONAN PERANTIS BAGI PROGRAM SLDN BERINSENTIF 2014
PENDAFTARAN PERANTIS SLDN KHAS TAHUN 2014 DIBUKA
Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Kemahiran
Dalam usaha
agresif kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan
tinggi dan tenaga kerjanya yang mahir, sokongan berterusan daripada
Majlis Belia Malaysia (MBM) kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia terus diperkasakan.
Permulaan tahun
2014, JPK menerusi PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
BERINSENTIF TAHUN 2014 kini membuka peluang kepada golongan belia
mengisi kekosongan 3,000 kuota mendapatkan latihan kemahiran SECARA
PERCUMA menerusi kaedah 'dual-system' yang melibatkan Pusat Bertauliah
dan pihak industri, kedua-duanya ditauliah dan dikenalpasti oleh JPK
mampu melaksanakan program ini.
KUMPULAN SASAR:
1. SLDN KHAS - untuk belia tercicir / tidak menamatkan 11 tahun persekolahan)
2. SLDN INSENTIF - untuk belia lepasan SPM
3. SLDN PENINGKATAN TAHAP - untuk SKM 3
Latihan akan bermula pada bulan FEBRUARI 2014. Pengambilan kini DIBUKA.
Pendaftaran boleh dibuat secara online, sila klik disebelah: DAFTAR SLDN
PILIHAN PERTAMA (1)
PILIHAN KEDUA (2)
PILIHAN KETIGA (3)
Pendaftaran boleh dibuat secara online, sila klik disebelah: DAFTAR SLDN
Anak Pasangan Malaysia ditahan di Sweden selamat tiba di Kota Bharu
Anak Pasangan Malaysia ditahan di Sweden selamat tiba di tanah air
EMPAT anak Pengarah Tourism, Azizul Raheem Awalludin dan isteri,
Shalwati Norshal, yang ditahan bagi membantu siasatan kes memukul
anaknya di Sweden tiba di tanah air kira-kira jam 7.04 pagi tadi. Foto NSTP
Mari kita terus berdoa kepada Allah SWT agar pasangan suami isteri Azizul Raheem Awalludin dan isteri,
Shalwati Norshal segera dibebaskan...Amin Ya Allah.
Empat beradik selamat tiba ke Kota Bharu
KOTA BHARU - Empat anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan
Shalwati Norshal selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,
Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8.15 malam ini. Mereka tiba dengan penerbangan Firefly dan disambut oleh kira-kira 12 ahli keluarga. - KOSMO!
4 anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden tiba di tanah air
Sepang: "Kami gembira tiba di sini", itu reaksi ringkas anak sulung
pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden, Aisyah Azizul Raheem,
14, selepas tiba di tanah air kira-kira jam 7.04 pagi tadi.
Aisyah dan tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MAS
dari Stockholm, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.
Ketibaan mereka disambut oleh lebih 10 ahli keluarga yang menanti sejak jam 6 pagi.
Anak pasangan Pengarah Tourism, Azizul Raheem Awalludin dan
isteri, Shalwati Norshal, yang ditahan bagi membantu siasatan kes
memukul anaknya itu akan dibawa bertemu dengan isteri Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta,
Kuala Lumpur pagi ini.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .