Biasiswa Kolej Saito bagi Diploma Senireka Fesyen
Datang dan alami dunia fesyen! 3 biasiswa yang ada untuk Diploma Rekabentuk Fesyen, setiap biasiswa bernilai RM22, 500!
2 biasiswa lain yang terdapat bagi dipilih dari sama ada Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Multimedia atau Diploma Interior Design. Setiap biasiswa bernilai di dalam RM18 100.
Biasiswa Bank
Pembangunan Malaysia 2014 Pengajian Luar Negara
Keterangan Ringkas:
- Bank
Pembangunan Malaysia mempelawa bakal mahasiswa yang layak untuk memohon
program biasiswa Bank Pembangunan Malaysia 2014 bagi pengajian di luar
negara. Antara negara yang termasuk di dalam tajaan Biasiswa Bank
Pembangunan Malaysia 2014 ini ialah seperti di United Kingdom, Amerika
Syarikat, Kanada, Australia atau New Zealand.
Jenis Tajaan:
- Biasiswa dengan keterikatan kerjaya 10 tahun
Tarikh Tutup Permohonan:
Informasi Selanjutnya:
Syarat-syaratnya:'
About This Blog
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, statistik blog ini sentiasa mendapat kunjungan
sekurang-kurangnya 1 000 hits/ pengunjung sehari meskipun jarang dapat
saya kemaskini blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua
rakan-rakan guru seluruh Malaysia, bekas-bekas pelajar, dan rakan
followers yang sentiasa memberi sokongan kepada blog pendidikan ini.
Terima kasih di atas sambutan pelayar blog untuk berkongsi pengalaman
kehidupan, pertanyaan dan perkongsian masalah. Pelbagai isu kaunseling
peribadi , kaunseling trauma, kaunseling keibubapapan, kaunseling
remaja, kaunseling kerjaya dan halatuju dikemukakan kepada saya. Ini
berdasarkan email-email kepada saya yang meminta bantuan khidmat
kaunseling saya.
Di kesempatan ini saya
merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan anda untuk berkongsi
kemyuskilan dengan saya.Bagaimanapun, kepada pelayar blog cikgukaunseling
yang menghantar soalan dan pertanyaaan samada di kotak komen dan email,
saya mohon maaf tidak dapat balas pertanyaan anda secepat mungkin.
Ini kerana internet di tempat saya tidak berapa ada. Selain itu, saya
perlu mengutamakan tugas hakiki saya di sekolah. Masa saya agak terhad
untuk meninjau blog ini dan memberi jawapan segera. Kepada para pelayar
blog ini yang sudi memberikan jawapan kepada pertanyaan pelayar lain di
ruangan komen blog ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya
tuhan yang dapat membalas jasa anda.
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 - Master dan pHD
Dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong bagi sesi
pengajian 2014/2015 dibuka mulai 5.00 petang, 3 Julai 2014 sehingga 18
Julai 2014.
Program penajaan ini adalah khusus kepada calon yang mempunyai pretasi
akademik dan bukan akademik (ko-kurikulum) yang amat cemerlang untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Kedoktoran (PhD) dan Sarjana di dalam
atau di luar negara.
Permohonan Boleh Dibuat Secara Dalam Talian Melalui esilav2.
MAKLUMAN:
PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2015/2016
PERMOHONAN KE MATRIKULASI KPM 2015/2016
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak Tingkatan 5S dan 5M SMK Lepar
Hilir, saya telah pun mengumumkan Permohonan ke Matrikulasi KPM sejak 2 Minggu lalu.
Pada Februari lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir telah pun
menjemput Puan Noorhisham bagi memberikan taklimat Program Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KURSUS DLPV, SKM3 + VTO DAN VTO KAMPUS CIAST DAN VTO KAMPUS SATELIT CIAST AMBILAN SEPTEMBER 2014
Temuduga Kursus DLPV, SKM3 + VTO dan VTO
Kampus CIAST dan VTO Kampus Satelit CIAST
Ambilan September 2014
PROGRAM TRAINING OF TRAINERS TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT MENJANA FASILITASI BERKESAN
JPN PAHANG, MGKK KUANTAN DAN AIM ZOOM CONSULTANCY
PROGRAM TRAINING OF TRAINERS TEKNIK PEMBELAJARAN PECUT MENJANA FASILITASI BERKESAN ANJURAN JPN PAHANG DAN MGKK KUANTAN
DENGAN KERJASAMA AIM ZOOM CONSULTANCY
Alhamdulillah saya telah dapat mengikuti Program Teknik Pembelajaran Pecut Menjana Fasilitasi Berkesan bermula 19 Mei 2014. Program ini Anjuran MGKK Kuantan dengan kerjasama JPN Pahang.
TAWARAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014
SEMAKAN TAWARAN DAN RAYUAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2014
Sila Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat NO. KAD PENGENALAN calon sama seperti yang tercatat dalam KAD PENGENALAN calon.
|
TINDAKAN : |
Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran
MESTI DICETAK SEGERA
dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 05 MEI 2014.
|
AMARAN LEPASAN SPM 2013 JIKA TERIMA SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN
PINJAMAN PENDIDIKAN
AMARAN: SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK TAWARAN BIASISWA DAN
PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten, UNIVERSITI TEMPATAN
DAN LUAR NEGARA
MAKLUMAN PENTING
SURAT PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK
TAWARAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN PROGRAM UiTM, UPM, USM, Uniten,
UNIVERSITI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM
Sesi Jun 2014
Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A
berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh
negara.
Dilampirkan maklumat/ iklan permohonan kemasukan ke Politeknik Premier & Konvensional/ METrO.
Ekspo Selangkah ke UiTM 2014 Jom ke UiTM
#PrayforMH370 Doa buat MH 370 oleh Habib Ali Zaenal Abidin
Ya Allah, Limpahkanlah Selawat dan Salam Ke atas Junjungan
baginda Muhammad dan Keluarga serta para sahabatnya.
Ya Allah, kami memohon keampunan dan keselamatan yang
berterusan dalam urusan agama kami dan di dunia mahupun di akhirat...
Ya Allah berilah ganjaran baik kepada kami atas kesabaran
kami terhadap musibah yang menimpa dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik
daripada itu.
Ya Allah, berikanlah sebaik-baik ganjaran ke atas keluarga
yang ditimpa musibah dari kalangan hambaMu wahai Tuhan sekalian alam...
Ya Allah, Rahmatilah orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kami.
Ya Allah, ampunilah dosa orang yang telah meninggal dunia di
kalangan kami.
Ya Allah, tinggikanlah darjat orang yang telah meninggal
dunia di kalangan kami.
Ya Allah, ampunilah dosa mereka, rahmatilah mereka dan
kasihanilah mereka...
Hapuskanlah keburukan-keburukan mereka dan gantikannya
dengan kebaikan dan kemuliaan serta kurniaanMu yang baik wahai Tuhan sekalian
alam.
Ya
Allah permudahkanlah usaha kami, Engkau Maha Besar ya Allah, hanya pada
engkau kami sembah dan hanya pada engkau kami mohon pertolongan,
tolonglaa Ya Allah kami untuk menemui #MH370 serta penumpang dalam keadaan selamat dan dipertemukan dengan mudah dan cepat ... aamiiin
Dan Limpahkanlah Selawat dan salam ke atas Junjungan
Muhammad, keluarga dan para sahabat serta segala puji bagiMu wahai Tuhan
sekalian alam.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalamin wassalatuwassalamuala ashrafil
mursalin sayyidina muhammadin waala alihi wa sahbihi ajmain.
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2013 DIUMUMKAN
PETIKAN KENYATAAN AKHBAR TARIKH KEPUTUSAN SPM 2013 DIUMUMKAN
Halatuju Selepas SPM, Antara bahan yang dikongsikan di blog ini, sila klik
1) Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, sila klik di sini.
2) Selepas SPM, Klik di sini
#prayforMH370 MAS Lukisan pelajar SMK LEPAR HILIR
Permohonan Guru IPG 2014 Lepasan SPM
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014
Assalamualaikum Dan selamat sejahtera. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014 akan dibuka permohonannya pada 10 Mac 2014.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran
Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk
mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:
Kerjaya guru merupakan kerjaya mulia. Mendidik merupakan perjuangan yang mempengaruhi hidup manusia tanpa noktah. Permohonan ini adalah bagi bakal calon guru yang benar-benar berminat meyertai bidang keguruan Dan pendidikan. Anda boleh klik kerjaya perguruan atau kerjaya pendidikan di butang search di blog INI.
Permohonan tutup pads 30 Mac 2014.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS PEMOHON PISMP AMBILAN JUN 2014
1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
3. Calon mesti sihat tubuh badan
4. Calon mesti aktif kegiatan kokurikulum
5. Calon mendapat gred cemerlang dalam lima matapelajaran di peringkat SPM.
6. Sekurang-kurangnya kepujian bagi BM dan Sejarah.
7. Lulus BI
Kursus:
Cara Menjadi Tenaga Pengajar Kemahiran
Lepasan SPM/STPM yang berminat menjadi tenaga pengajar
Vokasional boleh mencapai impian anda melalui laluan alternatif seperti
gambarajah diatas.
Artikel ini telah saya draft pada tahun 2013 lalu. Jadi berkemungkinan ada info yang semakin bertambah. Hanya pada hari ini ketika saya sedang diuji Allah di ketika mana jari-jari saya masih berkemampuan menulis dan menaip, inshaAllah saya cuba kongsikan info berkaitan kerjaya ini. Jika ada yang ingin menambah info dipersilakan.
Cara Menjadi Tenaga Pengajar Kemahiran
Anda berminat menjadi GURU / PENDIDIK? Mesti ramai yang
kecewa kerana KPLSPM yang popular dahulunya maktab perguruan, bermula
untuk pengambilan 2013 permohonan tidak lagi diiklankan dan dimohon.
Permohonan KPLSPM atau Kursus Perguruan lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia sebaliknya dibuka kepada semua lepasan SPM dengan memberi
peluang kepada semua pelajar SPM menjawab soalan M-Test.
Bagi lepasan STPM dan Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, laluan menjadi guru masih ada dengan melalui Ujian MEdsi.
ALTERNATIF LAIN UNTUK MENJADI GURU
Bagi yang
masih berminat menjadi guru, jika tidak berjaya mendapat kursus
pendidikan di universiti tempatan, ataupun anda langsung tidak mendapat
tawaran pengajian, mungkin anda patut pertimbangkan memasuki bidang lain
yang boleh membawa anda kepada bidang pendidikan dengan mengikuti
program kemahiran dan seterusnya menjadi pengajar Vokasional ( VTO ).
PERMOHONAN SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL VTOCIAST AMBILAN SEPTEMBER 2014 MENERUSI UPU
PERMOHONAN KURSUS VTO SESI KEMASUKAN KE CIAST AMBILAN SEPTEMBER 2014 MENERUSI SISTEM UPU ONLINE
Permohonan Kursus Sijil Pengajar Vokasional VTO,KLIK SINI Sesi Ambilan September 2014 menerusi sistem UPU Online, sila klik di sini bagi
permohonan kemasukan ke CIAST kini telah dibuka. Tarikh permohonan
dibuka ialah mulai 20 Januari 2014 sehingga 7 April 2014.
JUALAN NO PIN UPU UNIK ID DI BSN 2014/2015
Jualan Nombor Unik ID oleh BSN
Mon, January 20, 12am – Tue, April 8, 12am
MAKLUMAN AWAL MENGENAI NO UNIK ID/NO. PIN BG SESI AKADEMIK 2014/2015 :
1. Mulai Sesi Akademik 2014/2015 TIADA lg penjualan Nombor Unik ID
secara Pukal. Pihak BPKP JPT akan menghantar pekeliling makluman kepada
pihak sekolah.
2. Pemohon boleh membeli no. unik id/no. pin di
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan pemegang kad GIRO boleh membeli
terus di mesin ATM atau secara SMS banking apabila permohonan kemasukan
ke IPTA/Politeknik/ILKA dibuka untuk capaian (**Tarikh tepat permohonan
akan dimaklumkan kemudian).
2. Penjanaan Nombor Unik ID dikemaskini dengan penambahbaikan menggunakan hanya kategori bagi mengelaskan
Lepasan PMR Kerjaya Minyak Gas oleh Peneraju dan Prestariang
Gambar sekadar hiasan.
Kursus
Latihan serta Aliran Kerjaya di dalam Industri Minyak & Gas.
Kepada pelajar yang berumur antara 17-19 tahun, yang tidak dapat
melanjutkan pelajaran, kami memberi peluang untuk menyertai Kursus
Latihan serta Aliran Kerjaya di dalam Industri Minyak & Gas.
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Peneraju Bumiputera Berhad. Sesiapa berminat untuk memohon biasiswa, hendaklah menyediakan dokumen-dokumen (fotokopi) seperti berikut:
1. IC pemohon
2. Surat beranak pemohon
3. Akaun bank pemohon
4. Sijil PMR atau SPM
5. Surat berhenti sekolah, surat akuan sekolah dan testimonial sekolah
6. IC bapa
7. Surat beranak bapa
8. IC ibu
9. Surat beranak ibu
10. Penyata gaji bapa
11. Penyata gaji ibu
12. Sekira ibu bapa tidak bekerja.
*Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada ketua kampung. Perlu
untuk kedua-dua ibu dan bapa. Sekiranya ibu surirumah pengesahan ibu
sebagai suri rumah.
13. Sekiranya ibu bapa sudah bercerai - perlu surat cerai
14. Sekiranya ibu bapa meninggal - perlu surat mati
15. IC adik beradik dibawah tanggungan ibu bapa
Tahniah Pemenang Anugerah Blog Terbaik Minggu Media Sosial Malaysia (Malaysia Social Media Week) 2014
#MSMW2014 World Bloggers and Social Media Awards
Senarai Pemenang Anugerah Blog Terbaik #MSMW2014 World Bloggers and Social Media Awards
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .