Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

BIASISWA MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016 MASTER AND Ph.D

BIASISWA MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016 MASTER AND Ph.D




SARJANA (MASTER) & DOKTOR FALSAFAH (Ph.D)


YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016             

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Program MOST Taiwan Scholarship 2016 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa. Biasiswa ini disediakan oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Republik China (Taiwan) untuk rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph. D di Taiwan.  

3.         Pegawai-pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG), KPM yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut:

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
Telah mengisytiharkan harta;
Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman Pelajaran JPA;
Tidak mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pegajian yang diikuti; dan
Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.
4.         Pegawai-pegawai PBG yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi borang-borang seperti berikut:

            (i)   Borang JPA(L)LDP 1B/96

(ii)  Perakuan Ketua Jabatan – (Lampiran C); dan

(iii)  Application form for MOST Taiwan Scholarship.

Borang JPA(L)LDP 1A/96 – (Lampiran B) akan disediakan oleh BPSM, KPM.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

Salinan Kad Pengenalan;
Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi;
Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);

Salinan pasport; dan

Salinan TOEFL/IELTS.

Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2016 (Isnin) jam 5:00 petang kepada: 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,                                                                  

Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 4, Blok E12, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

6.         Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut::

            6.1       Encik Azmi Tepoli

                        Tel       : 03-8884 7947

                        Faks   : 03-8884 7925

                        E-mel  : azmi.tepoli@moe.gov.my  

            6.2       Encik Danial Abdillah bin Suhaimi

                        Tel       : 03-8884 7943

                        Faks   : 03-8884 7925

                        E-mel  : danial.suhaimi@moe.gov.my



7.         Bersama-sama ini disertakan salinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian tuan/puan jua.

Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN SURAT EDARAN JPA BERKENAAN MOST TAIWAN SCHOLARSHIP 2016 :
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004404.pdf

Pameran Universiti United Kingdom dan Australia 2016 di KMPh Pahang

Pameran Universiti United Kingdom dan Australia di KMPh Gambang Pahang






Salam. Isnin  22/2/2016 akan diadakan Pameran Universiti dari United Kingdom dan Australia. Program akan diadakan di Kolej Matrikulasi Pahang Student Centre
 Waktu pameran pada pukul 1-5 petang. 

Antara universiti-universiti yang hadir :
1.Melbourne university
2.Adelaide university
3.Monash university
4.Universiti Western Australia
5.Curtin University
Dan banyak lagi...

Pakar dari university UK dan Australia juga akan berada disana untuk memberitahu maklumat tentang universiti2 yang terdapat di UK dan Australia

Sila bawa semua sijil terutamanya slip SPM dan slip PSPM1 anda kerana jika memenuhi syarat2 kelayakan boleh terus apply.. Sekian terima kasih ...

#viralkan
#ukaustriliauniversity
#aug
AUG

Job Careers and Study Fair Feb 2016 KL

Mega Job Careers and Study fair 2016  KL Convention Centre 





Kalau sesiapa yang berkelapangan hari ini dan esok, KL Convention Centre bersebelahan KLCC ada job fair dan pameran sambung belajar.

jgn lupa ke kiosk mybrain

PERMOHONAN WALK IN KOLEJ VOKASIONAL CHENOR MARAN

PERMOHONAN WALK IN KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR MARAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Makluman kemasukan ke KV Pertanian Chenor kekosongan masih ada utk kursus berikut:

I. Agro industri ternakan poltri
2. Agro industri ternakan ruminan
3. Agro industri tanaman
4. Landskap
5. Mekanisasi agro
6. Bioteknologi
7. Pemprosesan hasil pertanian
Kelulusan: pt3 - 2015
Kelulusan min: 
BM: D
*Dtg terus ke KV Pertanian Chenor
*Kemasukan secara rayuan/walk in sehingga 29/2/16
*Untuk maklumat lanjut sila berhubung terus dgn kami di talian 09-2995330
Terima kasih

Ringkasan Permohonan UPU 2016

Ringkasan berkaitan permohonan UPU 2016:



1. Bpkp penjenamaan semula UPU.
2. USM tidak termasuk dlm BPKP.
3. 19 buah universiti awam dan 93 institusi kemahiran awam.
4. Tarikh tutup pembelian  no unik 4 April 2016
5. Keputusan SPM dijangka 3 Mac 2016.
6. Prog yg ada interview akan diinterview pd minggu akhir April 2016.
7. Keputusan permohonan akan keluar pd 2 mei
8. Ada 12 pilihan kursus berbanding dulu 8 shj
9. Tiada had utk mengemaskini.
10.  Rayuan boleh dibuat selepas 5 hari keputusan kemasukan.
11. Utk maklumat trrperinci tel .03-88706767 atau 03,-88706777

BIASISWA YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI 2016

BIASISWA  YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI 2016 LEPASAN SPM DAN STPM 2015





Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi


Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat-syarat Kelayakan:
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
  2. Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:
PM 2015 
Calon Persediaan Ke Luar NegaraMinima 8ASekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi
Calon Kursus Sains KesihatanMinima 8A-(Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik)
Calon Kursus KejuruteraanMinima 7A-(Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan)
Calon Kursus Lain-LainMinima 5A-(Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)               

STPM 2015
Minima 2A-(Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)     
  1. Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
  2. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.

Senarai Kursus Tajaan:

Sila klik pautan ini


Alamat pejabat: 
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian am: +603-2727 9000
Faks: +603-2727 9090


Soalan umum: info@yayasanpeneraju.com.my
Karier bersama kami: careers@yayasanpeneraju.com.my


Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4 2016 Yayasan Pahang

Biasiswa Sekolah Menengah 
Tingkatan 1 dan 4 2016 Yayasan Pahang






Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

Biasiswa ini diberikan kepada pelajar anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 dan  tingkatan 4 yang bersekolah di Negeri Pahang.

Sejak tahun 1983 sehingga sekarang, sejumlah RM214.15 juta telah dikeluarkan oleh  Yayasan Pahang  bagi tujuan ini.


Keutamaan kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT. Bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum.



Kelayakan memohon
Pemohon dalam kategori berikut adalah layak memohon;
  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur atau
    2. Jika Pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang MESTI mengemukakan surat pengesahan bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang.
    3. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan.
  3. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kurang Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan rakyat Termiskin (PPRT) DIBERI KEUTAMAAN. Keutamaan turut diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik dan ko-kurikulum.
  4. Pemohon sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Rakyat dalam Negeri Pahang Darul Makmur. (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang) selain dari MRSM.

Maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Pahang
dan layari website:

http://www.yp.org.my/

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 ZON 2 di Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA

 Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (ZON 2) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai 13 & 14 FEBRUARI 2016. 





Orang orang Pantai Timur semua!!! Apa aktiviti minggu ni? Admin nak ajak ke tempat "best".

Temui kami di Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 (ZON 2) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai 13 & 14 FEBRUARI 2016. 

Inilah medan terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara, pembiayaan pendidikan, sesi konsultasi bersama BPKP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian

Tempat : Dataran DAB, Kampus Gong Badak, UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tarikh : 13 & 14 FEBRUARI 2016
Waktu : 9.00 pagi - 6.00 petang

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dihttp://upu.mohe.gov.my/

Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU










Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT KPTN 2016

Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016

Aktiviti Booth Kolej Komuniti Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016






Pertandingan Selfie 2016 Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016 Jom sertainya.

Pertandingan Selfie 2016, Sempena Jom Masuk IPT, KPTN 2016 Jom sertainya.


Pertandingan yang terbuka kepada semua pengunjung KPTN 2016 yang bermula pada 30 Januari dan berakhir pada 3 April 2016

Hadiah MISTERI???? terbaik!!!



El Dorado Of the East Sg Lembing Kuantan

Sungai Lembing Kuantan Pahang El Dorado Of the East


Gerai dan pejabat kaunter tiket masuk ke Muzium Sungai Lembing.
 Cantik hiasannya...



Pemandangan dari atas pertengahan puncak bukit di mana terletaknya 
Muzium Sungai Lembing.




Muzium Sungai Lembing dilihat dari bawah taman permainan..


Gambar diambil dari Muzium Sungai Lembing. 
Pahang Darul Makmur mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik.



  • Muzium Sungai Lembing
  • Muzium Sungai Lembing
Muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara am nya. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia.


  • Muzium Sungai Lembing
  • Address: 
    Sungai Lembing Museum, Sungai Lembing, 26200 Pahang.
    Tel: 
    09-541 2378
    Fax: 
    09-541 2377
    Email: 
    pr.msl@jmm.gov.my

Sejarah Sungai Lembing


Sungai Lembing mendapat namanya daripada sebatang anak sungai yang dikatakan mengalir dengan deras. seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil.

 Nama Sungai Lembing mengikut cerita orang tua-tua pula dipercayai berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak dibadannya.

 Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu.

 Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita itu.


Lawatan sambil belajar
Lawatan sambil belajar sememangnya sangat menyeronokkan. Ia boleh mempertingkatkan pembelajaran dalam banyak perkara. Ia juga membuatkan satu pengalaman baru di luar bilik darjah. Lawatan ke Sungai Lembing akan menyediakan sebuah pengalaman yang sangat mengujakan kepada pelajar.
Tujuan lawatan sambil belajar  dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali Lombong Sungai Lembing yang sudah berkurun lamanya. Dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati keunikan dan keindahan Lombong Sungai Lembing dengan lebih dekat. Sungai lembing juga memberikan pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang.

 Batu Besi?
Batu Besi ialah satu batuan endap di mana salah satu deposit berlaku secara terus kerana berlakunya penggantian kimia. Dan Batu Besi adalah sebijih logam yang banyak terdapat di muka bumi. Galian-galian besi juga mengandungi ironstones sebuah oksida. Juga mengandungi limonit,karbonat, siderit, silika, kamosit dan beberapa gabungan mineral yang lain. Bagi mineral bijih besi seperti magnetit adalah merupakan mineral dengan kandungan Fe yang paling tinggi, Manakala hematit pula merupakan mineral bijih utama yang diperlukan dalam industri besi. Kedua dua bijih besi ini sangat penting di dalam sesebuah industri besi.

IAB Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

Kursus di IAB Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang Darul Makmur































Institut Aminuddin Baki terletak lebih kurang 1000 meter dari paras laut dengan suhu 18°C - 20°C dan terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur.
Kampus cawangan IAB di Sri Layang, Pahang Darul Makmur, terletak di atas tapak seluas 48.6 hektar dan mula beroperasi sejak Mei, 1985.
Alamat :
Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Sri Layang,
69000 Genting Highlands,
Pahang.
 
No.Telefon :  03-61056100
No. Faks    :  03-61056299 

pesanan penaja untuk kawan2 yang akan pergi...kalu yang x larat @ preggy bawak le kreta sendiri
sebab tangga nak naik bilik/dewan kuliah memang tinggi - lebih kurang 114 anak tangga...



Link pictures;

https://ms-my.facebook.com/pages/Institut-Aminuddin-Baki-Genting-Highlands-IAB/161543703906640

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .